NILAI Patriotrisme Sejak kecil, Adnan bercita-cita menjadi askar berpangkat tinggi. Dia selalu berangan-angan menjadi pahlawan seperti Hang Tuah. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan kerana cinta akan tanah air. Leftenan Adnan sanggup dihantar bertugas di Pasir Panjang, Singapura dan berjauhan dengan anak dan isterinya kerana dia sedar dia memikul tanggungjawab besar untuk mempertahankan tanah air melalui Rejimen Askar Melayu. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri oleh sebab penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Pak Saidi yang berpengetahuan luas tentang sejarah tanah air. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air seperti Syed Syeikh Al-Hadi. Beliau juga menjadikan keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Ki...
Perbandingan merupakan sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Umumnya, perbandingan digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana. Contoh bandingan: Adil laksana hakim Alim seperti ulama Anggun seperti ratu Angin bertiup seperti orang berbisik-bisik Angkuh seperti merak Baik seperti malaikat Bebas seperti burung Becok seperti murai Bengkang-bengok seperti ular kena palu Berani seperti singa Berat seperti batu Berdenyut macam siput Bersih seperti kain putih Susah macam ayam Mengalir seperti sungai Bersinar seperti bintang Besar seperti gajah Betul seperti bendul Bijak seperti pendeta Biru seperti laut Bisa seperti racun Bising seperti pasar Bodoh seperti lembu Bongkok seperti sabut Bujur seperti telur Bulat seperti bola Buruk seperti hantu Busuk seperti bangkai Cantik seperti bidadari Cepat seperti kilat Cerah seperti siang Cerdik seperti kancil Dalam seperti laut...
Sinopsis Novel Meniti Impian menceritakan kegigihan remaja bernama Zahar berusaha mencapai cita-citanya untuk menjadi pembuat perabot yang berjaya dalam mengubah taraf hidup keluarga dan membantu bapa saudaranya, Pak Yusuf yang telah banyak membantu seterusnya menangkis pandangan negatif Suhaili yang beranggapan bahawa belajar di Institut Kemahiran Mara tidak memberikan masa hadapan yang cerah. Zahar telah membuktikan impiannya bukan angan-angan Mat Jenin. Konflik percintaan dengan Suhaili menjadi pembakar semangat kepadanya untuk terus berjuang. Luka di hatinya kian terubat apabila Norimi, iaitu rakan yang dikenalinya semasa hari pertama pendaftaran di Institut Kemahiran Mara memahaminya dan simpati terhadap dirinya walaupun gadis ini penuh dengan perasaan cemburu. Ketika menjalani praktikal di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad yang terletak di Kawasan Perindustrian Kemunting, Zahar dipertemukan dengan Suhaili. Suhaili menawarkan pertolongannya agar Zahar mendapat temp...
Comments
Post a Comment