Posts

Showing posts from March, 2015

Karangan UPSR - Faedah Bersukan

Tulis sebuah karangan tentang faedah sukan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid .  Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan apabila menyedari faedah bersukan terhadap murid. Aktiviti sukan seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, dan badminton misalnya mampu menjana keperibadian murid. Faedah bersukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah melahirkan seorang murid yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan mengeluarkan peluh. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakan yang tidak bersukan. Kondisi badan yang sihat membenarkan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengelakkan diri daripada ponteng sekolah.  Selain itu, faedah sukan kepada murid juga ialah sukan dapat meningkatkan disiplin

Usaha-usaha Meningkatkan Minat Remaja terhadap Permainan Tradisional

Tulis sebuah karangan tentang usaha-usaha meningkatkan minat remaja terhadap permainan tradisional . Panjangnga karangan anda hendaklah melebihi 180  patah perkataan . Kini, permainan tradisional seperti congkak, gasing, wau, dan sepak raga makin dipinggirkan oleh generasi muda ekoran kemunculan mainan baharu dan gajet-gajet moden. Usaha-usaha proaktif perlu dilakukan bagi meningkatkan minat remaja terhadap permainan tradisional agar tidak terus terpinggir. Ibu bapa merupakan tunggak utama dalam menyemai sikap cinta akan permainan tradisional dalam diri anak-anak. Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu mencorak anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih dengan mendedahkan mereka tentang maklumat permainan warisan ini. Di samping itu, ibu bapa juga perlu membeli peralatan permainan tradisional seperti congkak, gasing, dan wau sekali gus mengajar anak-anak bermain permainan tersebut.  Selain itu, media massa seperti stesen televisyen, radio, dan akhbar juga merupakan kuasa yang

Karangan PT3 1: Kepentingan Sektor Pelancongan terhadap Negara

Image
Tulis sebuah karangan tentang kepentingan sektor pelancongan terhadap negara yang panjangnya lebih daripada 180  patah perkataan . Perkembangan sektor pelancongan negara telah meninggalkan implikasi positif terhadap ekonomi negara. Justeru itu, pelbagai usaha telah dipergiat oleh kerajaan ekoran kebaikan diperoleh menerusi sektor ini. Peningkatan bilangan pelancong saban tahun membuktikan Malaysia bernilai 'emas' dan harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Antara kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat meningkatkan imej negara ke seantero dunia. Contohnya, kejohanan perlumbaan kereta Formula1 di Litar Sepang, Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition , dan MAHA International   dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan pelancong asing.  Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa negara mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana.  Selain itu, sektor pelancongan juga dapat m

Langkah-langkah Menangani Demam Denggi

Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah menangani demam denggi . Panjangnya karangan anda hendaklah melebihi  180 patah perkataan .   Pendedahan mengenai angka kematian yang kian meningkat dari masa ke masa membabitkan demam denggi merisaukan masyarakat. Walaupun tiada penawar khusus untuk menangani penyakit ini namun masalah ini dapat dikekang disekiranya terdapat semangat jitu daripada segenap lapisan masyarakat. Salah satu cara menangani masalah demam denggi yang kian menular ialah mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan. Aktiviti ini bukan sahaja boleh membersihkan kawasan semak samun tetapi dapat mewujudkan perpaduan.   Penduduk juga hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak yang melakukan fogging di kawasan perumahan. Misalnya, pintu dan tingkap rumah hendaklah ditutup ketika semburan fogging bagi mengelakkan semburan asap masuk ke dalam rumah. Kerajaan disyorkan meningkatkan kadar kompaun yang lebih tinggi. Jika sebelum ini Akta Pemusnaha

Kebaikan Penggunaan Pengangkutan Awam

Tulis sebuah karangan tentang kebaikan penggunaan pengangkutan awam . Panjangnya karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan . Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit bagi memperbaik mutu pengangkutan awam di negara kita. Hal ini berikutan kesedaran betapa pentingnya pengangkutan awam seperti bas, transit aliran ringan, kereta api dan sebagainya terhadap masyarakat dan negara amnya.      Antara kebaikan penggunaan penggangkutan awam dalam kalangan masyarakat ialah mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Shah Alam. Hal ini bertambah meruncing apabila tiba waktu puncak terutamanya waktu pagi dan petang. Sekiranya orang ramai bersepakat menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja, pastinya masalah kesesakan jalan raya tidak berlaku.          Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga dapat mengurangkan masalah pencemaran udara.  Indeks Pencemaran Udara (IPU) dapat dikur

FAKTOR MAKANAN SEGERA KIAN DIGEMARI

Tulis sebuah karangan tentang faktor-faktor makanan segera yang kian digemari . Panjang karangan anda hendaklah antara  melebihi 180 patah perkataan . Banyak restoran makanan segera tumbuh 'bagai cendawan selepas hujan'. Perkembangan industri ini selaras dengan kehendak masyarakat yang mempunyai ruang masa yang sempit. Terdapat pelbagai faktor makanan segera mendapat tempat dalam hati masyarakat.        Antaranya ialah tempoh penyediaan yang cepat dan ringkas. Hal ini berbeza ketika menyediakan sendiri makanan ekoran proses memasak yang mengambil masa yang lama. Tambahan lagi, masyarakat kini terlalu sibuk menguruskan kerjaya masing-masing. Selain itu, makanan segera mudah diperoleh memandangkan restoran makanan segera terletak di tempat strategik, iaitu di bandar-bandar berhampiran tempat kerja dan pusat beli-belah. Masyarakat mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan makanan segera tanpa sebarang halangan. Keadaan kedai yang selesa dan mempunyai penyaman udara me