Posts

Showing posts from August, 2018

Sintaksis SPM - Pola Ayat/ Frasa

Image
Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan.  Frasa tiada subjek dan predikat.  Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat. Frasa Nama + Frasa Nama Farah | seorang peguam yang disegani ramai kerana kebijaksanaanya menangkis hujah lawan. Zaifatul Afida | seorang guru Bahasa Melayu. Frasa Nama + Frasa Kerja Ayah | hendak memancing bersama dengan kawannya. Pasukan bola jaring | akan menjalani latihan sekiranya cuaca baik. Frasa Nama + Frasa Adjektif Bunga mawar itu sungguh cantik. Suara penyanyi itu merdu bak buluh perindu. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Mereka | ke Pahang Jumaat lepas. Laili | dari sekolah ketika ayah sedang membaca senaskhah akhbar. Praktis Pengukuhan Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) +,

Karangan SPM - Peranan Ibu Bapa dalam Menangani Gejala Sosial

Kisah haruan makan anak, penderaan, dan anak-anak yang terbiar bukanlah drama tetapi menggambarkan tiada lagi nilai moralisasi dalam jiwa ibu bapa. Kisah-kisah ini bukan lagi isu asing dan telah menghiasi dada akhbar arus perdana seolah-olah tiada titik noktah oleh sebab peningkatan jumlah kes dari semasa ke semasa. Anak-anak yang dilahirkan dengan separuh nyawa tidak lagi menjadi aset yang berharga. Semua ini dapat dibuktikan apabila terdapatnya anak kecil terbujur kaku dek perbuatan manusia yang bertopengkan syaitan. Malah, terdapat anak yang dijadikan batu loncatan untuk meraih kemewahan hidup apabila dipaksa bekerja di usia yang muda untuk menampung beban kewangan. Bayangkan, apakah yang akan berlaku terhadap masa hadapan mereka? Anak-anak yang sepatutnya menjadi permata hati terpaksa berhadapan dengan kehidupan yang amat menyeksakan. Keadaan ini boleh memberikan kesan negatif jangka panjang apabila anak-anak mula membawa diri dan terdedah kepada kebejatan moral seperti pergaulan

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat terutamanya golongan muda. Hanya rakyat yang prihatin sahaja ambil peduli agar hayat permainan tradisional berkekalan. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan tradisional seperti congkak, wau, dan sepak raga. Situasi ini amat mendukacitakan memandangkan terdapat pelbagai kebaikan yang diperoleh sekiranya dipertahankan. Oleh itu, usaha-usaha menyedarkan generasi muda tentang kepentingan permainan tradisional perlu dilakukan dengan sepantas kilat oleh sebab kepentingannya terhadap masyarakat dan negara.           Permainan tradisional merupakan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional melambangkan adat, budaya, dan identiti sesuatu bangsa yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. Hasil ciptaan nenek moyang kita juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Contohnya, wau bulan tela

Karangan Sekolah Rendah - Autobiografi/ Biografi

Karangan Autobiografi/ Biografi Autobiografi bermaksud riwayat hidup yang ditulis sendiri, manakala biografi riwayat hidup seseorang yang ditulis oleh orang lain.  Bagi karangan autobiografi, murid boleh menulis apa-apa sahaja, sama ada benda itu bernyawa atau tidak, tetapi cara penulisan hendaklah membuatkan pembaca/ pemeriksa berasa perkara yang ditulis seolah-olah hidup.  Karangan ini perlu mengandungi ciri-ciri berikut - dilahirkan; proses membesar; tiba ke tangan masyarakat atau dibeli; berbakti kepada masyarakat; keseronokan berbakti; tidak digunakan lagi  Cara penulisannya mengandungi ciri-ciri sebuah cerita.  Karangan ini perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat, dan waktu), tema/ persoalan, plot, dan mesej.  Susunan plot dimulai dengan pengenalan, perkembangan, klimaks, dan peleraian.  Murid digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga tetapi dalam keadaan terkawal.  Karangan ini tidak semestinya berakhir dengan tragedi/ kematian.  Watak tidak semestinya manusi

Karangan Sekolah Rendah - Surat Kiriman Tidak Rasmi

Surat Kiriman Tidak Rasmi Ada beberapa jenis surat tidak rasmi, iaitu surat bertanya khabar, surat tahniah, dan surat takziah.  Penggunaan bahasa karangan ini perlu mematuhi hukum tatabahasa.  Murid digalakkan menggunakan bahasa yang mudah, tepat, dan padat serta sesuai dengan sasaran penerima.  Murid hendaklah menggunakan panggilan yang sesuai seperti kakanda, bonda, ayahanda, nenda, dan cucunda.  Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:  Alamat pengirim ditulis sepenuhnya di sudut atas sebelah kanan surat.  Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dan bubuh tanda titik (.) di hujungnya.  Kata ganti diri penerima ditulis di sebelah kiri tepi surat.  Perenggan idea dan penutup dimulakan ke dalam sedikit sejajar dengan pembuka kata.  Pengakuan pengirim ditulis di sebelah kanan surat selepas selang satu baris kosong dari penutup dan diakhiri tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar. Tanda tangan ditulis di bawah pengakuan pengiri

Karangan Sekolah Rendah - Laporan

Karangan Laporan Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa.  Karangan jenis ini boleh merangkumi laporan aktiviti seperti perbahasan, lawatan, bercerita, atau pameran dan laporan persatuan.  Dalam peperiksaan, kebiasaannya murid diminta menulis tentang pelbagai kegiatan persatuan di sekolah.  Murid perlu benar-benar terlibat atau mengetahui secara mendalam akan peristiwa yang dilaporkan dan mesti berdasarkan kenyataan.  Murid menggelakkan penggunaan bahasa yang kreatif.  Format laporan adalah seperti berikut:         Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata sendi, kata hubung, dan kata sandang atau huruf besar keseluruhannya dan digarisi. Idea dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau satu baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar. Tarikh ditulis di sebelah k

Karangan UPSR - Diari/ Catatan

Karangan Diari/ Catatan Karangan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu diari sehari dan diari beberapa hari.  Perkara yang perlu dinyatakan dalam diari sehari adalah seperti hari, hari bulan, dan tahun. Kemudian, diikuti waktu berlakunya kejadian itu.  Manakala perkara yang perlu dinyatakan dalam diari beberapa hari adalah seperti hari, hari bulan, dan tahun. Waktu disertakan jika perlu sahaja. Contoh Karangan 1 Ahad, 24 Mac 2019 7.00 pagi Aku dan kakak bangun seawal pagi. Suasana di rumahku riuh-rendah oleh sebab kami membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah membantu ibu menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa. Aku dan kakak pula mengemas baju, tuala, dan seluar yang akan kami gunakan di sana. 8.30 pagi Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Alphard. Perjalanan pergi ke Port Dickson mengambil masa selama dua jam setengah. Ketika tiba, orang ramai sudah memban

Karangan Sekolah Rendah - Ucapan/ Syarahan

Karangan Ucapan/ Syarahan Ucapan biasanya disampaikan pada majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu. Syarahan dibahagikan kepada dua; iaitu pertandingan dan bukan pertandingan. Format karangan syarahan tiada perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan ucapan, cuma biasanya syarahan disampaikan untuk pertandingan. Ucapan atau syarahan dimulakan dengan kata alu-aluan. Pada akhir ucapan murid digalakkan menulis puisi seperti pantun dan sajak untuk memperlihatkan kemantapan dalam berbahasa. Murid boleh menggunakan bahasa berbunga-bunga tetapi dalam keadaan terkawal, iaitu mengikut sasaran pendengar. Contoh  Karangan  1 Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cengal, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati. Dalam perhimpunan kali ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama’.           Hadirin yang saya hormat