Posts

Showing posts from April, 2020

Karangan UPSR - Faedah Menabung terhadap Murid

Berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit. Berdasarkan peribahasa di atas, tulis karangan bertajuk 'Faedah Menabung terhadap Murid'.   ************************************************** Budaya menabung dalam kalangan murid hendaklah dididik agar mereka menjadi individu yang bijak merancang belanjawan. Peribahasa 'berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit' memberikan gambaran yang jelas bahawa walaupun nilai wang tabungan adalah kecil, namun lama-kelamaan akan menjadi nilai yang besar.   Sudah pasti budaya menabung memberikan bangak kebaikan terhadap murid.  Antara kebaikan menabung ialah murid dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Hal ini demikian kerana, murid perlu merancang segala perbelanjaan, iaitu barang keperluan. Murid hendaklah membawa bekalan air dan makanan yang dimasak di rumah. Oleh itu, wang saku yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan di dalam tabung.   Selain itu, murid mempunyai wang simpanan untuk menghadapi hari mendatang. Misalnya, wang simpan