Manfaat Berbelanja secara Berhemah
Dewasa ini, isu kenaikan harga barangan keperluan telah membebankan masyarakat terutamanya golongan marhain yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang demi meneruskan kelangsungan hidup. Kenaikan harga barangan keperluan ini mempunyai kaitan dengan kadar permintaan yang tinggi berbanding dengan kadar penawaran barangan keperluan yang terhad. Hal ini demikian juga dipengaruhi oleh peningkatan kos pengangkutan, kenaikan kadar cukai, minat dan musim perayaan.
Menyedari terdapat masyarakat yang kurang ilmu tentang perbelanjaan berhemah membuatkan keadaan menjadi kian rumit. Lebih membimbangkan, terdapat peniaga yang sengaja memanipulasi harga barangan sesuka hati tanpa memikirkan kebajikan pengguna. Justeru, para pengguna sewajarnya bijak berbelanja dengan membeli barangan mengikut keperluan berbandung dengan barang kehendak dengan mengelakkan sikap sikap boros dan membazir. Pengguna perlulah berbelanja dengan lebih berhemah oleh sebab terdapat pelbagai manfaat.
Perbelanjaan secara berhemah merupakan tindakan paling bijak dalam pengurusan kewangan. Pengguna perlulah menyediakan belanjawan peribadi agar sumber kewangan dapat disalurkan dengan betul, iaitu mengutamakan barangan keperluan seperti makanan dan minuman, tempat tinggal dan perubatan. Secara tidak langsung, tidak berlaku kebocoran poket. Dalam konteks ini, pengguna hendaklah membuat perancangan dengan teliti terlebih dahulu sebelum berbelanja. Bahkan pengguna perlulah berbelanja mengikut kemampuan dan membeli barangan yang perlu sahaja. Wang yang dapat dijimatkan boleh disimpan untuk perbelanjaan lain atau disimpan untuk keperluan masa depan bak kata peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'.
Perbelanjaan secara berhemah merupakan tindakan paling bijak dalam pengurusan kewangan. Pengguna perlulah menyediakan belanjawan peribadi agar sumber kewangan dapat disalurkan dengan betul, iaitu mengutamakan barangan keperluan seperti makanan dan minuman, tempat tinggal dan perubatan. Secara tidak langsung, tidak berlaku kebocoran poket. Dalam konteks ini, pengguna hendaklah membuat perancangan dengan teliti terlebih dahulu sebelum berbelanja. Bahkan pengguna perlulah berbelanja mengikut kemampuan dan membeli barangan yang perlu sahaja. Wang yang dapat dijimatkan boleh disimpan untuk perbelanjaan lain atau disimpan untuk keperluan masa depan bak kata peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan'.
Tahukah para pengguna bahawa berbelanja secara berhemah menggambarkan identiti sebenar pengguna? Pengguna yang bijak merupakan individu yang tidak suka membazir kerana pada pandangan mereka membazir merupakan amalan syaitan. Sudah pasti, perbuatan ini perbuatan yang amat merugikan diri pengguna sedangkan usaha mencari sesuap nasi bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, jika pengguna membeli makanan tengah hari, pengguna hendaklah membeli mengikut keperluan, bukannya membeli mengikut nafsu dan keinginan semata-mata oleh sebab rambang mata dengan juadah enak yang disediakan. Makanan yang dibeli secara berlebihan pasti akan dibuang dan secara tidak langsung berlakulah pembaziran.
Tidak dapat dinafikan senario masyarakat sekarang pinggang dikelilingi hutang dan ada yang mencecah sehingga ratusan ringgit. Lebih parah lagi apabila terdapat penggunaan kad kredit tanpa had ketika berbelanja. 40 peratus eksekutif muda hari ini diisytiharkan bangkrap kerana gagal membayar hutang kad kredit. Untuk mengelakkan hal sedemikian berlaku, perbelanjaan berhemah dapat menghalang pengguna dibelenggu hutang. Pengguna hendaklah mengukur baju di badan sendiri ketika berbelanja. Pengguna tidak seharusnya terikut-ikut dengan gaya hidup mewah orang sekeliling hanya ingin kelihatan hebat dan setanding. Kita hendaklah berbelanja mengikut kemampuan diri bukannya mengikut perasaan.
Malahan, meningkatkan kecemerlangan dalam hidup juga merupakan manfaat berbelanja secara berhemah. Wang yang dapat dijimatkan ketika berbelanja dapat dijadikan modal pelaburan dalan perniagaan, membayar yuran pengajian dan lain-lain. Perancangan kewangan yang bijak membuka peluang yang lebih cerah untuk kesenangan hidup. Hal ini sudah semestinya akan membantu pengguna menjadi manusia yang lebih berjaya dalam hidup. Inilah yang dikatakan ada padi semua jadi, ada beras semua deras.
Tuntasnya, amalan berbelanja secara berhemah banyak mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Amalan baik ini wajar menjadi budaya hidup masyarakat kita. Ibu bapa merupakan perintis orang yang menjadi suri teladan kepada anak-anak agar generasi masa depan lebih peka dan prihatin ketika berbelanja. Melentur anak-anak biarlah sejak rebung supaya anak-anak terbiasa dengan amalan berbelanja secara berhemah.
Comments
Post a Comment