Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
NILAI Patriotrisme Sejak kecil, Adnan bercita-cita menjadi askar berpangkat tinggi. Dia selalu berangan-angan menjadi pahlawan seperti Hang Tuah. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan kerana cinta akan tanah air. Leftenan Adnan sanggup dihantar bertugas di Pasir Panjang, Singapura dan berjauhan dengan anak dan isterinya kerana dia sedar dia memikul tanggungjawab besar untuk mempertahankan tanah air melalui Rejimen Askar Melayu. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri oleh sebab penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Pak Saidi yang berpengetahuan luas tentang sejarah tanah air. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air seperti Syed Syeikh Al-Hadi. Beliau juga menjadikan keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau,
Comments
Post a Comment