Posts

Showing posts from October, 2018

Puisi 3 - Aku Ingin Mencintaimu

Image
A ku ingin mencintaimu dengan sederhana,  seperti kata yang tak sempat diucapkan,  kayu kepada api yang menjadikannya abu. Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,  seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan, awan kepada hujan yang menjadikannya tiada . [ Terjemahan puisi Khalil Gilbran ]

Karangan Pemerihalan - Percutian Bersama dengan Keluarga

P ada cuti sekolah yang lalu, aku dan keluarga telah ke Air Terjun Sungai Gabai yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Air terjun ini menjadi pilihan kerana merupakan antara satu destinasi percutian yang menjadi tumpuan. Peluang bercuti di sini sangat menggembirakan aku kerana ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana. Sebenarnya, ini merupakan cadangan ayah untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga.       Seawal pagi, ibu menyediakan makanan dan minuman seperti mi goreng, nasi lemak, sandwic, buah-buahan, jus dan beberapa menu lain. Ayah pula memastikan kereta dalam keadaan baik agar tidak berlaku perkara tidak diingini. Kami bertolak ke air terjun ini pada pukul 7.30 pagi dan tiba pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan selama dua jam kami isi dengan menyanyi dan berbual-bual.       Apabila tiba di air terjun ini, aku dan adik yang pertama kali ke sini terpegun melihat keindahan dan kecantikan alam. Flora dan fauna masih terpelihara. Ayah menghamparkan tikar di bawah

Puisi 2: Suara Alam

Ini tanah kian berlumpur Flora fauna derita tak tertanggungkan Suara jeritan ditelan bumi Asbab manusia hidup menzalimi Sedang kita masih ada tari Meraih kantung demi kantung gembira.

Karangan SPM - Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan

Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan Kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada era globalisasi yang semakin canggih amat membimbangkan kerana bakal menjejaskan struktur sosial kehidupan bernegara. Situasi ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk impak daripada perkembangan teknologi maklumat. Penggunaan peralatan elektronik seperti telefon pintar, televisyen, permainan video dan komputer riba memberikan kemudahan untuk masyarakat berinteraksi di alam maya seperti aplikasi Facebook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya. Hal Ini menyebabkan masyarakat menganggap bahawa keperluan keluar dari rumah untuk berjumpa dan beramah mesra dengan jiran tetangga tidak penting lagi. Malahan, gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing turut menyumbang kepada berlakunya situasi ini. Ditambah kos sara hidup yang semakin meningkat, lebih banyak masa dihabiskan untuk mencari pendapatan tambahan berbanding dengan menghabiskan masa bersama-sama kelua

SOALAN SEBENAR SPM 2005 - 2017 DAN ANALISIS JAWAPAN

SPM 2005  Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama. Kita akan memikul tugas mengisi kemerdekaan negara bersama-sama. Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat. Semenjak kerajaan melancarkan program kitar semula, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat. Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu lepas. Mereka telah membina sebuah gelanggang badminton secara gotong-royong pada minggu lepas. SPM 2006 Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya? Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara? Adakah Encik Amran hendak ke Putrajaya? Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan. Pendebat itu petah berhujah Pendebat itu bijak mematahkan hujah lawan. Siswazah y

Puisi 1: Sang Tanjung

Image
Mekar Sang Tanjung Bukan megah tuk dipetik Tapi dipagar harumnya Jadi aku Sang Tanjung Kelopak putih kan gugur Gugur di tangan dunia       Santun gugur tak terluka                   Moga-moga ke sana Kekar ibarat dewi syurga.

Karangan SPM - Penyakit Berjangkit dan Masyarakat

Penyakit berjangkit yang menghiasi kaca televisyen dan dada akhbar kini ada yang telah meragut nyawa manusia. Sudah pasti, kes ini melahirkan rasa bimbang dalam kalangan masyarakat kerana menjejaskan keselamatan kesihatan dan keselamatan sosial khususnya sehingga mengganggu pembangunan sumber manusia. Terdapat pelbagai jenis penyakit berjangkit yang menular di negara kita seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Coronavirus (MERS-CoV), Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), dan Demam Virus Influenza A (H1N1). Justeru itu, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak berwajib dengan merangka program pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit. Namun, masih terdapat masyarakat lepas tangan dalam memastikan usaha-usaha mengekang penularan wabak penyakit tersebut berjaya.   ‘Diri sendiri’ merupakan entiti yang harus berusaha memastikan penyakit ini tidak ‘terpikat’ untuk hinggap dalam kelompok masyarakat. Bayangkan, apakah yang akan berlaku ter