Posts

Showing posts from November, 2019

Karangan Sekolah Rendah - Keselamatan Makanan

TEMA KESELAMATAN K eselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Keselamatan makanan perlu diutamakan oleh semua orang.    Terdapat pelbagai cara yang harus dilakukan dalam aspek keselamatan makanan.  Dalam menyediakan makanan, kita hendaklah membasuh tangan agar bersih daripada kuman. Peralatan dapur seperti kuali, periuk dan pengisar makanan hendaklah dibasuh dengan betul.      Selain itu, kita hendaklah mengasingkan makanan mengikut jenis. Misalnya, buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan lain-lain diasingkan apabila disimpan dalam peti sejuk. Gunakan bekas yang sesuai untuk menjaga kualiti makanan tersebut.     Penyediaan sesuatu makanan hendaklah dititikberatkan. Hal ini demikian untuk mengelakkan keracunan makanan. Justeru, makanan perlu dimasak dengan sempurna untuk membunuh bakteria.          Di samping itu, kita hendaklah melihat tarikh luput makanan yang dibeli di kedai

Karangan Sekolah Rendah - Langkah-langkah Menjaga Kesihatan Diri

TEMA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Antara salah satunya ialah sihat sebelum sakit. Ini membuktikan bahawa kesihatan memberikan makna yang penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti. Oleh itu, murid-murid perlu dididik agar mempraktikkan amalan menjaga kesihatan diri. Hal ini demikian kerana kesihatan diri tidak boleh diukur dengan wang ringgit.      Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan oleh murid untuk menjaga kesihatan diri. Antaranya ialah mengamalkan gizi seimbang dalam kehidupan seharian. Ini bagi memastikan badan memperoleh zat dan vitamin yang mencukupi. Contohnya, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan dengan banyak. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga perlu dibasuh terlebih dahulu. Ini penting agar murid tidak mengambil makanan yang tercemar dengan bahan-bahan berbahaya kepada kesihatan.          Sebelum makan, murid mestilah membasuh tangan dengan menggunakan sabun yang sesuai. Gosok kedua-dua belah tangan