Sintaksis SPM - Pola Ayat/ Frasa
- Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan.
- Frasa tiada subjek dan predikat.
- Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.
Farah | seorang peguam yang disegani ramai kerana kebijaksanaanya menangkis hujah lawan.
Zaifatul Afida | seorang guru Bahasa Melayu.
Frasa Nama + Frasa Kerja
Ayah | hendak memancing bersama dengan kawannya.
Pasukan bola jaring | akan menjalani latihan sekiranya cuaca baik.
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Bunga mawar itu sungguh cantik.
Suara penyanyi itu merdu bak buluh perindu.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Mereka | ke Pahang Jumaat lepas.
Laili | dari sekolah ketika ayah sedang membaca senaskhah akhbar.
Praktis Pengukuhan
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) +, Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS).
- Baju Melayu teluk belanga ini | untuk abang. FN + FSN
- Kuda Hazrul | berlari pantas. FN + FK
- Universiti Putra Malaysia | sangat cantik landskapnya. FN + FA
- Tunku Abdul Rahman | Bapa Kemerdekaan Malaysia. FN + FN
- Penduduk kampung | akan bergotong-royong pada hujung minggu ini. FN + FK
- Puan Harlida | guru mata pelajaran Sains di SMK King Edward. FN + FN
- Hadiah itu | untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru. FN + FN
- Tuan Haji Ahmad | pengetua sekolah sejak sepuluh tahun lalu. FN + FN
- Kerajaan | tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat. FN + FK
- Blok asrama baharu | untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pengubahsuaian. FN + FSN
- Peragawati itu | sangat anggun dan bergaya ketika perasmian butik Datin Ain. FN + FSN
- Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya | telah menyediakan laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa. FN + FK
- Pemain bola | sedang berlatih di padang. FN + FK
- Beg tangan | Puan Jamilah dari luar negeri. FN + FSN
- Kereta mainan adik Shamil | di bawah meja. FN + FSN
- Bunga itu | sungguh cantik dan berbau harum. FN + FA
- Jam tangan itu | untuk emak sempena hari lahirnya. FN + FSN
- Murid Tingkatan 5 Hambali | sedang mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan. FN + FK
- Kucing peliharaan Uzail | bernama Si Comel. FN + FN
- Adik saya | sangat comel dan manja. FN + FA
- Kami sekeluarga | akan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini. FN + FSN
- Encik Adam | seorang guru sekolah berasrama penuh. FN + FN
- Bunga raya itu | berwarna merah. FN + FA
- Lelaki separuh abad itu | mengerjakan kebun sayur-sayuran seorang diri. FN + FK
- Mata pelajaran Bahasa Melayu | diajarkan di kelas peralihan itu. FN + FK
- Mi goreng itu | daripada jiran saya. FN + FSN
- Kambing-kambing itu | sangat gemuk. FN + FA
- Puan Yuanna | menjamu sahabat baiknya dengan pisang yang masih panas. FN + FK
- Petani itu | membajak sawahnya setiap hari. FN + FK
- Hadiah baju baharu itu | daripada kawan sekolahnya. FN + FSN
- Mei Hwa, Zahirah dan Dewi | akan menyertai pertandingan syarahan sempena Hari Koperasi sekolah. FN + FK
- Saya | tidak hadir ke kelas tambahan kerana melawat nenek di Hospital Taiping. FN + FK
- Membaca | merupakan amalan murni yang digalakkan pada semua peringkat umur. FN + FN
- Darren | menghadiahi Suraya sebuah ensiklopedia sains bersempena dengan hari jadinya yang ke-18. FN + FK
- Guru | mengajar murid-murid Tingkatan Lima Jujur subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. FN + FK
- Abang saya yang sulung | memberikan wang kepada ayah untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur. FN + FK
- Cik Umairah | suka menonton video pada masa lapang manakala Cik Kamalia suka menanam pokok bunga pada hujung minggu. FN + FK
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn | hanya meraih saguhati dalam pertandingan pantun peringkat daerah. FN + FK
Comments
Post a Comment