Analisis Lengkap Novel Meniti Impian

Sinopsis
Novel Meniti Impian menceritakan kegigihan remaja bernama Zahar berusaha mencapai cita-citanya untuk menjadi pembuat perabot yang berjaya dalam mengubah taraf hidup keluarga dan membantu bapa saudaranya, Pak Yusuf yang telah banyak membantu seterusnya menangkis pandangan negatif Suhaili yang beranggapan bahawa belajar di Institut Kemahiran Mara tidak memberikan masa hadapan yang cerah. Zahar telah membuktikan impiannya bukan angan-angan Mat Jenin. Konflik percintaan dengan Suhaili menjadi pembakar semangat kepadanya untuk terus berjuang. Luka di hatinya kian terubat apabila Norimi, iaitu rakan yang dikenalinya semasa hari pertama pendaftaran di Institut Kemahiran Mara memahaminya dan simpati terhadap dirinya walaupun gadis ini penuh dengan perasaan cemburu. Ketika menjalani praktikal di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad yang terletak di Kawasan Perindustrian Kemunting, Zahar dipertemukan dengan Suhaili. Suhaili menawarkan pertolongannya agar Zahar mendapat tempat di kilang tersebut. Namun, Zahar telah menolak tawaran tersebut dengan alasan dia tidak mahu terikat dengan Suhaili. Sikap Zahar sepanjang bekerja di kilang perabot tersebut amat menyakitkan Suhaili yang berusaha memperbaik hubungan mereka. Suhaili berasa bersalah dengan sikapnya sebelum ini semacam menghina dan meninggalkan Zahar kerana mereka tidak sehaluan. Usaha Zahar membuahkan hasil apabila impiannya terlaksana setelah terbinanya kilang perabot Meniti Impian. Sementara itu, hatinya dengan Norimi sarat dengan bunga-bunga cinta.

Tema
Tema novel Meniti Impian ialah keazaman dan kegigihan seorang remaja mengejar impian dan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Zahar gigih menuntut ilmu dalam bidang pertukangan perabot di Institut Kemahiran Mara (IKM) kerana ingin mencapai cita-cita untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Kegigihan Zahar dapat dilihat berdasarkan usahanya membantu Pak Yusuf dalam menyiapkan perabot yang ditempah oleh orang kampung setiap kali pulang bercuti ketika masih menuntut di IKM. Walaupun Zahar tidak dapat meneruskan persekolahan di peringkat yang lebih tinggi, namun dia tidak berputus asa. Dia belajar dengan tekun di IKM walaupun dipandang rendah dan hina oleh Suhaili. Penghinaan Suhaili terhadap kelulusan IKM yang susah mendapat pekerjaan dijadikan sebagai penguat semangat bagi Zahar untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya walaupun hanya belajar di IKM. Akhirnya, Zahar berjaya memperoleh kelulusan yang cemerlang dan pulang ke kampung dengan membina bengkel perabotnya miliknya sendiri, iaitu Bengkel Meniti Impian.

Persoalan
  • Kegigihan membuahkan kejayaan - Zahar sangat gigih berusaha menuntut ilmu di Institut Kemahiran Mara dalam bidang pertukangan perabot. Dia juga gigih menjalani latihan di Taiping untuk menimba pengalaman sebelum membuka bengkelnya sendiri. Usahanya telah membawa kepada pembinaan Bengkel Meniti Impian.
  • Minat dan kebolehan membuahkan hasil -Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sebarang sijil kemahiran atau pengiktirafan dalam bidang tersebut. Zahar pula sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di Institut Kemahiran Mara.
  • Konflik percintaan dalam kalangan remaja - Zahar mempunyai perasaan cinta terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak dapat meneruskan hubungan mereka kerana dia memandang rendah terhadap Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza. Pertemuan demi pertemuan antara Zahar dengan Norimi ketika menuntut di Institut Kemahiran Mara telah membawa suatu perasaan apabila Norimi menaruh perasaan kepada Zahar apabila gadis ini cemburu.
  • Keharmonian hidup masyarakat di kampung - Majlis kenduri kesyukuran bersempena dengan kejayaan Suhaili yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut. Selain itu, Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabot Meniti Impian dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.
  • Keikhlasan dalam persahabatan - Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. Zahar dan rakan-rakan di Institut Kemahiran Mara saling membantu. Bakar ikhlas menyumbangkan idea Bengkel Meniti Impian diiklankan dalam surat khabar.
Watak dan Perwatakan
Zahar 
Fizikal
  • Anak sulung
  • Berusia awal 20-an
  • Telah kematian bapa
  • Ibu bernama Mak Kiah
  • Mempunyai dua orang adik, iaitu Zakri dan Halim
  • Bapa saudara Zahar ialah Pak Yusuf
  • Bercita-cita membuka bengkel perabot sendiri
  • Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Institut Kemahiran Mara
  • Kawan-kawannya di Institut Kemahiran Mara ialah Ramli, Norimi, dan Habsah
  • Kawan-kawan sekampungnya ialah Bakar, Rahim, dan Suhaili 
  • Pandai bermain bola sepak - Maarof, iaitu ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan bola sepak dan meminta rakan-rakan sepasukan memberikan tepukan kepada Zahar. Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan bergantung pada dirinya seorang sahaja tetapi oleh sebab kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong.
Dalaman
  • Seorang yang rajin - Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat perabot di bengkel
  • Tidak mudah berputus asa - Zahar tidak berputus asa walaupun tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, sebaliknya dia meneruskan pelajaran di Institut Kemahiran Mara walaupun niatnya itu diperkecilkan oleh Suhaili yang mempertikaikan masa hadapan Zahar. Untuk membuktikan seterusnya menangkis tanggapan negatif Suhaili, Zahar berusaha dengan gigih. Terbinanya Bengkel Perabot Meniti Impian telah membuka mata Suhaili.
  • Seorang yang tegas - Zahar bertegas menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang perabot tempat dia berlatih selepas tamat latihannya. Sebaliknya Zahar menetapkan pendiriannya untuk membuka bengkel perabotnya sendiri
  • Seorang yang tekun dalam melakukan sesuatu - Ketekunan Zahar dapat dilihat ketika dia menyiapkan rak buku dalam peperiksaan yang dijalankan di Institut Kemahiran Mara. Dia meneliti ukuran rak yang akan dikerjakan.
  • Bersikap rasional dalam sebarang keadaan - Zahar tidak mencampuradukkan urusan peribadi dengan kerjanya. Ketika menjalani latihan industri di Kemunting, dia tidak membuat keputusan terburu-buru apabila tetap meneruskan latihan industri tersebut walaupun mendapat tahu Suhaili bekerja di situ.
  • Memiliki sikap setia kawan - Zahar tidak mahu dipuji-puji atas kejayaan pasukannya dalam perlawanan bola sepak, sebaliknya berpendapat bahawa kejayaan tersebut adalah kerana kerjasama yang padu mereka sebagai satu pasukan
  • Tahu membalas budi - Zahar ingin memperbesar bengkel bapa saudaranya sebelum membina bengkel perabot sendiri. Dia tidak melupakan budi yang ditabur oleh Pak Yusuf yang mengambil tahu kebajikan dia sekeluarga sejak kematian bapanya.
  • Memiliki keazaman yang tinggi - Zahar mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai cita-citanya, iaitu menjadi pengusaha perabot setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar.
  • Berjimat cermat dalam berbelanja - Zahar membelanjakan wang imbuhan sebanyak RM200.00 yang diterimanya setiap bulan dengan berhemah agak wang perbelanjaannya semasa belajar di Institut Kemahiran Mara mencukupi untuk menampung kehidupan sehariannya.
  • Pemaaf - Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di Institut Kemahiran Mara.
  • Berdisiplin - Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang perabot tempat mereka bekerja, walaupun mereka datang dengan berbasikal sejauh 2 kilometer.

Pak Yusuf
Fizikal 
  • Bapa saudara Zahar 
  • Suami Mak Temah 
  • Dua orang anak penuntut universiti
  • Memiliki kedai perabot sendiri
  • Mahir ilmu pertukangan perabot walaupun tiada sijil pertukangan daripada mana-mana institusi 
Dalaman 
  • Prihatin - Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah mereka. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang dia mampu. Pak Yusuf mengambil berat akan Zahar, anak saudaranya. Dia sanggup menyewa teksi untuk menghantar Zahar ke Institut Kemahiran Mara Sungai Petani. 
  • Bertanggungjawab - Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa rak kasut itu untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid. 
Suhaili
Fizikal 
  • Tinggi lampai, berbibir nipis, berkulit kuning langsat, berlesung pipit 
  • Kawan sekelas Zahar 
  • Anak ketua kampung, Pak Karim 
  • Lulusan ITM 
  • Pernah bekerja di Petaling Jaya sebelum bekerja di Taiping 
  • Memegang jawatan Penolong Ketua Unit Pemasaran 
Dalaman 
  • Suka memandang rendah terhadap orang lain - Suhaili memandang rendah terhadap tawaran yang diterima oleh Zahar. Dia mempersoalkan cabaran yang pernah dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar menyatakan bahawa walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat Zahar. 
  • Mengakui kesalahannya - Suhaili menyesal dengan tindakannya memperlekeh usaha dan cita-cita Zahar. Dia malu kerana Zahar berjaya membina Bengkel Meniti Impian. Suhaili mengutuskan sepucuk surat kepada Zahar tanda kekesalan tindakannya. Shuhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar setelah dia insaf akan perbuatannya yang menghina dan memandang rendah Zahar yang akan menyambung pelajarannya di Institut Kemahiran Mara. 
Latar
Latar Masa 
  • Tiga tahun - Selepas tiga tahun berhenti sekolah, Zahar sentiasa berusaha memohon pelbagai jawatan tetapi tidak berjaya. Zahar juga meluahkan keinginannya belajar di sekolah swasta namun ibunya tidak berkemampuan kerana dua adiknya masih lagi bersekolah. 
  • Setahun lebih - Zahar bekerja di bengkel. 
  • Enam bulan - Zahar dan rakan- rakan menjalani latiah dalam loji selama enam bulan. Zahar diterima menjalani latihan di Kilang Perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping. 
  • Satu jam setengah - Zahar menaiki bas MARA dari Sik ke Alor Setar selama satu jam setengah untuk bertemu dengan Suhaili. 
  • Waktu pagi - Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di Institut Kemahiran Mara dengan menaiki teksi Pak Usin, iaitu bapa saudara Suhaili. Selain itu, Zahar pulang ke kampungnya pada waktu pagi dan mendapati ada kenduri kesyukuran di rumah ketua kampung, iaitu Pak Karim bersempena kejayaan Suhaili mendapat pekerjaan di Petaling Jaya. 
  • Waktu petang - Lima mini sebelum 2.30 petang, Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di padang pada minggu suai kenal. 
  • Waktu malam - Norimi dan Zahar telah mendeklamasikan sebuah sajak hasil ciptaan mereka sendiri pada malam pentup minggu suai kenal di Institut Kemahiran Mara Sungai Petani. 
Latar Tempat 
  • Kampung Caruk Petitih, Sik, Kedah – Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Caruk Petitih, Sik menuju ke Institut Kemahiran Mara Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin. 
  • Rumah Zahar - Zahar pulang ke kampung. Ketika tiba, ibunya tiada di rumah. Lalu dia bertanya kepada adiknya Zakri perihal ketiadaan ibu. Zakri memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah Pak Karim untuk makan kenduri. 
  • Bengkel perabot Pak Yusuf – Selepas berhenti sekolah, Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf bagi membantu keluarganya ATAU Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah oleh penduduk kampung dan jiran-jirannya. 
  • Rumah ketua kampung – Semasa Zahar pulang ke kampung, ada kenduri di rumah ketua kampung, Pak Karim bersempena dengan kejayaan Suhaili mendapat pekerjaan di Petaling Jaya. 
  • Stesen bas MARA – Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili. 
  • Kompleks City Point, Alor Setar – Tempat pertemuan Zahar dan Suhaili. Tempat ini menjadi pilihan supaya tidak diketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Di sinilah Zahar memberitahu Suhaili bahawa dia menerima tawaran memasuki Institut Kemahiran Mara. 
  • Institut Kemahiran Mara Sungai Petani – Tempat Zahar mendaftar dan berkursus Pertukangan Perabot dan bertemu dengan Norimi yang mengikuti kursus Lukisan Seni Bina. Selain itu, Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di dalam Bengkel Pertukangan Perabot Institut Kemahiran Mara Sungai Petani. 
  • Taiping - Zahar menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan pekerja kilang. Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal bersama-sama. 
Latar Masyarakat 
  • Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain - Suhaili memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki Institut Kemahiran Mara dan menganggap masa depan Zahar tidak terjamin. 
  • Masyarakat yang rajin bekerja - Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat perabot di bengkel ketika cuti. 
  • Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat - Zahar berusaha untuk mencapai cita-citanya sebagai usahawan perabot terutama setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar yang menganggap graduan kolar biru sukar mendapat tempat dalam pasaran. 
  • Masyarakat yang bergotong-royong - Penduduk kampung bergotong royong mendirikan bengkel perabot milik Zahar di sudut kanan halaman rumahnya. Penduduk tidak kira tua mahupun muda bersama-sama bekerjasama menegakkan tiang dan bumbung. 
  • Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan - Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6, Zahar memohon untuk memasuki Institut Kemahiran Mara untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pertukangan perabot. Kegagalannya tersebut tidak akan menjadi batu penghalang untuk dia meneruskan cita-citanya untuk membuka kilang perabot sendiri. 
  • Masyarakat yang ambil berat - Pak Yusuf mengambil berat tentang anak saudaranya, iaitu Zahar dengan menyewa teksi dan menghantar Zahar mendaftar di Institut Kemahiran Mara. Pak Yusuf sedaya upaya membantu anak buahnya sehingga berjaya selepas kematian ayah Zahar. 
Gaya Bahasa

Peribahasa 
Macam isi dengan kuku Hal. 26 
Kera sumbang Hal. 85 
Berat mulut Hal. 92 

Simili 
Cabaran itu bagai api membakar semangat … Hal. 27 

Bahasa Inggeris 
Final exam Hal. 34 
Awning Hal. 57 
Locker Hal. 60 
Ragging Hal. 62 
No problem Hal. 67 
Spy Hal. 139 
Bestfriend Hal. 139 
Girlfriend Hal. 93 
Spot check Hal. 95 
Track suit Hal. 104 
No problem chief Hal. 109 
Urgent Hal. 162 
Mood Hal 162 

Hiperbola 
Matahari sudah tergantung di tengah langit Hal. 83 
Sepi terus dijahit waktu Hal. 150 

Metafora 
Kuntum kegembiraan Hal. 25 
Obor semangat Hal. 64 

Bahasa Arab 
Alhamdulillah Hal. 56 
Insya-Allah Hal. 129 

Teknik
Imbas kembali
  • Zahar teringat akan perbualannya dengan rakannya, Bakar yang menyuruh Zahar memberitahu perihal dia menyambung pelajarannya di Institut Kemahiran Mara. "Dari situ aku dapat membaca hatikau. Kau masih ingat kepadanya. Ingatan itu dibayangi pula oleh sesuatu yang membuat hatiku resah dan gelisah. Rasa resah gelisah itu makin menekan perasaanku pada setiap kali Suhaili pulang bercuti, bukan?" Hal. 21 
  • Zahar teringat akan sikap Suhaili yang semacam menghinanya apabila mendapat tahu Zahar akan menyambung pelajarannya di Institut Kemahiran Mara. "Kalau jalan itu yang kaupilih, aku tak dapat nak kata apa-apa. Cuma apabila keluar IKM nanti jangan merempat macam pelatih yang lain sudahlah." Hal. 41 
Imbas muka 
  • Zahar terbayang tentang pembinaan bengkel impiannya.                                  
    Zahar cepat terbayang betapa bangsal yang menjadi bengkel ini telah bertukar menjadi sebuah bengkel yang serba lengkap. Beberapa orang pekerja sedang sibuk menyiapkan kerusi dan meja yang ditempah oleh sebuah syarikat pengedar. Perabot yang sudah siap disusun rapi di dalam stor. Sebuah lori sedia menunggu di luar untuk membawa perabot yang ditempah ke tempat pengedar. Hal. 88 
  • Zahar terbayang sikap Suhaili.           
    Sekali-sekala apabila Suhaili pulang ke kampung dan terlihat nama yang terpampang di hadapan bengkel, biarlah hatinya ikut terusik, kenangannya menghimbau, betapa penghinaan yang pernah diucapkannya telah ditangkis. Hal. 134 
Monolog dalaman 
  • Apa, nak naik teksi Pak Usin itu? Tanya hati Zahar yang sedang memakai baju, tersentak mendengar cakap Pak Yusuf yang jelas di telinganya. Pak Usin, bapa saudara Suhaili. Hatinya berasa jengkel. Apa, tak ada teksi lainkah di pekan Sik ini? Mengapa begitu mudah Pak Yusuf membuat janji? Mengapa tak tanya pada aku dulu? Hal. 48
  • Besar juga kenduri Pak Karim ni, hati Zahar berbisik lalu mengatur langkah semula. Tetapi untuk apa Pak Karim buat kenduri pada hari Sabtu, hujung bulan pula ni? Kenduri kesyukuran atau kenduri kahwin? Ah, mengapa fikiran ini begitu jauh membuat telahan.Hal. 82 
Nilai
Bekerjasama 
  • Pelatih Institut Kemahiran Mara bergotong-royong membersihkan kawasan belakang institut yang akan didirikan bangunan asrama baharu. Pelatih lelaki menebas rumput yang tumbuh meliar di atas bekas tanah kebun getah manakala pelatih perempuan mengangkat rumput dengan menggunakan pongkes ke tempat pembakaran. 
  • Penduduk kampung, Pak Yusuf dan Zahar bergotong-royong membina bengkel perabot. Penduduk tidak kira tua mahupun muda bersama-sama bekerjasama menegakkan tiang dan bumbung. Semuanya dilakukan dalam suasana yang muhibah. 
  • Pasukan bola sepak Institut Kemahiran Mara Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak Institut Kemahiran Mara Alor Setar. 
Ketabahan
  • Zahar tabah apabila niatnya untuk belajar di Institut Kemahiran Mara diperkecilkan oleh Suhaili yang mempertikaikan masa hadapan Zahar pada masa hadapan. Untuk membuktikan seterusnya menangkis tanggapan negatif Suhaili, Zahar berusaha dengan gigih. Terbinanya Bengkel Perabot Meniti Impian telah membuka mata Suhaili. 
  • Mak Kiah membesarkan anak-anaknya dengan tabah. Dia sanggup melakukan beberapa kerja demi menyara keluarga setelah kematian suaminya. 
Keberanian 
  • Zahar dan Norimi berani mendeklamasikan sebuah sajak ciptaan mereka sendiri semasa majlis penutupan minggu suai kenal.
  • Zahar berani menghadapi sebarang cabaran dan risiko dalam mengapai cita-citanya mendirikan bengkel perabotnya sendiri. 
Kerajinan 
  • Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian untuk menambahkan pendapatan keluarganya. 
  • Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat perabot di bengkel. 
Bertanggungjawab 
  • Mak Temah sentiasa memastikan hidangan untuk suaminya, Pak Yusuf disediakan dengan sempurna atas tanggungjawabnya sebagai isteri. 
  • Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa rak kasut itu untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid. 
Ketekunan 
  • Selama setahun, Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf dengan tekun.
  • Ketekunan Zahar dapat dilihat ketika dia menyiapkan rak buku dalam peperiksaan yang dijalankan di Institut Kemahiran Mara. Dia meneliti ukuran rak yang akan dikerjakan. 
Kegigihan 
  • Zahar gigih belajar semasa menuntut di Institut Kemahiran Mara sehingga dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dia juga gigih menimba pengalaman ketika menjalani latihan industri di Taiping. 
Baik hati 
  • Razali mempelawa Zahar tinggal bersama-sama dengan senang hati walaupun mereka baru berkenalan. 
Patuh 
  • Zahar, Ramli dan rakan-rakannya mematuhi arahan untuk berbaris dengan tegak semasa minggu suai kenal di Institut Kemahiran Mara. 
Berpendirian tegas 
  • Zahar bertegas menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang perabot tempat dia berlatih selepas tamat latihannya. Sebaliknya Zahar menetapkan pendiriannya untuk membuka bengkel perabotnya sendiri. 
Pengajaran
  • Kita haruslah bertanggungjawab terhadap sesuatu tugas yang telah diamanahkan - Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa rak kasut itu untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid. 
  • Kita mestilah memaafkan orang yang telah berbuat salah terhadap kita - Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di Institut Kemahiran Mara. 
  • Kita mesti yakin terhadap kemampuan diri - Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah bersedia dengan sebaik-baiknya, di samping doa serta restu daripada ibunya. 
  • Kita hendaklah memiliki sikap setiakawan dalam persahabatan untuk menjaga keharmonian hubungan - Zahar tidak mahu dipuji-puji atas kejayaan pasukannya dalam pperlawanan bola sepak, sebaliknya berpendapat bahawa kejayaan tersebut adalah kerana kerjasama yang padu mereka sebagai satu pasukan.
  • Kita hendaklah berusaha mencari rezeki untuk menampung kehidupan tanpa bergantung kepada orang lain - Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian untuk menambahkan pendapatan keluarganya. Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat perabot di bengkel. 
  • Kita mestilah prihatin terhadap kesusahan yang dialami oleh orang sekeliling - Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah mereka. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang dia mampu. 
  • Kita mesti mematuhi disiplin atau arahan di mana-mana jua kita berada - Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang perabot tempat mereka bekerja, walaupun mereka datang dengan berbasikal sejauh 2 kilometer.
  • Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan daripada orang lain - Zahar tabah apabila dipandang rendah oleh Suhaili kerana dia hanya lulusan Institut Kemahiran Mara. 
  • Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup - Mak Kiah membesarkan anak-anaknya dengan tabah. Dia sanggup melakukan beberapa kerja demi menyara keluarga setelah kematian suaminya. 
  • Kita mesti bekerjasama untuk mencapai kejayaan - Pasukan bola sepak Institut Kemahiran Mara Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak Institut Kemahiran Mara Alor Setar 
  • Kita mestilah berpendirian tegas pada prinsip yang telah kita tetapkan - Zahar bertegas menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang perabot tempat dia berlatih selepas tamat latihannya. Sebaliknya Zahar menetapkan pendiriannya untuk membuka bengkel perabotnya sendiri 
  • Kita perlulah berani dalam melakukan sesuatu untuk menunjukkan kebolehan diri - Zahar dan Norimi berani mendeklamasikan sebuah sajak ciptaan mereka sendiri semasa majlis penutupan minggu suai kenal. 
  • Kita patut bergotong-royong agar perkara yang sukar menjadi lebih mudah - Orang-orang kampung bergotong-royong mendirikan bengkel perabot Zahar tanpa menghiraukan panas terik matahari. 
  • Kita haruslah berbelanja secara berhemah agar ada wang yang mencukupi untuk kegunaan seharian - Zahar memelanjakan wang imbuhan sebanyak RM200.00 yang diterimanya setiap bulan dengan berhemah agak wang perbelanjaannya semasa belajar di Institut Kemahiran Mara mencukupi. 
  • Kita mestilah tekun dalam melakukan setiap kerja yang dilakukan - Zahar sangat tekun ketika dia menyiapkan rak buku dalam peperiksaan yang dijalankan di Institut Kemahiran Mara. Dia meneliti ukuran rak yang akan dikerjakan. 
  • Kita mestilah merendah diri apabila berada di tempat orang - Sikap Zahar yang serba sederhana menyebabkan dia banyak kawan kerana dia mudah didekati dan begitu disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting. 
  • Kita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan - Zahar gigih belajar semasa menuntut di IKM sehingga dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan 
  • Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada orang lain yang berada dalam kesusahan - Razali mempelawa Zahar tinggal bersama-sama dengan senang hati walaupun mereka baru berkenalan ketika Zahar menjalani latihan industri di Taiping. 
  • Kita mestilah menginsafi kesalahan yang pernah dilakukan - Suhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar setelah dia insaf akan perbuatannya yang menghina dan memandang rendah Zahar yang akan menyambung pelajarannya di Institut Kemahiran Mara. 
  • Kita hendaklahlah bijak dalam menangani sesuatu masalah - Zahar bertindak dengan bijak memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan mereka ke atas pasukan bola sepak Institut Kemahiran Mara Alor Setar.

Comments

  1. Replies
    1. Laman ini sangat baik. Terima kasih atas perkongsian

      Delete
    2. Bolehkah saya dapat perwatakan Razali dan norimi

      Delete
    3. Razali bekerja di kilang perabot di Taiping. Dia seorang yang rajin, pendiam dan tidak banyak kerenah. Razali juga seorang yang baik hati apabila menawarkam tempat tinggal kepada Zahar walaupun mereka baru berkenalan.

      Delete
    4. Norimi ialah kawan Zahar yang berasal dari Johor Bahru. Dia
      mengikuti kursus Lukisan Seni Bina di IKM. Norimi seorang yang lemah-lembut digambarkan melalui pandangan Pak Yusuf ketika kali pertama bertemu semasa pendaftaran di IKM. Norimi mudah tersenyum.

      Delete
  2. Po ni? Latihan kat Kemunting oi bukan Taiping🐵

    ReplyDelete
  3. memang bagus la website ni sbb year end kt MRSM kena buat folio semua subjek dan website ni sgt membantu saya buat folio BM

    ReplyDelete
  4. thank you sangat membantu homeworks during rmo niii

    ReplyDelete
  5. Suhaili tu perempuan rupanya...😲😲

    ReplyDelete
  6. Wahh mmg terbaiklah website nihhh!!!

    ReplyDelete
  7. Mksdnya norimi & suhaili perempuan la kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah perempuan unless you want to write down their character as men. Haha. #kidding

      Delete
  8. This website is very useful for me....thank you very much

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  10. peristiwa penting x de kee😕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peristiwa Penting 1
      Zahar telah membuat permohonan ke IKM bagi memenuhi impiannya. Pak Yusuf berasa amat gembira dan berharap agar Zahar dapat meneruskan warisannya sebagai tukang perabot di kampung nanti. Impian Zahar untuk ke IKM terlaksana apabila permohonannya untuk mengikuti kursus Pertukangan Perabot telah berjaya.
      Peristiwa Penting 2
      Selepas menamatkan kursus di IKM, Zahar kembali ke kampung. Dia menyatakan keinginannya untuk membuka sebuah bengkel perabot di kampung kepada ibu, Pak Yusuf dan rakan-rakan lamanya. Mereka sangat gembira kerana impian Zahar akhirnya terlaksana dengan berbekalkan bantuan pinjaman kewangan daripada MARA sebanyak RM10 000 dan juga sumbangan daripada Pak Yusuf sebanyak RM5 000, Zahar telah berjaya membuka bengkel perabotnya. Zahar berjaya membuktikan kepada Suhaili bahawa belajar di IKM juga mampu untuk mengubah nasib seseorang. Bengkel perabot milik Zahar menjadi makin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya untuk mencapai impiannya itu tersiar dalam akhbar.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Unknown11 July 2019 at 04:37
    Suka Sangat Zahar...😅

    REPLY

    .15 August 2019 at 22:29
    Mesti nama Zahar, kan? 😅


    Unknown8 October 2019 at 08:34
    hai


    .26 December 2019 at 16:11
    Hai!


    Unknown6 January 2021 at 22:09
    Laman ini sangat baik. Terima kasih atas perkongsian


    Unknown6 January 2021 at 22:31
    Bolehkah saya dapat perwatakan Razali dan norimi


    Unknown10 January 2021 at 05:23
    Razali bekerja di kilang perabot di Taiping. Dia seorang yang rajin, pendiam dan tidak banyak kerenah. Razali juga seorang yang baik hati apabila menawarkam tempat tinggal kepada Zahar walaupun mereka baru berkenalan.


    .10 January 2021 at 20:10
    Norimi ialah kawan Zahar yang berasal dari Johor Bahru. Dia
    mengikuti kursus Lukisan Seni Bina di IKM. Norimi seorang yang lemah-lembut digambarkan melalui pandangan Pak Yusuf ketika kali pertama bertemu semasa pendaftaran di IKM. Norimi mudah tersenyum.


    Unknown27 September 2019 at 19:57
    Po ni? Latihan kat Kemunting oi bukan Taiping🐵

    REPLY

    .26 December 2019 at 16:12
    Correction done. Thanks.


    Unknown26 December 2019 at 02:04
    memang bagus la website ni sbb year end kt MRSM kena buat folio semua subjek dan website ni sgt membantu saya buat folio BM

    REPLY

    .27 December 2019 at 17:43
    Terima kasih.


    302 rotate29 January 2020 at 05:20
    good

    REPLY

    .29 January 2020 at 16:06
    Thanks.


    Unknown3 March 2020 at 18:26
    TQ ATS PERKONGSIAN

    REPLY

    .27 March 2020 at 04:22
    Welcome. Hopefully its will help you.


    Unknown23 March 2020 at 22:40
    Thx

    REPLY

    .27 March 2020 at 04:22
    Welcome.


    Unknown8 April 2020 at 21:21
    thank you sangat membantu homeworks during rmo niii

    REPLY

    .9 April 2020 at 18:36
    Welcome. All the best!


    Unknown8 April 2020 at 23:47
    Suhaili tu perempuan rupanya...😲😲

    REPLY

    .9 April 2020 at 18:37
    Yeah. Special friend Zahar.


    Unknown17 April 2020 at 06:25
    Wahh mmg terbaiklah website nihhh!!!

    REPLY

    .19 April 2020 at 10:17
    Terima kasih. Smoga bmanfaat.


    Unknown23 April 2020 at 05:04
    Hi

    REPLY

    .14 January 2021 at 05:47
    Hi. Selamat mbaca.


    Unknown21 May 2020 at 23:24
    Mksdnya norimi & suhaili perempuan la kn

    REPLY

    .28 May 2020 at 04:54
    Yeah perempuan unless you want to write down their character as men. Haha. #kidding


    Unknown12 July 2020 at 05:40
    This website is very useful for me....thank you very much

    REPLY

    .14 January 2021 at 05:48
    Most welcome, reader.


    Mawarkirani18 August 2020 at 07:14
    Terima kasih atas perkongsian ilmu..

    REPLY

    .14 January 2021 at 05:48
    Sama-sama.


    Unknown9 September 2020 at 01:25
    peristiwa penting x de kee😕

    REPLY

    .14 January 2021 at 05:55
    Peristiwa Penting 1
    Zahar telah membuat permohonan ke IKM bagi memenuhi impiannya. Pak Yusuf berasa amat gembira dan berharap agar Zahar dapat meneruskan warisannya sebagai tukang perabot di kampung nanti. Impian Zahar untuk ke IKM terlaksana apabila permohonannya untuk mengikuti kursus Pertukangan Perabot telah berjaya.
    Peristiwa Penting 2
    Selepas menamatkan kursus di IKM, Zahar kembali ke kampung. Dia menyatakan keinginannya untuk membuka sebuah bengkel perabot di kampung kepada ibu, Pak Yusuf dan rakan-rakan lamanya. Mereka sangat gembira kerana impian Zahar akhirnya terlaksana dengan berbekalkan bantuan pinjaman kewangan daripada MARA sebanyak RM10 000 dan juga sumbangan daripada Pak Yusuf sebanyak RM5 000, Zahar telah berjaya membuka bengkel perabotnya. Zahar berjaya membuktikan kepada Suhaili bahawa belajar di IKM juga mampu untuk mengubah nasib seseorang. Bengkel perabot milik Zahar menjadi makin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya untuk mencapai impiannya itu tersiar dalam akhbar.


    anonymous30 January 2021 at 00:09
    This comment has been removed by the author.

    REPLY

    BY HANTU KAK LIMAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai bergurau. Hantu zaman sekarang dah pandai IT. 😂

      Delete
  13. Replies
    1. saya pun tengah cari contoh peristiwa novel meniti impian.

      Delete
    2. Peristiwa byk dalam novel. Peristiwa Zahar dgn Suhaili di pekan, peristiwa hari pendaftaran Zahar di IKM, peristiwa Zahar jalani latihan dlm loji di Kamunting. Korang nak peristiwa berdasarkan watak, nilai, pengajaran atau plot?

      Delete
  14. hi what about peristiwa kerjama yang dapat diperoleh?

    ReplyDelete
  15. Peristiwa 1
    Pelatih Institut Kemahiran Mara saling bekerjasama menjayakan gotong-royong membersihkan kawasan belakang institut yang akan didirikan bangunan asrama baharu. Pelatih lelaki menebas rumput yang tumbuh meliar di atas bekas tanah kebun getah manakala pelatih perempuan mengangkat rumput dengan menggunakan pongkes ke tempat pembakaran.

    Peristiwa 2
    Penduduk kampung, Pak Yusuf dan Zahar bergotong-royong membina bengkel perabot. Penduduk tidak kira tua mahupun muda bersama-sama bekerjasama menegakkan tiang dan bumbung. Semuanya dilakukan dalam suasana yang muhibah.

    Peristiwa 3
    Pasukan bola sepak Institut Kemahiran Mara Sungai Petani bekerjasama untuk memastikan kejayaan menjadi milik pasukan mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak Institut Kemahiran Mara Alor Setar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. what about peristiwa for 'menghadapi dugaan dan kembali kuat' ??

      Delete
    2. Dugaan Zahar dipandang rendah oleh Suhaili apabila dia membuat keputusan untuk menuntut di IKM. Zahar berazam untuk membuktikan kepada Suhaili bahawa pelajar IKM boleh berjaya.

      Delete
  16. xde ke sikap negatif dia...cg mintak nih xjumpa langsung😭😭

    ReplyDelete
  17. Hi. what about peristiwa for 'menghadapi dugaan dan kembali kuat' ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peristiwa Zahar melanjutkan pelajaran di IKM yang dipandang rendah oleh Suhaili. Walau bagaimanapun, Zahar meneruskan cita-citanya sehingga dia berjaya membina Bengkel Perabot Meniti Impian.
      Peristiwa kedua

      Delete
  18. Bole x nk peristiwa pak yusuf ngn noraimi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norimi bertemu dengan Pak Cik Yusuf ketika menghantar Zahar ke IKM. Mereka sempat berbual malahan Pak Yusuf menawarkan diri untuk membawa beg Norimi yang berisi pakaian. [Rujuk novel halaman 59]

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka