Karangan Sekolah Rendah - Autobiografi/ Biografi
Karangan Autobiografi/ Biografi
- Autobiografi bermaksud riwayat hidup yang ditulis sendiri, manakala biografi riwayat hidup seseorang yang ditulis oleh orang lain.
- Bagi karangan autobiografi, murid boleh menulis apa-apa sahaja, sama ada benda itu bernyawa atau tidak, tetapi cara penulisan hendaklah membuatkan pembaca/ pemeriksa berasa perkara yang ditulis seolah-olah hidup.
- Karangan ini perlu mengandungi ciri-ciri berikut - dilahirkan; proses membesar; tiba ke tangan masyarakat atau dibeli; berbakti kepada masyarakat; keseronokan berbakti; tidak digunakan lagi
- Cara penulisannya mengandungi ciri-ciri sebuah cerita.
- Karangan ini perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat, dan waktu), tema/ persoalan, plot, dan mesej.
- Susunan plot dimulai dengan pengenalan, perkembangan, klimaks, dan peleraian.
- Murid digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga tetapi dalam keadaan terkawal.
- Karangan ini tidak semestinya berakhir dengan tragedi/ kematian.
- Watak tidak semestinya manusia malah boleh meliputi benda dan binatang.
- Murid digalakkan meletakkan dialog yang penting untuk menunjukkan kemahiran berbahasa
Contoh Karangan
Aku seutas jam tangan yang direka bentuk dengan ciri-ciri eksklusif. Aku dilahirkan di sebuah kilang jam tangan yang terletak di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan badanku diperbuat daripada kaca dan kulit . Aku dicipta untuk membolehkan manusia menentukan waktu, malahan manusia dapat mengetahui tarikh dan arah.
Setelah aku dan rakan-rakan selesai dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam sebuah kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai jam tangan di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca untuk tontonan pelanggan.
Setiap kali pelanggan datang ke kedai itu, mereka pasti akan melihat-lihat aku. Ramai pelanggan yang bertanya tentang keistimewaan dan hargaku. Mereka memuji akan sifat-sifat yang dimilikiku. Walau bagaimanapun, mereka tidak membeli kerana hargaku agak mahal.
Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia sangat meminati aku lalu cuba tawar-menawar dengan tuan kedai untuk memilikiku. Akhirnya, dia bersetuju membeli aku dengan harga RM120.00.
Aku dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Simpang dan dihadiahi adiknya yang bernama Damia bersempena sambutan hari lahir yang ke-12. Dia menasihati adiknya agar menggunakan aku dan memanfaatkan dengan sebaik-baiknya agar usia kau panjang. Aku lihat adiknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku sering digunakan oleh adiknya tanpa mengira waktu.
Walaupun aku berasa sangat penat, namun aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku terhadap Damia.
Pada suatu malam, aku mati secara tiba-tiba akibat bateri aku kehabisan. Aku dibawa ke kedai untuk digantikan dengan bateri baharu. Akhirnya aku dapat berbakti kepada Damia lagi. Aku amat sayang akan Damia kerana dia sangat pandai menghargai aku. Aku berjanji akan terus berbakti kepada gadis kecil itu selagi diperlukan.
bagus
ReplyDeletetak
DeleteBagut
ReplyDelete