Posts

Showing posts from June, 2019

Perlindungan Terhadap Hak Keselamatan Kanak-kanak

Image
Faktor perlindungan terhadap hak dan keselamatan kanak-kanak perlu diberikan pe­nekanan utama di negara kita. Hal ini demikian kerana, sejak belakangan ini, kes kehilangan kanak-kanak dan jenayah yang dilakukan terhadap golongan cilik ini semakin menjadi-jadi. Keadaan ini membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa. Sehubungan itu, beberapa langkah proaktif perlu dilaksanakan bagi menghapuskan stigma pihak tertentu bahawa Malaysia bukan negara yang selamat untuk diami oleh kanak-kanak.      Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak pada setiap masa lebih-lebih lagi ketika berada di tempat awam. Jangan biarkan mereka bersendirian untuk mengelakkan kejadian buruk. Tidak ada kompromi dalam hal ini sekiranya mereka gagal berbuat demikian. Sudah tiba masa pihak yang bertanggungjawab menggunakan undang-undang sedia ada menghukum ibu bapa yang mengabaikan keselamatan anak-anak. Masyarakat hendaklah segera menghubungi pihak berkuasa atau menghubungi orang ramai apabila berlaku kes jenayah di