Analisis Lengkap Sang Gembala Kuda
Maksud
Rangkap |
Maksud
|
Dia lelaki
bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan rembat angkuhnya memacu takut menghalau kuda-kuda di padang berebutan memburu kandang. |
Seorang lelaki yang gagah sedang menghalau kuda-kuda yang ada di
padang supaya segera masuk ke dalam kandang dengan menggunakan cemeti.
|
Rumput dan
jerami yang terhidang
adalah kanun janji kesetiaan dimamah rakus kala lapar tak peduli nasib diri setelah kenyang jadi tunggangan memburu rakan. |
Rumput dan jerami disediakan untuk dimakan oleh kuda ketika
lapar. Kuda-kuda ini tidak tahu akan dijadikan tunggangan untuk
menjejaki kuda yang lain.
|
Dia lelaki
punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita daripada ringkik kuda sekandang pacunya diiring seribu keberanian meredah onak di rimba perburuan meranduk lumpur di paya penindasan sambil melibas cemeti durjana dia melempar muslihat aku penyelamat maruah berjuang atas kebenaran menentang semua kebobrokan. |
Penjaga kuda diibaratkan sebagai penguasa yang mempunyai
kemampuan yang luar biasa. Dia menggunakan keberaniannya menghadapi segala
rintangan ketika perburuan dan menghadapi penindasan menggunakan tipu
helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang
atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan. Namun, ada juga yang
berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.
|
Dia lelaki
sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan tanpa membaca keletihannya dia lelaki sang gembala kuda hanya tahu mengejar kehebatan tanpa menghitung kesakitannya dan kuda-kuda itu ditunggangi ditunggangi dan ditunggangi! |
Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa
mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggangnya.Dia juga hanya mahu kuda
yang dapat membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang
ditunggangnya.Semua kudanya terus ditunggangi berulang kali tanpa perasaan belas
kasihan.
|
Antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Tema
Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda
dan penganiayaan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya. Penjaga
kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga
kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.
Persoalan
- Kekuasaan mempengaruhi gaya kepimpinan.
- Ketegasan dalam kepimpinan.
- Penganiayaan terhadap haiwan.
- Kepatuhan terhadap pemerintah.
- Keberaniaan menempuh cabaran dan rintangan.
Bentuk Sajak
- Berbentuk bebas atau tidak terikat
- Terdiri daripada empat rangkap
- Bilangan baris tidak sama [rangkap pertama - lima baris, rangkap kedua - lima baris, rangkap ketiga - sebelas baris, rangkap keempat - lapan baris]
- Jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah perkataan
- Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata
- Rima akhir sajak ini bebas/ tidak sama; abcdd, abcab, aabccadecc, abaabacc
Gaya Bahasa
- Epifora - perulangan kata ditunggangi
- Metafora - cemeti durjana, paya penindasan
- Personifikasi - rembat angkuhnya memacu takut
- Hiperbola - dimamah rakus kala lapar; tanpa membaca keletihannya
- Sinkope - Tak peduli nasib diri setelah kenyang
- Asonansi - Menentang semua kebobrokan; dia lelaki sang gembala kuda; dimamah rakus kala lapar
- Aliterasi - ditunggangi dan ditunggangi!; dia melampar muslihat
Nilai
- Tanggungjawab - Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.
- Keberanian - Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
- Kebijaksanaan - Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
- Kegigihan - Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
- Kepatuhan - Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
Pengajaran
- Kita mestilah berani mengahadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa − Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
- Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya.
- Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi − Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
- Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna − Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
Praktis
Klon SPM
Baca
sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dia lelaki
bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan rembat angkuhnya memacu takut menghalau kuda-kuda di padang berebutan memburu kandang.
Rumput dan
jerami yang terhidang
adalah kanun janji kesetiaan dimamah rakus kala lapar tak peduli nasib diri setelah kenyang jadi tunggangan memburu rakan.
Dia lelaki
punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita daripada ringkik kuda sekandang pacunya diiring seribu keberanian meredah onak di rimba perburuan meranduk lumpur di paya penindasan sambil melibas cemeti durjana dia melempar muslihat aku penyelamat maruah berjuang atas kebenaran menentang semua kebobrokan.
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya dia lelaki sang gembala kuda hanya tahu mengejar kehebatan tanpa menghitung kesakitannya dan kuda-kuda itu ditunggangi ditunggangi dan ditunggangi! Mohd. Hashim Othman
Antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
|
Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua tindakan kejam yang dilakukan oleh lelaki bergelar perkasa terhadap kudanya.
Tindakan kejam yang dilakukan oleh pengembala kuda
ialah merembat kuda dengan cemeti tanpa perasaan. Selain itu, pengembala kuda
menunggang kuda untuk mencapai matlamatnya sebagai orang yang berkuasa.
[2 markah]
|
|
Tahap kesedaran tentang faedah bersukan sangat
rendah dalam kalangan remaja.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah
yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak terlibat
dalam bidang sukan? KBAT
Pada pendapat saya, ibu bapa menjadi
suri teladan kepada anak-anak dengan mempamerkan minat dan kesungguhan mereka
dalam melibatkan diri dalam aktiviti sukan, contohnya pada setiap petang
mereka keluar berjoging dan ke lapangan untuk latihan sukan. Ibu bapa
menyediakan keperluan sukan terhadap anak-anak agar memudahkan anak-anak
menjalani aktiviti bersukan seperti kasut dan baju sukan. Di samping itu, ibu
bapa memberikan latihan khusus kepada anak-anak atau menghantar atau
mendaftarkan anak-anak di kelab-kelab sukan yang menjadi pilihan.
[3 markah]
|
|
Jelaskan dua
nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.
Nilai murni yang terdapat dalam
sajak ini ialah tanggungjawab, contohnya penjaga kuda bertanggungjawab
menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.
Selain itu, nilai keberanian, contohnya penjaga kuda berani menempuh pelbagai
kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
[3 markah]
|
Comments
Post a Comment