Posts

Showing posts from January, 2019

Kelebihan Menguasai Pelbagai Bahasa

Image
Kisah dengan pengawal keselamatan. Hendak masuk rumah orang kaya, engkau kena lalu guard house . Sudah pasti, kebanyakan pengawal keselamatan ialah orang asing. Aku telah diberi tanggungjawab untuk buat home tuition .   Mula-mula, majikan memberikan peringatan agar aku bersedia dengan alamat rumah. Aku membuat andaian bahawa murid aku anak orang kaya. Majikan takut aku terkial-kial mencari alamat kerana orang asing ini susah memahami bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Pada aku, mungkin dia baru bekerja di Malaysia. Husnuzon. Aku pula jenis menggunakan bahasa Inggeris apabila terdesak. Faham-fahamlah, kayu lagi lembut daripada lidah. 😂 Sesi pertama memang betul cakap majikan aku. Aku tersekat di guard house selama 15 minit. Panas hati dihangatkan lagi dengan panas cuaca. Lap peluh. Ada dalam tiga buah kereta lain queue . Tung tang tung tang boleh masuk. Alhamdulillah. 😂 Untuk sesi kedua, aku susah hati. Bagaimanakah aku hendak bagi pengawal keselamatan cepat faham. Jadi, ses

Sembang Meja Kopi

Image
Pada pendapat aku, cinta itu sebuah tanggungjawab. Bukan terhad kepada tanggungjawab untuk memupuk, malahan tanggungjawab untuk menyuburkan dan mengekalkan agar berpanjangan hingga hujung usia seterusnya berkasih sayang hingga syurga Ilahi. Aku pernah bertanya kepada bonda tentang cinta apabila usia aku menginjak 17 tahun. Kata bonda, cinta wujud kepada yang percaya dan tidak kepada yang menafikannya, bukankah ada cinta kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, dan sesama manusia? Aku bertanya lagi kepada bonda tentang tanda-tanda sekiranya aku mencintai seseorang. Bonda dengan tertib dan manis menjawab, "Kita akan sedar telah jatuh cinta apabila kita tidak nampak ada orang lain yang  bersungguh-sungguh menarik perhatian walaupun straight forward cakap 'jom dating' atau 'aku suka kau'. Ketika kita mencintai seseorang, kita tidak peduli siapa dia. Pada orang lain, orang yang kita cinta 'buruknya' tetapi pada kita dia sangat sempurna." Aku dapat merasakan c

Negeri Ahmad Albab

Image
D i dalam negeri Ahmad Albab, ada macam-macam binatang. Tak terhitung jumlah penduduknya. Ada yang malas seperti ular sawa. Ada yang cerdik seperti kancil. Ada yang berani seperti harimau. Ada yang becok seperti murai. Segala-galanya. Pelanduk, ayam hutan, gajah. Biawak tidak terkecuali. Juga anai-anai. Engkau, kalau hanya seekor tenggiling, usahlah, janganlah, hindarlah berkampung di sana. Keluarlah walaupun engkau diam-diam di dalam batang buruk, melakukan tugas kepada Tuhan dengan tiada mengganggu mereka. 

Puisi 6 - Simpul Kasih

Image
Kusimpul kasih kusimpul sayang Kuadun bersama manisan kenangan Biar kita langkah seiringan Sekalipun tersadung terjatuh Kembali terpaut dek senyuman. Kusimpul kasih kusimpul sayang Kutatang bersama manisan impian Biar kita langkah beriringan Sekalipun retak dedaun impian Dicantum menjadi istana impian.