Posts

Showing posts from December, 2019

Mendepani Cabaran Dunia Siber

B ukan lagi perkara biasa apabila mata dihidangkan dengan pemandangan sekelompok remaja atau sekumpulan dewasa yang terdiri daripada rakan taulan malahan satu keluarga duduk bersama-sama tetapi tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka asyik menggunakan gajet dan peranti digital masing-masing. Situasi sebegini membuktikan bahawa masyarakat lebih selesa untuk berkongsi dan bertukar maklumat serta meluahkan perasaan di alam siber daripada di dunia realiti. Amalan bersosial seperti ini pastinya mengundang kebimbangan dan semestinya tidak menyihatkan. Inilah permasalahan pada era digital yang dikenali sebagai ‘digital drug’ yang berlaku apabila seseorang individu menghabiskan masa lebih dari empat jam menggunakan Internet untuk sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengan pekerjaan atau pembelajaran.      Di Malaysia, Kajian Pengguna Internet 2018 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati, purata tempoh melayari Internet adalah selama 6.6 jam sehari,

Hari Anugerah Cemerlang

H ari Anugerah Cemerlang merupakan suatu peristiwa penting yang dilaksanakan di sekolah. Hari bersejarah ini bertujuan memberikan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya.  Antara kebaikan Hari Anugerah Cemerlang kepada murid ialah dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh. Para murid akan bersaing antara satu sama lain. Secara tidak langsung, dapat melahirkan murid berkualiti. Selain itu, para murid dapat mengetahui pencapaian masing-masing dalam kurikulum dan kokurikulum. Kesannya, dapat melahirkan murid yang seimbang dalam pelbagai aspek. Hal ini demikian kerana terdapat Anugerah Tokoh Murid yang diadili berdasarkan pelibatan dalam persatuan, kelab dan sukan. Di samping itu, murid boleh membanggakan ibu bapa yang berusaha memberikan pendidikan yang sempurna. Misalnya, pengorbanan ibu bapa menyediakan pakaian sekolah, buku rujukan dan alat tulis akan terbalas. Ibu bapa akan tersenyum gembira apabila melihat anak-anak berjaya. Tidak dapat

Semangat Patriotik

Semangat patriotik perlu dipupuk seterusnya disuburkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana kewujudan elemen ini sebagai jati diri yang utuh dapat memastikan negara tercinta berada dalam zon teguh oleh sebab masyarakat yang menghuni negara adalah akar kemakmuran. Sibuk dengan urusan harian masing-masing tidak lagi perlu menjadi alasan untuk tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak cakna tentang sambutan Hari Kebangsaan. Apatah lagi mahu mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.    Dalam usaha untuk memupuk semangat patriotik, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap bulan Ogos. Bak kata peribahasa ‘kalau hendak melentur buluh, biarlah waktu rebung’. Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti ceramah, mendeklamasikan sajak, kuiz dan kempen mengibarkan Jalur Gemilang. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah pasti semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan sehin

Manfaat Berbelanja secara Berhemah

D ewasa ini, isu kenaikan harga barangan keperluan telah membebankan masyarakat terutamanya golongan marhain yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang demi meneruskan kelangsungan hidup. Kenaikan harga barangan keperluan ini mempunyai kaitan dengan kadar permintaan yang tinggi berbanding dengan kadar penawaran barangan keperluan yang terhad. Hal ini demikian juga dipengaruhi oleh peningkatan kos pengangkutan, kenaikan kadar cukai, minat dan musim perayaan.           Menyedari terdapat masyarakat yang kurang ilmu tentang perbelanjaan berhemah membuatkan keadaan menjadi kian rumit. Lebih membimbangkan, terdapat peniaga yang sengaja memanipulasi harga barangan sesuka hati tanpa memikirkan kebajikan pengguna. Justeru, para pengguna sewajarnya bijak berbelanja dengan membeli barangan mengikut keperluan berbandung dengan barang kehendak dengan mengelakkan sikap sikap boros dan membazir. Pengguna perlulah berbelanja dengan lebih berhemah oleh sebab terdapat pelbagai manfaat

Belajar secara Bijak

Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, akan kelihatan murid yang melompat kegembiraan setelah diumumkan sebagai Tokoh Murid Cemerlang dalam peperiksaan. Dalam erti kata lain, murid cemerlang tergolong dalam kalangan murid pintar, tetapi bukan semua murid pintar akan memperoleh keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana kepintaran murid dikategorikan kepada beberapa kelompok atau golongan. Ada murid yang pintar dalam mata pelajaran Sains, tetapi berbeza dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ada yang pintar berkomunikasi tetapi tidak dalam kemahiran lain. Untuk menjadi murid pintar, mereka harus merancang jadual belajar kerana masa itu lebih berharga daripada emas. Perancangan cara belajar yang teliti dapat membantu murid belajar dengan konsisten sekali gus membantu murid memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang.           Selain itu, murid perlu memberikan tumpuan sepenuhnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikuti sesuatu pembelajaran di dalam kelas ha