Posts

Showing posts from 2020

Karangan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA - Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Dibalas Jahat

Jawapan Contoh Murid 1 Aku berpakaian kemas apabila kakak menyuruh aku membeli barang dapur yang sudah habis. Apabila kakak menyerahkan senarai barangan yang dibeli dan wang, aku segera ke kedai runcit berhampiran untuk membeli ayam, sayur dan rempah ratus.      Aku membuat keputusan untuk berjalan kaki ke kedai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah. Aku mahu menggunakan jalan yang banyak orang untuk mengelakkan kes penculikan. Ketika dalam perjalanan, aku terjumpa dompet yang tersorok di dalam semak.      Aku mengambil dompet itu lalu ke kedai yang hanya 100 meter dari tempat aku menemui dompet itu. Tergesa-gesa aku membeli barang yang dipesan kerana aku ingin segera pulang ke rumah.      Selepas aku tiba di rumah, aku menyerahkan dompet itu kepada kakakku. Kakakku memeriksa dompet itu dan melihat kad pengenalan. Kami mengambil keputusan menyerahkan kepada pemiliknya.       Kata kakak, "Kita perlu pulangkan dompet ini kepada tuannya. Kita perlu berbuat baik dengan sem

Karangan Sekolah Rendah - Surat Kiriman Tidak Rasmi

                                                                                                                                                             M4-1-26, Pangsapuri Idaman,                                                                                                                                                            40000, Shah Alam,                                                                                                                                                            Selangor Darul Ehsan.                                                                                                                      18 April 2021. Menemui sahabatku, Fara yang kini berada di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Semoga saudari dan keluarga sihat. Saya berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Saudari , Saya memohon maaf atas kelewatan berkongsi pengalaman baharu  setelah berpindah ke sini hampir dua bulan. Justeru, tujuan saya menuli

Peribahasa Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 4 (Buku Teks 2019)

·          ambil berat – beri perhatian ·          berganding bahu – bekerjasama ·          besar hati – bangga; gembira; bongkak ·          mandi peluh – bekerja kuat dan bersungguh-sungguh ·          sekangkang kera – sangat sempit ·          menambat hati – memikat hati ·          bulat kata – sepakat ·          tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas – adat yang tidak berubah ·          adat lama pusaka usang – adat yang tidak berubah-ubah ·           lain padang lain belalang – adat sesebuah negeri dengan negeri yang lain adalah berbeza ·          belakang parang diasah lagikan tajam – orang yang bodoh jika diajar akan pandai juga ·          biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana   menyerah kalah ·          bersatu kita teguh, bercerai kita roboh - persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat   membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan ·          buah

Pintar Tatabahasa SPM - Cakap Pindah, Cakap Ajuk

Image
TIP DAN PANDUAN MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH DAN CAKAP PINDAH KEPADA CAKAP AJUK  Ayat Cakap Ajuk Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu perkara. Oleh sebab itu cakap ajuk berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.  Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata ( “...”)  Ayat Cakap Pindah  Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada bentuk karangan.  Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.  Tip menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata  Mengenal pasti kata kerja yang sesuai:  menyuruh meminta mempersilakan memberitahu menerangkan menjelaskan melarang menasihatkan/ menasihati Bagaimanakah murid dapat menentukan kata kerja? Jawapannya murid boleh menentukan berdasarkan binaan/ pola ayat cakap ajuk tersebut sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, ayat tanya da

Pintar Tatabahasa - Digraf, Diftong, Vokal Bergabung, Konsonan Bergabung

DIGRAF Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng , ny dan sy .  Digraf juga disebut dwihuruf, dwi­lambang atau huruf rangkap. Huruf digraf boleh berada di hadapan, tengah dan hujung dalam perkataan,  Contoh perkataan yang mempunyai digraf: nganga nyamuk lubang khabar pisang potong kacang syampu DIFTONG Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti  ai ,  au , dan  oi  dalam perkataan  pandai, pulau, kaloi  dan  amboi . Diftong boleh berada di hadapan dan tengah terutamanya bagi kata pinjaman seperti oidium , audit dan tesaurus VOKAL BERGABUNG Vokal bergabung pula ialah dua huruf vokal yang berdiri secara terasing dan bukan satu bunyi tunggal.  Vokal berganding yang dimaksudkan ialah ai , au, oi, ia, io, ea, eo, eu, ua dan ui . Contoh perkataan yang mempunyai vokal bergabung: puisi (pi.i.si) gear (ge.ar) siuman (si.u.man) biak (bi.ak) maut (ma.ut) suis (su.is) kain

Nota SPM - Kata Majmuk

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar  Bentuk kata majmuk terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang , ibu bapa, sapu tangan dan sebagainya.  Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti ' yang '. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ' dan '. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas (contoh: guru besar , tengah hari, balai raya , jalan raya ,  pasar raya , bandar raya , tengah hari , sama ada , guru besar ) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah (contoh: graf terarah , program bahasa,   analisis teks , telefon dial terus ,  cari gali , temu duga , segi tiga tepat ) Kata majmuk yang me

Karangan Sekolah Rendah - Kawan Baik Saya

Pepatah Arab berbunyi, 'jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi kita akan berbau wangi, dan jika kita berkawan dengan pembuat besi kita akan terasa bahangnya'. Pepatah ini membuktikan bahawa kawan mempengaruhi kehidupan kita baik dari aspek perbuatan dan perkataan. Oleh itu, saya sangat berhati-hati dalam berkawan agar dapat memastikan saya sentiasa dikelilingi dengan orang-orang yang positif.         Tidak dinafikan, dalam banyak-banyak kawan, saya mempunyai seorang kawan baik. Sikapnya yang berfikiran positif dan terbuka dalam sesuatu hal membuatkan saya begitu selesa. Dia telah membuka hati dan mata saya agar berprasangka baik dengan orang sekeliling dan menerima segala baik dan buruk mereka. Nazirah, memiliki karekter yang lemah lembut dan sopan. Sikapnya sangat menyenangkan hati sesiapa yang mendekatinya.          Nazirah memiliki hati emas kerana gemar membantu orang yang berada dalam kesusahan. Dia dengan rela hati menggunakan masa dan tenaganya untuk bersama-sam

Karangan UPSR - Kawan Baik

Pepatah Arab berbunyi, 'jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi kita akan berbau wangi, dan jika kita berkawan dengan pembuat besi kita akan terasa bahangnya'. Pepatah ini membuktikan bahawa kawan mempengaruhi kehidupan kita baik dari aspek perbuatan dan perkataan. Justeru, kita hendaklah bijak dalam memilih kawan agar memberikan manfaat kepada diri kita.    Kawan yang baik akan mempengaruhi kita dalam melakukan sesuatu yang positif. Apabila kita berkawan dengan ulat buku yang sentiasa berkunjung ke perpustakaan dan pesta buku, kita juga akan mengikuti jejak langkahnya. Sikap kawan yang baik ini akan membuatkan kita menjadi individu yang kaya dengan ilmu pengetahuan.    Selain itu, kawan yang baik berani menegur setiap tinglah laku kita yang menyalahi agama. Keberanian mereka mampu menyedarkan diri kita agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Kesannya, kita akan menjadi orang yang lebih baik pada masa akan datang.    Di samping itu, kawan yang baik sentiasa ada ketika

Karangan SPM Bahagian A Cara-cara Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

Dalam meniti Revolusi 4.0, perkembangan teknologi dan komunikasi telah memberikan kesan terhadap hubungan kekeluargaan sehingga institusi kekeluargaan menjadi semakin longgar. Penciptaan laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Skype membuatkan ahli keluarga sentiasa menggunakan telefon pintar sehingga masa bersama keluarga makin terhad. Keadaan ini menjadi lebih meruncing apabila terdapat ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing dalam mencari nafkah untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat. Menyedari hakikat ini, setiap ahli keluarga perlu menjalankan tanggungjawab agar institusi kekeluargaan tidak runtuh. Sudah menjadi keperluan bahawa setiap ahli keluarga perlu mempertahankan hubungan kekeluargaan agar kembali mesra. Antara cara mengeratkan hubungan kekeluargaan adalah seperti meluangkan masa makan bersama-sama setelah melakukan rutin masing-masing pada siang hari. Ahli kelaurga dapat saling bertukar kisah yang berlaku pada mereka. Bahkan, sekiranya terdapat masalah

Karangan UPSR

Aku sebatang pokok pisang. Aku ditanam oleh tuan aku yang ringan tulang di sebuah dusun buah-buahan. Tuan aku sangat suka berbudi kepada tanah. Ketika aku ditanam, rakan-rakanku ada yang sudah dewasa. Tuan aku sangat prihatin dengan tumbesaran kami. Kini, aku telah berumur dua tahun. Fizikal aku sudah berubah. Badanku kurus dan tinggi. Daunku panjang dan berwarna hijau. Ketika kecil lagi, aku dijaga oleh tuan aku. Aku dipagar supaya tidak dimakan oleh haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan kerbau. Tuan aku menyiram aku setiap hari. Aku dapat hidup subur kerana dibubuh baja sebulan sekali. Apabila dewasa, tuan memetik buah yang dihasilkan oleh badan aku. Buah itu digunakan untuk dibuat kerepek, kek dan pisang goreng. Daun aku digunakan untuk membungkus nasi lemak dan kuih-muih tadisional seperti lepat pisang, kuih koci dan tepung bungkus. Kini, aku makin uzur dan tidak mampu menghasilkan buah. Aku tidak lagi dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Badan aku ditebang lalu dibu

Karangan SPM Bahagian B - Kesejahteraan Siber Tanggungjawab Bersama

Kesejahteraan Siber Tanggungjawab Bersama Bukan lagi perkara biasa apabila mata dihidangkan dengan pemandangan sekelompok remaja atau sekumpulan dewasa yang terdiri daripada rakan taulan malahan satu keluarga dudukDE bersama-sama tetapi tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka asyik menggunakan gajet dan peranti digital masing-masing. Situasi sebegini membuktikan bahawa masyarakat lebih selesa untuk berkongsi dan bertukar maklumat serta meluahkan perasaan di alam siber daripada di dunia realiti. Amalan bersosial seperti ini pastinya mengundang kebimbangan dan semestinya tidak menyihatkan. Inilah permasalahan pada era digital yang dikenali sebagai ‘ digital drug ’ yang berlaku apabila seseorang individu menghabiskan masa lebih dari empat jam menggunakan Internet untuk sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengan pekerjaan atau pembelajaran.      Di Malaysia, Kajian Pengguna Internet 2018 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati, purata tempoh melayar

Karangan SPM Bahagian A

Mutakhir, nilai-nilai murni mulai terhakis dan dipandang sepi. Walhal, nilai-nilai murni boleh memartabatkan murid untuk membentuk sebuah masyarakat kelas pertama yang berteraskan prinsip mulia sama ada dalam agama, komuniti bangsa dan negara. Murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian merupakan masyarakat yang bertamadun. Sekiranya murid diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, jujur dan amanah, secara tidak langsung akhlak yang mulia dapat dibentuk.      Penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid jelasnya dapat memastikan perpaduan dalam kalangan murid yang berbeza agama dan budaya. Sekiranya murid yang mempunyai sahsiah diri terpuji, maka keharmonian kaum dapat digapai. Nilai menghormati agama anutan seperti pusat ibadat dan amalan dapat mengelakkan rakan daripada berkecil hati, berprasangka dan marah memandangkan hal ini sangat sensitif. Secara tidak langsung, sentimen yang mengancam perpaduan dapat diatasi.       Malahan, nilai-nilai

Karangan SPM - Bahagian A Keracunan Makanan

Kes keracunan makanan bukan isu baharu yang berlaku dalam masyarakat. Berita-berita yang dihebahkan di media massa seperti akhbar, radio dan televisyen membuktikan bahawa kes keracunan makanan berlaku pada semua peringkat umur termasuklah murid-murid sekolah. Sudah pasti, masyarakat perlu cakna bagi memastikan statistik keracunan makanan dapat dikekang dan dikurangkan bagi memastikan masyarakat dapat menjalani sebuah kehidupan yang sihat sejahtera. Justeru, masyarakat perlu mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai cara-cara mencegah keracunan makanan.      Antara cara mengatasi masalah keracunan makanan ialah penggunaan makanan yang segar. Dalam erti kata lain, makanan tersebut tidak mengalami proses pengawetan, iaitu tidak dimasak dan diproses seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan daging. Kandungan air yang tinggi dalam makanan ini memudahkan pembiakan mikroorganisma. Masyarakat hendaklah tahu cara-cara pemilihan makanan segar. Sayur hendaklah segar, rangup dan tidak ada tanda lebam. Be

Karangan UPSR - Kepentingan Bangunan Bersejarah

Meniti zaman Revolusi 4.0, kebijaksanaan generasi kini membina bangunan pencakar langit tidak seharusnya mengabaikan kepentingan bangunan bersejarah. Bangunan-bangunan bersejarah seperti Menara Condong di Perak, Kota A' Famosa di Melaka, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai nilai tersendiri. Kepentingan utama memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini adalah seperti menjadi sumber maklumat sejarah kepada generasi akan datang. Selain itu, dapat menarik kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Di samping itu, kita juga dapat mengekalkan keunikan seni bina bangunan bersejarah ini. Tuntasnya, bangunan bersejarah membawa identiti bangsa.

Karangan UPSR Bahagian B - Nilai Murni

Baca petikan di bawah. Kemudian, tulis nilai murni yang terdapat dalam petikan . Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Encik Azrin bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital. Dia antara pekerja yang disukai kerana sikapnya yang suka membantu orang sekeliling. Dia sering menolong warga emas mengisi borang pengeluaran wang. Encik Azrin tidak kisah sekiranya tidak berkesempatan berehat sekiranya banyak pelanggan berurusan dengan pihak bank. Selain bekerja di hospital, Encik Azrin turut berkebun pada hujung minggu bagi menambah pendapatannya. Isteri Encik Azrin, iaitu Puan Farah pula membantu suaminya dengan menjual nasi lemak dengan harga RM1.00 di sekitar taman perumahan. Anak mereka, Farzana membantu membuat kerja rumah. Melihat kepayahan ibu dan ayahnya mencari wang, Farzana berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu dan ayahnya apabila dewasa kelak. Jawapan contoh Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan t

Peraturan di Makmal

Murid hendaklah menjaga keselamatan diri ketika di makmal bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Oleh hal demikian, terdapat peraturan makmal yang telah ditetapkan bagi menjadi garis panduan kepada murid dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Misalnya, murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam makmal supaya makanan tidak tercemar dengan bahan-bahan kimia. Selain itu, murid tidak dibenarkan bermain-main di dalam makmal bagi mengelakkan kemalangan. Murid juga hendaklah bekerjasama melakukan aktiviti berkumpulan. Malahan, jangan buang sampah merata-rata bagi menjaga kebersihan makmal. Tuntasnya, mematuhi peraturan makmal adalah tanggungjawab setiap murid.

Pintar Tatabahasa SPM - Kata Adjektif

Image
Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu: Kata adjektif tidak boleh menerima apitan memper-...-kan . Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan boleh dilakukan melalui enam cara, iaitu: se- + KA + gandaan + KN - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu   ter- + KA - terpandai,terbaik paling + KA - paling lazat, paling cerdik KA + sekali - tinggi sekali, cantik sekali ter + amat/sangat + KA amat/sangat/sungguh + KA + sekali ( Penggunaan kata penguat dan darjah penghabisan selain daripada di atas adalah tidak gramatis ) Kata adjektif boleh digunakan bersama dengan awalan se... Contohnya, sekecil hama, sebesar rumah dan secantik bidadari   Namun begitu, binaan ter + KA tidak perlu diikuti oleh perkataan  sekali , begitu juga dengan binaan paling + KA kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan. Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabis

Perumpamaan

Bagai air dalam terenang Maksud: hidup yang tenang dan tenteram air di daun keladi/ bagai air titik ke batu Maksud: memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia air mencari jenisnya Maksud: berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak mengenal jerih perih anak dara sudah berlaki Maksud: anak perempuan yang tiada malu, malas dan pengotor anjing buruk kepala/ anjing kepala busuk Maksud : orang yang sangat dibenci masyarakat anjing tersepit di pagar/ anjing terpanggang ekor Maksud: mendapat kesusahan besar sehingga tidak tentu tingkah laku ara hanyut Maksud: tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan aur dengan tebing/ sepantun kasau dengan hubungan Maksud: persahabatan yang sangat akrab aur di atas bukit Maksud: menyerahkan diri kepada nasib ayam disambar helang Maksud: mati tanpa sakit ayam kena tungau Maksud: sangat gelisah kelakuannya ayam lepas bertaji Maksud: seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk memba

Bandingan

·          BANDINGAN ·          Adil laksana hakim ·          Alim seperti ulama ·          Anggun seperti ratu ·          Angin bertiup seperti orang berbisik-bisik ·          Angkuh seperti merak ·          Baik seperti malaikat ·          Bebas seperti burung ·          Becok seperti murai ·          Bengkang-bengok seperti ular kena palu ·          Berani seperti singa ·          Berat seperti batu ·          Berdenyut macam siput ·          Bersih seperti kain putih ·          Susah macam ayam ·          Mengalir seperti sungai ·          Bersinar seperti bintang ·          Besar seperti gajah ·          Betul seperti bendul ·          Bijak seperti pendeta ·          Biru seperti laut ·          Bisa seperti racun ·          Bising seperti pasar ·          Bodoh seperti lembu ·          Bongkok seperti sabut ·          Bujur seperti telur ·          Bulat seperti bola ·          Buruk seperti hantu ·          Busuk seperti bangkai ·          Cantik seperti bidadari ·