Posts

Showing posts from May, 2018

Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)

Maksud Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila menjaga pandangan mata, perihal keinginan terhadap sesuatu akan berkurangan. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tidaklah damping. Apabila menjaga pendengaran, perihal negatif dapat dihindarkan. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Apabila menjaga tutur, seseorang akan mendapat banyak kebaikan. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Seseorang perlu menjaga tangan daripada melakukan dosa besar dan kecil. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Nafsu hendaklah dijaga agar dapat mengelakkan sebarang penyakit. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hati hendaklah dijaga oleh seseorang agar dapat menjalani hidup dengan penuh

Karangan SPM - Usaha-usaha Memesrai Alam Sekitar

Banjir kilat berlaku di Kuala Lumpur, Kajang dan di kawasan bandar di Pulau Pinang. Ini antara contoh kesan pencemaran yang kerap berlaku di negara kita. Kejadian di bandar ini bukan sahaja berpunca daripada proses pembangunan yang rancak malah sikap kurang disiplin masyarakat yang gemar membuang sampah sarap ke dalam longkang menyebabkan longkang-longkang kerap tersumbat sehingga berlakunya banjir kilat. Oleh itu, meskipun masyarakat sibuk menjalani rutin harian, masyarakat perlu meluangkan masa berfikir langkah-langkah menangani pelbagai ancaman alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia telah menjadi subjek yang telah memusnahkan alam semula jadi yang begitu diperlukan demi kestabilan bumi dan generasi akan datang. Sifat materialistik yang terdapat dalam diri segelintir pihak menyukarkan usaha-usaha mengekang masalah pencemaran alam daripada terus berlarutan.           Dalam era globalisasi dan modenisasi, masalah pencemaran alam ibarat penyakit barah yang perlu dirawat dengan k

Analisis Lengkap Novel Leftenan Adnan

SINOPSIS Novel Leftenan Adnan mengisahkan perjuangan anak Melayu, iaitu Leftenan Adnan dalam mempertahankan Tanah Melayu daripada pihak Jepun. Anak Pak Saidi dan Mak Milah telah bercita-cita menjadi askar sejak kecil lagi. Apabila tamat persekolahan di sekolah Inggerish, Adnan menjadi guru pelatih di Kampung Sungai Ramal. Walaupun dia telah menjadi guru pelatih, cita-citanya tidak pernah pudar.   Ketika dia menjadi tenaga pengajar, dia mendapat berita bahawa Askar Melayu Diraja diperlukan. Pak Saidi menyokong cita-cita anaknya itu, malah dua orang adik Adnan, iaitu Ahmad dan Amarullah turut menjadi askar. Mak Milah yang pada mulanya tidak bersetuju akhirnya akur dengan cita-cita Adnan. Akhirnya, Adnan dan kawannya, Mamat terpilih dalam menyertai askar. Mereka telah menjalani latihan selama setahun di Port Dickson.    Adnan juga dikejutkan dengan berita pertunangannya dengan Sophia apabila pulang ke kampung halaman untuk bercuti. Adnan terkilan dengan keputusan Pak Saidi dan Mak

Analisis Lengkap Sang Gembala Kuda

Maksud Rangkap Maksud Dia lelaki bergelar perkasa dengan cemeti keberanian di tangan rembat angkuhnya memacu takut menghalau kuda-kuda di padang berebutan memburu kandang. Seorang lelaki yang gagah sedang menghalau kuda-kuda yang ada di padang supaya  segera masuk ke dalam kandang dengan menggunakan cemeti. Rumput dan jerami yang terhidang adalah kanun janji kesetiaan dimamah rakus kala lapar tak peduli nasib diri setelah kenyang jadi tunggangan memburu rakan. Rumput dan jerami disediakan untuk dimakan oleh kuda ketika lapar. Kuda-kuda ini tidak tahu akan dijadikan tunggangan untuk menjejaki kuda yang lain. Dia lelaki punya kuasa sesekali suaranya lebih gempita daripada ringkik kuda sekandang pacunya diiring seribu keberanian meredah onak di rimba perburuan meranduk lumpur di paya penindasan sambil melibas cemeti durjana dia melempar muslihat a