Semangat Patriotik

Semangat patriotik perlu dipupuk seterusnya disuburkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana kewujudan elemen ini sebagai jati diri yang utuh dapat memastikan negara tercinta berada dalam zon teguh oleh sebab masyarakat yang menghuni negara adalah akar kemakmuran. Sibuk dengan urusan harian masing-masing tidak lagi perlu menjadi alasan untuk tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak cakna tentang sambutan Hari Kebangsaan. Apatah lagi mahu mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

   Dalam usaha untuk memupuk semangat patriotik, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap bulan Ogos. Bak kata peribahasa ‘kalau hendak melentur buluh, biarlah waktu rebung’. Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti ceramah, mendeklamasikan sajak, kuiz dan kempen mengibarkan Jalur Gemilang. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah pasti semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan sehingga dewasa.

  Kerajaan pula hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran dan konsisten melalui media massa. Kempen akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik. Oleh itu, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan berkaitan dengan sejarah kepahlawanan negara agar masyarakat tidak menjadi rakyat seperti kacang lupakan kulit. Contohnya, menyiarkan semula filem 'Sarjan Hassan', 'Bukit Kepong' dan 'Paloh'.

   Para pemimpin perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak muda. Golongan ini perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan. Masyarakat perlu tahu bahawa kemerdekaan lahir hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu. Selain itu, pemimpin perlu mewarawarakan akan kepentingan perpaduan dan semangat patriotik kepada masyarakat. 

Comments

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

PERIBAHASA - BANDINGAN