Posts

Showing posts from January, 2021

SPM 2021 Novel Tirani Karya Beb Sabariah

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, tuliskan secara ringkas sinopsis novel tersebut. Novel Tirani mengisahkan kehidupan seorang gadis, iaitu Waheeda Nurlyana yang mahu menjadi wanita cantik. Dia telah melakukan pembedahan rekonstruksi membetulkan hidungnya yang dicakar dan digigit monyet. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Waheeda yang bekerja dalam sektor pelancongan telah bertemu jodoh dengan suaminya, Zahid. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Kehidupan Waheeda menjadi lebih rumit apabila Zahid telah menceraikannya. Penceraian itu berpunca daripada sikap cemburu wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan diri Waheeda dan ditambah dengan per