Karangan UPSR - Diari/ Catatan
Karangan Diari/ Catatan
Ahad, 24 Mac 2019
7.00 pagi
Aku dan kakak bangun seawal pagi. Suasana di rumahku riuh-rendah oleh sebab kami membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah membantu ibu menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa. Aku dan kakak pula mengemas baju, tuala, dan seluar yang akan kami gunakan di sana.
8.30 pagi
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Alphard. Perjalanan pergi ke Port Dickson mengambil masa selama dua jam setengah. Ketika tiba, orang ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson. Ada yang mandi di pantai, merakam gambar, dan membina istana pasir. Hal ini demikian kerana masing-masing tidak melepaskan peluang beristirahat di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.
9.55 pagi
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh. Aku membentang tikar yang dibawa di bawah sebatang pokok yang rendang. Kakak dan ayah membantu ibu mengangkat barang-barang. Ibu mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa.
10.00 pagi
Selepas menukar pakaian, aku dan kakak bermandi-manda di kawasan gigi air. Sambil-sambil itu, kami membina istana pasir bersama-sama kenalan baharu. Kami bermain dengan gembira. Sementara itu, ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga.
12.15 tengah hari
Setelah puas bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera. Kami makan dengan amat berselera sekali oleh sebab sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula sangat enak. Sambil menikmati makanan, kami melihat gelagat orang ramai yang memeriahkan suasana nyaman pantai Port Dickson.
3.00 petang
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang.
- Karangan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu diari sehari dan diari beberapa hari.
- Perkara yang perlu dinyatakan dalam diari sehari adalah seperti hari, hari bulan, dan tahun. Kemudian, diikuti waktu berlakunya kejadian itu.
- Manakala perkara yang perlu dinyatakan dalam diari beberapa hari adalah seperti hari, hari bulan, dan tahun. Waktu disertakan jika perlu sahaja.
Ahad, 24 Mac 2019
7.00 pagi
Aku dan kakak bangun seawal pagi. Suasana di rumahku riuh-rendah oleh sebab kami membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah membantu ibu menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa. Aku dan kakak pula mengemas baju, tuala, dan seluar yang akan kami gunakan di sana.
8.30 pagi
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Alphard. Perjalanan pergi ke Port Dickson mengambil masa selama dua jam setengah. Ketika tiba, orang ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson. Ada yang mandi di pantai, merakam gambar, dan membina istana pasir. Hal ini demikian kerana masing-masing tidak melepaskan peluang beristirahat di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.
9.55 pagi
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh. Aku membentang tikar yang dibawa di bawah sebatang pokok yang rendang. Kakak dan ayah membantu ibu mengangkat barang-barang. Ibu mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa.
10.00 pagi
Selepas menukar pakaian, aku dan kakak bermandi-manda di kawasan gigi air. Sambil-sambil itu, kami membina istana pasir bersama-sama kenalan baharu. Kami bermain dengan gembira. Sementara itu, ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga.
12.15 tengah hari
Setelah puas bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera. Kami makan dengan amat berselera sekali oleh sebab sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula sangat enak. Sambil menikmati makanan, kami melihat gelagat orang ramai yang memeriahkan suasana nyaman pantai Port Dickson.
3.00 petang
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang.
bagus!
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteAhad, 22 June 2020
ReplyDelete7.00 pagi
Aku dan kakak bangun seawal pagi.Hari ini ayah nak membawa kita pergi berkelah di tepi pantai.
7.30pagi
Ibu sedang menyediakan makanan yang sedap. Ayah sedang mengemas kereta.
8.00pagi
Kita sekeluarga pergi ke pantai. Pantai itu sanyak jauh.,lalu aku dan kakak titur di keleta.
9.30pagi
Saya dan kakak bangun. Kita juga tiba pantai itu. Saya dan kakak pergi mentukar baju.,lalu kita pergi berenang.
10.30pagi
Saya dan kakak pergi cari ibu ayah, lalu makan makanan yang dimasak oleh ibu.
11.00pagi
Kita sekeluarga berjalan di tepi pantai.
12.00petang
Kita sekeluarga balik rumah.