Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

NILAI

Patriotrisme
  • Sejak kecil, Adnan bercita-cita menjadi askar berpangkat tinggi.  Dia selalu berangan-angan menjadi pahlawan seperti Hang Tuah.
  • Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan kerana cinta akan tanah air.
  • Leftenan Adnan sanggup dihantar bertugas di Pasir Panjang, Singapura dan berjauhan dengan anak dan isterinya kerana dia sedar dia memikul tanggungjawab besar untuk mempertahankan tanah air melalui Rejimen Askar Melayu.
  • Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri oleh sebab penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Pak Saidi yang berpengetahuan luas tentang sejarah tanah air. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air seperti Syed Syeikh Al-Hadi. Beliau juga menjadikan keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahanam dan Datuk Siamang Gagap sebagai sumber inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam diri.
Kasih sayang
  • Contohnya, Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya, Sofea dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun. 
  • Leftenan Adnan membawa Sofea tingfal bersama-sama dengannya di Pasir Panjang kerana tidak mahu berjauhan. Namun begitu, Sofea dihantar pulang ke kampung halaman demi keselamatan ahli keluarganya apabila Inggerish ingin melakukan serangan ke atas Pasir Panjang.
  • Leftenan Adnan sayang akan ibu bapanya, Pak Saidi dan Mak Milah apabila memenuhi kehendak ibu bapanya dengan mengahwinkan dia dengan Sofea walaupun dia tidak bersetuju pada awalnya.
  • Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya, Sophia dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.
Bertanggungjawab
  • Pada setiap pagi , Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengahari.
  • Sophia menyara anak-anaknya dengan hasil titik peluh sendiri tanpa mengharapkan belas kasihan masyarakat sekeliling setelah kematian suaminya, Leftenan Adnan dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.
  • Sebagai ketua yang bertanggungjawab, Leftenan Adnan turut sama dengan anggota pasukannya bergotong-royong menyiapkan kubu-kubu pertahanan sebagai persiapan menentang musuh.
  • Pak Saidi menjalankan tanggungjawabnya mencari rezeki untuk keluarganya dengan menorwh getah dan mengerjakan sawah.
  • Pak Saidi menjalankan tanggunjawabnya sebagai seorang bapa dengan memberikan pendidikan untuk ketiga-tiga anaknya, iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Dia telah menghantar anaknya bersekolah Inggerish.
Keberanian
  • Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
  • Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah yang terakhir walaupun dalam jumlah pejuang yang sedikit dan kehabisan peluru.
  • Pak Saidi mampu membunuh beberapa askar Jepun dengan hanya menggunakan keris pusakanya sebelum mati ditembak.
Kebijaksanaan
  • Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
  • Pak Saidi tetap berfikiran bijak apabila mengambil keputusan untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana dia mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap masa depan anak-anaknya walaupun keputusannya ditentang oleh penduduk kampung.
Bekerjasama
  • Penduduk kampung saling bekerjasama untuk tidak memberikan maklumat mengenai kelaurga Leftenan Adnan ketika tentera Jepun mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Kerajinan
  • Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.
PENGAJARAN
  • Kita perlulah berani mempertahankan negara daripada penjajah agar masyarakat hidup aman, contohnya keberanian Leftenan Adnan dan askar Melayu ketika mempertahankan negara menjadi buah mulut pihak rakan dan musuh.
  • Kita perlulah memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi, contohnya perjuangan Leftenan Adnan dan askar Melayu membuktikan mereka memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi sehingga sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa hingga titisan darah terakhir.
  • Kita perlulah memiliki wawasan dan berpandangan jauh, contohnya Pak Said memilih sekolah beraliran Inggeris untuk ketiga-tiga anaknya, Adnan,Ahmad dan Amarullah kerana dia sedar banyak ilmu pengetahuan yang dapat ditimba.
  • Kita perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar menjadi masyarakat yang berjaya, contohnya, Pak Said rajin membaca hasil penulisan Syed Syeikh al-Hadi dalam majalah Al-Imam dan risalah yang diterbitkan oleh tokoh tersebut.
  • Kita perlulah pasrah menerima ketentuan takdir, contohnya Pak Saidi dan Mak Milah pasrah akan kehilangan dua orang anak mereka yang mati dalam pertempuran dengan tentera Jepun dalam mempertahankan tanah air tercinta.
  • Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab kepada ahli keluarga, contohnya sebagai ketua yang bertanggungjawab, Leftenan Adnan turut sama dengan anggota pasukannya bergotong-royong menyiapkan kubu-kubu pertahanan sebagai persiapan menentang musuh.
  • Kita mestilah saling menyayangi ahli keluarga, contohnya Leftenan Adnan membawa Sofea tingfal bersama-sama dengannya di Pasir Panjang kerana tidak mahu berjauhan. Namun begitu, Sofea dihantar pulang ke kampung halaman demi keselamatan ahli keluarganya apabila Inggerish ingin melakukan serangan ke atas Pasir Panjang.
  • Kita perlulah menyayangi ibu bapa yang telah membesarkan kita, contohnya Leftenan Adnan sayang akan ibu bapanya, Pak Saidi dan Mak Milah apabila memenuhi kehendak ibu bapanya yang ingin mengahwinkannya dengan Sofea walaupun tidak bersetuju pada awalnya.
  • Kita mestilah berani mempertahankan maruah diri dan keluarga, contohnya Pak Saidi mampu membunuh beberapa askar Jepun dengan hanya menggunakan keris pusakanya sebelum mati ditembak.
  • Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, contohnya Pak Saidi menjalankan tanggunjawabnya sebagai seorang bapa dengan memberikan pendidikan untuk ketiga-tiga anaknya, iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Dia telah menghantar anaknya bersekolah Inggerish.

Comments

  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.CC ....:)

    ReplyDelete
  2. thankyou for your information... i really need this :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional