Langkah-langkah Menangani Demam Denggi
Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah menangani demam denggi. Panjangnya karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.
Pendedahan mengenai angka kematian yang kian meningkat dari masa ke masa membabitkan demam denggi merisaukan masyarakat. Walaupun tiada penawar khusus untuk menangani penyakit ini namun masalah ini dapat dikekang disekiranya terdapat semangat jitu daripada segenap lapisan masyarakat.
Salah satu cara menangani masalah demam denggi yang kian menular ialah
mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan. Aktiviti ini bukan
sahaja boleh membersihkan kawasan semak samun tetapi dapat mewujudkan perpaduan.
Penduduk juga hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak yang melakukan fogging di kawasan perumahan. Misalnya, pintu dan tingkap rumah hendaklah ditutup ketika semburan fogging bagi mengelakkan semburan asap masuk ke dalam rumah.
Kerajaan disyorkan meningkatkan kadar kompaun yang lebih tinggi. Jika sebelum ini Akta Pemusnahan Serangga Membawa Penyakit mengenakan kompaun maksimum sebanyak RM500, jumlah ini hendaklah dinaikkan ke tahap yang lebih tinggi bagi menakutkan pemilik premis. Hal ini demikian bagi memberi kan pengajaran kepada mereka yang terlibat.
Ibu bapa pula hendaklah memberikan pendidikan awal kepada anak-anak tentang keburukan demam denggi dan cara-cara mengelakkannya. Anak-anak hendaklah dinasihatkan agar mengutamakan kebersihan diri dan kediaman. Ibu bapa juga hendaklah peka tentang simptom-simpton denggi misalnya demam panas mengejut, terdapat bintik-bintik merah, dan sakit sendi di seluruh badan pesakit.

Tuntasnya, pembanterasan nyamuk Aedes memerlukan perubahan sikap dan
kerjasama yang menyeluruh dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian bagi
memastikan masalah ini dapat dikawal daripada terus meruncing seterusnya
menyelamatkan nyawa sendiri, keluarga dan masyarakat.
Comments
Post a Comment