Posts

Showing posts from June, 2018

Karangan SPM - Langkah-langkah Membendung Buli

Isu buli yang berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia telah mencapai tahap yang membimbangkan. Walaupun peratusan yang terlibat masih berada dalam kedudukan yang rendah, kes buli ini melibatkan tahap keselamatan murid di sekolah dan di luar sekolah. Lebih kritikal lagi, kes buli juga telah sampai pada tahap maksimum, iaitu kes jenayah berat. Isu ini menjadi lebih parah kerana sebelum ini kes buli hanya melibatkan murid lelaki, tetapi kini murid perempuan juga terlibat sebagai pembuli yang berani di sekolah. Kes buli telah merebak seperti virus dalam sistem pendidikan. Sekolah berasrama penuh, sekolah agama, murid lelaki dan perempuan, murid bijak yang terpilih semuanya terlibat dengan kes buli, sama ada sebagai mangsa atau pemangsa. Perbuatan buli memberikan kesan negatif yang hampir sama kepada mangsa. Mangsa buli hilang keyakinan diri dan lemah untuk menangani perkara tersebut secara bersendirian. Malahan, keputusan akademik mangsa buli akan terjejas kerana mereka tidak mahu ter