Karangan Sekolah Rendah - Keselamatan Makanan
TEMA KESELAMATAN
Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Keselamatan makanan perlu diutamakan oleh semua orang.
Terdapat pelbagai cara yang harus dilakukan dalam aspek keselamatan makanan. Dalam menyediakan makanan, kita hendaklah membasuh tangan agar bersih daripada kuman. Peralatan dapur seperti kuali, periuk dan pengisar makanan hendaklah dibasuh dengan betul.
Selain itu, kita hendaklah mengasingkan makanan mengikut jenis. Misalnya, buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan lain-lain diasingkan apabila disimpan dalam peti sejuk. Gunakan bekas yang sesuai untuk menjaga kualiti makanan tersebut.
Penyediaan sesuatu makanan hendaklah dititikberatkan. Hal ini demikian untuk mengelakkan keracunan makanan. Justeru, makanan perlu dimasak dengan sempurna untuk membunuh bakteria.
Di samping itu, kita hendaklah melihat tarikh luput makanan yang dibeli di kedai atau di pasar raya terutamanya makanan dalam peket. Sikap kita yang peka dengan tarikh luput makanan yang dibeli dapat memastikan kesihatan terjaga.
Tuntasnya, semua orang perlu mendalami perihal keselamatan makanan. Segala ilmu mengenai keselamatan makanan perlu dicari. Malahan, ilmu tersebut patut dijadikan amalan dalam kehidupan manusia sejagat.
bagus la karangan ini saya boleh menyaling nya dengan pantas kerana tulisanya senang untuk dipahami
ReplyDeleteOk
ReplyDelete