Posts

Showing posts from October, 2017

Karangan Sekolah Rendah - Menyudahkan Cerita

Menyudahkan Cerita Karangan ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu petikan di awal cerita dan petikan di akhir cerita. Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar, tema/ persoalan, plot, dan nilai. Susunan plot dimulai dengan pengenalan, perkembangan, klimaks, dan peleraian. Seboleh-bolehnya calon mampu mewujudkan rasa kesal, kecewa, marah, atau geram untuk memikat pemeriksa. Cerita berdasarkan pengalaman, pembacaan, penglihatan, atau perbualan, asal sahaja logik.  Calon digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tetapi perlu dalam keadaan terkawal. Karangan Contoh Tulis sebuah cerita yang bermula dengan ayat berikut. Hujan lebat turun tidak henti-henti selama beberapa hari. Air sungai ... Jawapan Hujan lebat turun tidak henti-henti selama beberapa hari. Air sungai mulai melimpah. Akhirnya, kampung saya dilanda banjir.           Penduduk kampung dinasihati supaya berpindah. Oleh itu, ayah dan ibu mengemas barang-barang penting dan berharga seperti dokumen,