Posts

Showing posts from February, 2015

Analisis Lengkap Novel Destinasi Impian

Sinopsis Datuk telah mencabar Firdaus, Azlinda dan Johari untuk berbasikal ke Pantai Morid. Azlina dan Johari menerima cabaran itu. Firdaus turut tercabar apabila Azlina yang merupakan adik perempuannya menyahut cabaran datuk. Dia ingin membuktikan dia juga mampu melakukannya. Namun, Firdaus  menyesal sepanjang perjalanan. Padanya, ini idea gila dan membuang masa. Firdaus mengajak Johari dan Azlina membatalkan rancangan itu. Namun, Johari yang bertindak selaku ketua telah melakukan undian. Hasil undian tidak berpihak kepada Firdaus. Mahu tidak mahu, Firdaus terpaksa meneruskan rancangan tersebut walaupun hatinya terdetik perasaan menyesal.                  Pelbagai halangan terpaksa dihadapi oleh Firdaus. Sepanjang perjalanan, Firdaus merungut. Hatinya membengkak apabila basikal yang dinaikinya pancit. Malahan, dia turut terluka apabila basikal yang ditunggangnya tercampak ke atas tanah merah.  Tambahan lagi, Azlina selalu menaikkan kemarahannya dengan sindiran-sindiran tajam. Joh