KARANGAN MENENGAH RENDAH 2022 - Syarahan

Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Shah, Tuan Kamarul Ikhsan, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang saya hormati. Bagai dicita ulam mendatang, saya berbesar hati untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Keselamatan Murid di Sekolah Tanggungjawab Semua" dalam Minggu Keselamatan Tanggungjawan Bersama. Definisi tajuk syarahan ini ialah kewajipan menjaga keselamatan di sekolah terletak di semua pihak termasuklah pihak sekolah, ibu bapa, kementerian dan murid itu sendiri.

Hadirin yang saya muliakan,

       Inisiatif yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah dengan menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan. Sekolah juga boleh mengunakan khidmat polis atau Jabatan Sukarelawan Malaysia untuk memantau keselamatan murid kerana bilangan murid dan kenderaan ketika awal dan tamat sesi persekolahan adalah banyak.

     Ibu bapa tidak boleh menuding jari kepada pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Hal ini demikian kerana anak menjadi tanggungjawab ibu bapa itu sendiri. Usaha memastikan keselamatan anak-anak perlulah dilakukan secara bersama-sama bak peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Hadirin yang saya kasihi,
     Murid itu sendiri juga perlulah tahu akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga keselamatan diri sepanjang berada di kawasan sekolah. Mereka hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan sama ada ketika di makmal, di padang, di kantin dan lain-lain. Misalnya, menggunakan radas setelah mendapat persetujuan daripada guru yang bertugas.

         Nampaknya, masa sangat mencemburui kita. Saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun,

                                           Kalau ada sumur di ladang,
                                                      Boleh kita menumpang mandi;
                                           Kalau ada umur yang panjang,
                                                     Boleh kita berjumpa lagi.

       Sekian, terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka