Karangan Sekolah Rendah - Laporan
Karangan Laporan
- Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa.
- Karangan jenis ini boleh merangkumi laporan aktiviti seperti perbahasan, lawatan, bercerita, atau pameran dan laporan persatuan.
- Dalam peperiksaan, kebiasaannya murid diminta menulis tentang pelbagai kegiatan persatuan di sekolah.
- Murid perlu benar-benar terlibat atau mengetahui secara mendalam akan peristiwa yang dilaporkan dan mesti berdasarkan kenyataan.
- Murid menggelakkan penggunaan bahasa yang kreatif.
- Format laporan adalah seperti berikut:
- Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata sendi, kata hubung, dan kata sandang atau huruf besar keseluruhannya dan digarisi.
- Idea dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup
- Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau satu baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar.
- Tarikh ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan pengakuan pelapor.
- Tandatangan pelapor ditulis di sudut kiri selepas pengakuan pelapor.
- Nama pelapor ditulis dalam kurungan dengan huruf besar sepenuhnya.
- Jawatan pelapor dan nama persatuan yang diwakili ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan diakhiri dengan tanda noktah.
Contoh Karangan 1
Laporan Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang
Pada 24 April 2019 Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-40. Majlis ini diadakan di Dewan Semarak Budi. Hari Anugerah Kecemerlangan ini diadakan bagi meraikan kejayaan murid dalam kurikulum dan kokurikulum.
Sebelum majlis dijalankan, beberapa persiapan dilakukan. Para guru bekerjasama menghias pentas dan menyediakan hadiah untuk murid, cenderamata untuk tetamu kehormat, dan hadiah cabutan bertuah. Murid-murid turut sama membantu guru. Malah, murid-murid yang terlibat dalam persembahan gigih berlatih bagi memastikan persembahan tiada cacat cela ketika majlis berlangsung.
Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi apabila tetamu kehormat dan ibu bapa tiba dan mengambil tempat duduk masing-masing. Majlis itu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Aidil bin Kadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang. Suasana sepanjang majlis berlangsung sungguh meriah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis termasuklah, ucapan, persembahan tarian murid Tahap 2 dan nyanyian murid Tahap 1.
Majlis melabuhkan tirai pada pukul 12.30 tengah hari. Tetamu kehormat dan ibu bapa menikmati makanan yang disediakan oleh pihak kantin. Pihak sekolah berharap agar majlis seperti ini diadakan lagi pada tahun hadapan.
Laporan disediakan oleh, 28 APRIL 2019
Daniel
(DANIEL BIN RAHIM)
Setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan,
Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang.
Contoh Karangan 2
Laporan Perkhemahan Pengakap
Sekolah Kebangsaan Sri Delima
Pada 25 Februari 2019 hingga 28 April 2019, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Sri Delima telah mengadakan perkhemahan di Lata Kijang. Perkhemahan ini telah disertai oleh 40 orang ahli pengakap dan empat orang guru pengiring.
Perkhemahan ini diadakan adalah untuk membina ketahanan fizikal dan mental dan membentuk keyakinan diri para peserta. Di sammping itu bertujuan memupuk nilai-nilai positif dalam diri peserta untuk melahirkan generasi muda yang memiliki sahsiah terpuji.
Sepanjang perkhemahan, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli kumpulan dalam menjalankan sebarang aktiviti.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah merentas hutan, kawad kaki, lakonan, memasak, membina gajet dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama daripada semua ahli kumpulan.
Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Para peserta dapat menimba pengalaman berharga dan pengetahuan baru. Malah, hubungan antara pengakap bertambah erat ibarat aur dengan tebing.
Laporan disediakan oleh, 5 MAC 2019
Hairul Azam
(HAIRUL AZAM)
Setiausaha Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Sri Delima.
contoh laporan yang sangat bagus teruskan lagi,semoga berjaya
ReplyDeleteGood👍🏻
ReplyDeleteAlhamdullilah....tq...doa doa soalan ni keluar tahun ni.
ReplyDeleteTerima kasih :)
ReplyDeleteBaik
ReplyDeleteThanks.
Deleteterima kasih
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteNice...I kinda like it
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletekarangan nie pendek dan menarik
ReplyDeletenice teruskan berjaya