Karangan SPM Bahagian A [Bahan Rangsangan]



BAHAGIAN A 
[30 markah
[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah amalan rumah terbuka terhadap masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAEDAH AMALAN RUMAH TERBUKA
  • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
  • Mengetahui adat resam masyarakat Malaysia
  • Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Jawapan Contoh

[Pendahuluan] Alfred Adler, pakar perubatan dari Austria ada berkata, “Orang yang menyisihkan dirinya daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan kerana pergaulan mencerdaskan dan menajamkan ingatan”. Ini membuktikan bahawa pergaulan amat penting bagi setiap setiap individu dan salah satu medium pergaulan adalah dengan menghadiri majlis sosial yang dianjurkan. Oleh sebab itu, dalam hidup bermasyarakat, kita perlu menjalankan tanggungjawab sebagai masyarakat yang berhemah dengan bergaul, bertegur sapa dan saling mengenali jiran tetangga. Antara salah satu majlis yang dapat membenarkan masyarakat berbuat demikian adalah melalui majlis rumah terbuka. Benar, masyarakat kita kerap mengadakan amalan sambutan rumah terbuka perayaan sesuatu kaum oleh sebab kekangan masa. Sebenarnya, amalan rumah terbuka memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat bermuafakat bak peribahasa 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat'.
         [Idea 1] Amalan rumah terbuka dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara kita. Hal ini demikian kerana semasa menghadiri rumah terbuka tidak kiralah Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina dan Rumah Terbuka Deepavali, tetamu akan saling beramah mesra. Situasi ini membolehkan mereka memahami antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama anutan dan sosial ini akan dapat dikukuhkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu 'tak kenal maka tak cinta'. 
        [Idea 2] Selain itu, tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan mengetahui adat resam agama masyarakat Malaysia. Mereka akan merayakan perayaan bersama-sama walaupun berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban dan kaum minoriti lain akan merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Contohnya, kaum Melayu akan menghormati kaum Cina dan India dengan menggelakkan menyentuh perkara-perkara yang sensitif agar tidak mengguris perasaan mereka. Perkara ini sudah pasti dapat mewujudkan nilai murni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. 
      [Idea 3] Tidak dapat dinafikan bahawa amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang paling praktikal untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Semasa menghadiri rumah terbuka, setiap ahli keluarga akan bertanyakan khabar, beramah mesra dan melepaskan perasaan rindu masing-masing setelah sekian lama tidak bertemu kerana tinggal berjauhan dan sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya. Ahli keluarga besar juga dapat mengetahui perkembangan terkini antara satu sama lain. Malah, orang muda dapat mengenali orang tua dengan lebih dekat. Situasi ini menggambarkan yang tua dihormati, yang muda disayangi. Inilah pegangan yang menjadi tunjang dalam hubungan kekeluargaan.
      [Penutup] Kesimpulannya,  konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam pada semua peringkat umur, iaitu kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua, juga institusi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak memberikan banyak kebaikan jika difahami dan dihayati dengan telus. Kita tidak mahu menjadi seperti 'rumah sudah siap, pahat berbunyi' apabila masyarakat tidak mengambil peluang memperbaik hubungan silaturahim. Justeru, penganjuran rumah terbuka diharap tidak menjadi sesuatu yang sia-sia dan warga Malaysia mengambil peluang agar sama-sama menjadi kuasa mencapai matlamat sebenar penganjuran rumah terbuka.  

Comments

  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.CC ....:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional