Posts

Showing posts from 2019

Mendepani Cabaran Dunia Siber

B ukan lagi perkara biasa apabila mata dihidangkan dengan pemandangan sekelompok remaja atau sekumpulan dewasa yang terdiri daripada rakan taulan malahan satu keluarga duduk bersama-sama tetapi tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka asyik menggunakan gajet dan peranti digital masing-masing. Situasi sebegini membuktikan bahawa masyarakat lebih selesa untuk berkongsi dan bertukar maklumat serta meluahkan perasaan di alam siber daripada di dunia realiti. Amalan bersosial seperti ini pastinya mengundang kebimbangan dan semestinya tidak menyihatkan. Inilah permasalahan pada era digital yang dikenali sebagai ‘digital drug’ yang berlaku apabila seseorang individu menghabiskan masa lebih dari empat jam menggunakan Internet untuk sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengan pekerjaan atau pembelajaran.      Di Malaysia, Kajian Pengguna Internet 2018 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati, purata tempoh melayari Internet adalah selama 6.6 jam sehari,

Hari Anugerah Cemerlang

H ari Anugerah Cemerlang merupakan suatu peristiwa penting yang dilaksanakan di sekolah. Hari bersejarah ini bertujuan memberikan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya.  Antara kebaikan Hari Anugerah Cemerlang kepada murid ialah dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh. Para murid akan bersaing antara satu sama lain. Secara tidak langsung, dapat melahirkan murid berkualiti. Selain itu, para murid dapat mengetahui pencapaian masing-masing dalam kurikulum dan kokurikulum. Kesannya, dapat melahirkan murid yang seimbang dalam pelbagai aspek. Hal ini demikian kerana terdapat Anugerah Tokoh Murid yang diadili berdasarkan pelibatan dalam persatuan, kelab dan sukan. Di samping itu, murid boleh membanggakan ibu bapa yang berusaha memberikan pendidikan yang sempurna. Misalnya, pengorbanan ibu bapa menyediakan pakaian sekolah, buku rujukan dan alat tulis akan terbalas. Ibu bapa akan tersenyum gembira apabila melihat anak-anak berjaya. Tidak dapat

Semangat Patriotik

Semangat patriotik perlu dipupuk seterusnya disuburkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana kewujudan elemen ini sebagai jati diri yang utuh dapat memastikan negara tercinta berada dalam zon teguh oleh sebab masyarakat yang menghuni negara adalah akar kemakmuran. Sibuk dengan urusan harian masing-masing tidak lagi perlu menjadi alasan untuk tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak cakna tentang sambutan Hari Kebangsaan. Apatah lagi mahu mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.    Dalam usaha untuk memupuk semangat patriotik, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap bulan Ogos. Bak kata peribahasa ‘kalau hendak melentur buluh, biarlah waktu rebung’. Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti ceramah, mendeklamasikan sajak, kuiz dan kempen mengibarkan Jalur Gemilang. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah pasti semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan sehin

Manfaat Berbelanja secara Berhemah

D ewasa ini, isu kenaikan harga barangan keperluan telah membebankan masyarakat terutamanya golongan marhain yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang demi meneruskan kelangsungan hidup. Kenaikan harga barangan keperluan ini mempunyai kaitan dengan kadar permintaan yang tinggi berbanding dengan kadar penawaran barangan keperluan yang terhad. Hal ini demikian juga dipengaruhi oleh peningkatan kos pengangkutan, kenaikan kadar cukai, minat dan musim perayaan.           Menyedari terdapat masyarakat yang kurang ilmu tentang perbelanjaan berhemah membuatkan keadaan menjadi kian rumit. Lebih membimbangkan, terdapat peniaga yang sengaja memanipulasi harga barangan sesuka hati tanpa memikirkan kebajikan pengguna. Justeru, para pengguna sewajarnya bijak berbelanja dengan membeli barangan mengikut keperluan berbandung dengan barang kehendak dengan mengelakkan sikap sikap boros dan membazir. Pengguna perlulah berbelanja dengan lebih berhemah oleh sebab terdapat pelbagai manfaat

Belajar secara Bijak

Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, akan kelihatan murid yang melompat kegembiraan setelah diumumkan sebagai Tokoh Murid Cemerlang dalam peperiksaan. Dalam erti kata lain, murid cemerlang tergolong dalam kalangan murid pintar, tetapi bukan semua murid pintar akan memperoleh keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana kepintaran murid dikategorikan kepada beberapa kelompok atau golongan. Ada murid yang pintar dalam mata pelajaran Sains, tetapi berbeza dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ada yang pintar berkomunikasi tetapi tidak dalam kemahiran lain. Untuk menjadi murid pintar, mereka harus merancang jadual belajar kerana masa itu lebih berharga daripada emas. Perancangan cara belajar yang teliti dapat membantu murid belajar dengan konsisten sekali gus membantu murid memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang.           Selain itu, murid perlu memberikan tumpuan sepenuhnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikuti sesuatu pembelajaran di dalam kelas ha

Karangan Sekolah Rendah - Keselamatan Makanan

TEMA KESELAMATAN K eselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Keselamatan makanan perlu diutamakan oleh semua orang.    Terdapat pelbagai cara yang harus dilakukan dalam aspek keselamatan makanan.  Dalam menyediakan makanan, kita hendaklah membasuh tangan agar bersih daripada kuman. Peralatan dapur seperti kuali, periuk dan pengisar makanan hendaklah dibasuh dengan betul.      Selain itu, kita hendaklah mengasingkan makanan mengikut jenis. Misalnya, buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan lain-lain diasingkan apabila disimpan dalam peti sejuk. Gunakan bekas yang sesuai untuk menjaga kualiti makanan tersebut.     Penyediaan sesuatu makanan hendaklah dititikberatkan. Hal ini demikian untuk mengelakkan keracunan makanan. Justeru, makanan perlu dimasak dengan sempurna untuk membunuh bakteria.          Di samping itu, kita hendaklah melihat tarikh luput makanan yang dibeli di kedai

Karangan Sekolah Rendah - Langkah-langkah Menjaga Kesihatan Diri

TEMA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Antara salah satunya ialah sihat sebelum sakit. Ini membuktikan bahawa kesihatan memberikan makna yang penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti. Oleh itu, murid-murid perlu dididik agar mempraktikkan amalan menjaga kesihatan diri. Hal ini demikian kerana kesihatan diri tidak boleh diukur dengan wang ringgit.      Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan oleh murid untuk menjaga kesihatan diri. Antaranya ialah mengamalkan gizi seimbang dalam kehidupan seharian. Ini bagi memastikan badan memperoleh zat dan vitamin yang mencukupi. Contohnya, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan dengan banyak. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga perlu dibasuh terlebih dahulu. Ini penting agar murid tidak mengambil makanan yang tercemar dengan bahan-bahan berbahaya kepada kesihatan.          Sebelum makan, murid mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang sesuai. Gosok kedua-dua belah tangan

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

Karangan yang memerihalkan atau menggambarkan apa-apa yang dilihat, didengar dan dialami oleh diri atau orang sekeliling. Karangan jenis ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi. Pengetahuan yang luas tentang mengenai sesuatu pengalaman dapat menghasilkan karangan yang baik, logik dan bernas. Karangan ini memerlukan murid memerihalkan seseorang, pengalaman, sesuatu keadaan, sesuatu tempat atau pemandangan, sesuatu peristiwa atau acara, sesuatu benda dan lain-lain. Karangan ini tidak mempunyai format khusus. Namun, karangan jenis ini tidak dapat lari daripada disiplin karangan yang lazim, iaitu ada pendahuluan, isi-isi penting dan penutup. Perkara-perkara yang hendak digambarkan mestilah jelas, menarik, mempunyai perbandingan yang sesuai dan dapat memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca. Murid digalakkan menggunakan bahasa yang lancar, kreatif dan menarik. Penggunaan dialog digalakkan di tempat-tempat yang sesuai. Murid digalakkan menggunakan unsur saspens sec

Antonim

Kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain.  Tidak semua perkataan atau istilah mempunyai perkataan berlawanan. Contoh antonim : adil – zalim adab – biadap ajak – halau aktif – pasif akar – pucuk aman – huru hara angkasa – bumi apung – tenggelam atur – selerak bangga – malu bahagia – derita baharu – lama bantah – setuju beza – sama berani – takut bina  – runtuh buta – celik boros – jimat bongsu – sulung cabut – tanam caci – puji celik – pejam cetek – dalam cepat – lambat condong – tegak cuai – cermat cukup – kurang dahulu  – sekarang derhaka – setia desa – kota dewasa – kanak-kanak dingin  – panas dunia – akhirat damai – perang dedah – lindung dosa – pahala elok  – buruk ekor –kepala enggan  – rela erat – longgar gadai – tebus gagah – lemah gagal – berjaya gali – timbus/ kambus ganjil – genap/ biasa garang – jinak garing – lemau gila – waras gelak – menangis gelora – tenang gemuk – kurus girang – sedih gugup – tenang halus –

Kebaikan dan Keburukan Perniagaan dalam Talian terhadap Peniaga dan Pelanggan

Pada era serba canggih ini semua urusan boleh dilakukan melalui dalam talian terutamanya urus niaga dan perbankan. Ekoran perkembangan ini, masyarakat bijak mengambil peluang untuk menambahkan pendapatan dengan melakukan perniagaan dalam talian atau dikenali sebagai perniagaan elektronik (e-niaga). Kaedah perniagaan ini membenarkan peniaga menawarkan barangan dan perkhidmatan melalui Internet atau ICT. Peniaga dan pelanggan tidak perlu bersemuka dan boleh berada beribu-ribu batu jauhnya kerana perniagaan ini hanya menggunakan Internet sebagai medium perantaraan. Perniagaan dalam talian kini semakin meningkat dari hari ke hari dalam kalangan rakyat Malaysia kerana terdapat pelbagai kebaikan terhadap peniaga dan pelanggan.          Muda-mudi kini tidak gemar untuk bekerja makan gaji dengan waktu kerja tetap. Mereka mula menceburi perniagaan dalam talian kerana lebih mengutamakan waktu kerja yang lebih bebas. Namun, terdapat juga individu yang memiliki pekerjaan tetap turut melibatkan

Puisi Salam Nusantara

Image
************************************************ Salam kasih tuk kekasih, Dari nusantara semarak gembira Kuhantar dengan segulung impian Agar suatu masa aku bertamu Dengan adat Dengan senyum Sambil memikul segunung doa di laman Raudhah Mengenggam syafaatmu, kekasih. Tak terlangkau hijab Memadam resah                gelisah                         gundah                                dan payah. Melihat segala tinta iman Tersurat pada lembaran dunia Tanda cinta kekasih Buat tetamu istimewa      di lantai bumi nan barakah. 11 Ogos 2019/ 5.45 petang/ Bukit Larut

Teks Pertandingan Perbahasan (Karangan PT3) - Tinggal di Desa Lebih Baik Tinggal di Bandar

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, pihak pencadang dan hadirin yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini sebagai pihak pembangkang untuk mematahkan hujah pihak pencadang bahawa tinggal di bandar lebih baik daripada tinggal di desa. Sebelum saya lontarkan hujah-hujah, saya bertegas bahawa segala hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang adalah tidak benar sama sekali. Hadirin yang sama hormati,      Hujah pertama, kos sara hidup di luar bandar lebih rendah daripada bandar. Penduduk luar bandar yang hanya boleh mendapatkan keperluan tersebut di sekeliling rumah. Penduduk luar bandar tidak perlu membayar satu sen pun kepada peniaga. Manakala, penduduk bandar terbeban dengan masalah kewangan apabila perlu membeli semua barang keperluan termasuk ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tambahan lagi, harga barang di bandar meningkat kerana diperoleh daripada orang tengah.      H

Karangan Peranan Ibu Bapa

Pelbagai krisis akhlak dan moral terus menular dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan remaja. Dari sehari ke sehari kita sering dihadapkan dengan berita-berita yang menggerunkan, contohnya pembuangan bayi, gengterisme, vandalisme, sumbang mahram dan sebagainya. Krisis sosial ini perlu ditangani dengan segera kerana impaknya bukannya kecil dan jika tidak ditangani mereka akan menjadi liabiliti kepada negara pada masa akan datang. Tambahan lagi, remaja merupakan kunci pembangunan sesebuah negara malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa golongan ini adalah cerminan masyarakat pada masa depan. Oleh hal demikian, ahli keluarga hendaklah mengambil langkah tegas dalam menangani hal ini. Persoalannya, bagaimanakah keluarga harus memainkan peranan mengekang masalah ini daripada berlarutan?      Setiap ahli keluarga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menjadikan rumah sebagai tempat yang selamat dan mewujudkan suasana rumahku syurgaku. Dalam sesebuah