Posts

Showing posts from July, 2018

Karangan SPM - Kebaikan Internet terhadap Murid

Anak-anak muda masa kini dikatakan sebagai digital natives oleh sebab mereka dilahirkan dan dibesarkan pada zaman Revolusi 4.0. Justeru, anak-anak muda terdedah dengan perkembangan teknologi maklumat terutamanya penggunaan Internet dalam kehidupan seharian. Oleh hal demikian, golongan ini memperoleh banyak manfaat daripada penggunaan Internet. Namun begitu, familiariti mereka dalam hal ini tidak bermaksud mereka terhindar daripada kesan negatif penggunaan Internet. Situasi ini tidak mendukung maksud golongan muda harus dipisahkan dengan arus pemodenan ini seperti kata Sayidina Umar Al-Khattab, “Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibu bapa”.           Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memberikan kebaikan kepada semua peringkat dalam pendidikan, ekonomi, sosial, dan lain-lain termasuklah golongan murid. Kajian Pengguna Internet MCMC 2016 golongan yang masih bersekolah menghabiskan paling bany

Analisis Lengkap Novel Meniti Impian

Sinopsis Novel Meniti Impian menceritakan kegigihan remaja bernama Zahar berusaha mencapai cita-citanya untuk menjadi pembuat perabot yang berjaya dalam mengubah taraf hidup keluarga dan membantu bapa saudaranya, Pak Yusuf yang telah banyak membantu seterusnya menangkis pandangan negatif Suhaili yang beranggapan bahawa belajar di Institut Kemahiran Mara tidak memberikan masa hadapan yang cerah. Zahar telah membuktikan impiannya bukan angan-angan Mat Jenin. Konflik percintaan dengan Suhaili menjadi pembakar semangat kepadanya untuk terus berjuang. Luka di hatinya kian terubat apabila Norimi, iaitu rakan yang dikenalinya semasa hari pertama pendaftaran di Institut Kemahiran Mara memahaminya dan simpati terhadap dirinya walaupun gadis ini penuh dengan perasaan cemburu. Ketika menjalani praktikal di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad yang terletak di Kawasan Perindustrian Kemunting, Zahar dipertemukan dengan Suhaili. Suhaili menawarkan pertolongannya agar Zahar mendapat temp