Posts

Showing posts from October, 2021

Usaha-usaha Menggalakkan Generasi Muda Bersukan

Bidang sukan bidang yang boleh menjadi salah satu kerjaya profesional dan memberikan pendapatan yang tinggi terhadap atlet yang berjaya mengharumkan nama negara dalam sukan SEA, Komanwel dan Olimpik. Namun, tidak semua generasi muda meminati bidang ini. Keadaan ini telah menyebabkan negara kita ketandusan barisan pelapis yang akan menggantikan jaguh dunia sukan seperti Dato Nicol Ann David, Datuk Azizulhasni Awang, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Pandelela Rinong yang berjaya dalam arena sukan masing-masing. Menyedari hakikat ini, usaha untuk menanam minat dalam kalangan generasi kini haruslah dilakukan. Langkah yang proaktif daripada semua pihak dapat memastikan negara kita mampu melahirkan banyak jaguh sukan negara. Benarlah peribahasa, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Peranan sebelah pihak sahaja akan merumitkan usaha dalam melahirkan jaguh sukan negara. Ibu bapa ibarat jambatan yang akan dilalui oleh anak-anak untuk tiba ke suatu destinasi. Rumah ialah sekolah pertama untuk