Posts

Showing posts from June, 2022

KARANGAN MENENGAH RENDAH 2022 - Syarahan

Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Shah, Tuan Kamarul Ikhsan, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang saya hormati. Bagai dicita ulam mendatang, saya berbesar hati untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Keselamatan Murid di Sekolah Tanggungjawab Semua" dalam Minggu Keselamatan Tanggungjawan Bersama.  Definisi tajuk syarahan ini ialah kewajipan menjaga keselamatan di sekolah terletak di semua pihak termasuklah pihak sekolah, ibu bapa, kementerian dan murid itu sendiri. Hadirin yang saya muliakan,        Inisiatif yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah dengan menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan. Sekolah juga boleh mengunakan khidmat polis atau Jabatan Sukarelawan Malaysia untuk memantau keselamatan murid kerana bilangan murid dan kenderaan ketika awal dan tamat sesi persekolahan adalah banyak.      Ibu bapa tidak boleh menuding jari kepada pihak sekolah atau Kementeri

KARANGAN MENENGAH RENDAH 2022 - Rencana

 Sumber Bekalan Air Pemangkin Hidup  Oleh: Aina Emir Air amat penting demi kelangsungan hidup manusia. Hal ini demikian kerana sumber ini digunakan dalam hampir setiap aspek kehidupan manusia. Bukan sahaja diminum, bahkan air digunakan untuk membasuh, memasak, mandi, beribadat dan lain-lain.  Selain kegunaan domestik, air juga penting untuk memenuhi keperluan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkilangan, pertanian dan lain-lain.            Walaupun air dapat memenuhi tuntutan manusia, namun dari sudut negatif air boleh membawa kemusnahan terhadap manusia. Kemusnahan ini berpunca daripada beberapa sebab seperti masalah banjir, banjir lumpur, pencemaran air serta hujan asid. Bencana ini hanya akan berlaku apabila manusia gagal menguruskan air dan alam persekitaran dengan berkesan.       Perbuatan manusia yang tidak menjaga alam sekitar memberikan kesan buruk. Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab seperti melakukan penebangan haram, penerokaan hutan secara berleluasa, menggondolkan

Karangan Sekolah Rendah Jenis Catatan

 Ahad, 13 Februari 2022 Hujan turun mencurah-curah. Dalam masa beberapa jam sahaja banjir kilat melanda kawasan tempat tinggal kami. Inilah kali pertama berlakunya keadaan banjir kilat. Semua penduduk tidak menduga akan menghadapi situasi cemas ini. Penghulu, pegawai daerah dan wakil kerajaan turun padang memberikan sokongan kepada mangsa banjir kilat yang terlibat. Kami diminta bertenang agar semuanya dapat dikendalikan dengan sebaik mungkin. Mangsa banjir bersabar menghadapi keadaan itu walaupun telah mengalami kerugian harta benda. Sepanjang berada di pusat penempatan banjir, sumbangan makanan dan ubat-ubatan yang disediakan oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan tidak pernah putus. Doktor dan jururawat bersedia merawat dan memeriksa mangsa banjir. Aku sangat kagum melihat pengorbanan mereka untuk memastikan mangsa banjir selamat. Isnin, 14 Februari 2022 Mangsa banjir dibenarkan pulang apabila banjir surut. Kami sangat gembira apabila dapat pulang ke rumah masing-masing. Kami