Karangan Sekolah Rendah - Menyudahkan Cerita
Menyudahkan Cerita
- Karangan ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu petikan di awal cerita dan petikan di akhir cerita.
- Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar, tema/ persoalan, plot, dan nilai.
- Susunan plot dimulai dengan pengenalan, perkembangan, klimaks, dan peleraian.
- Seboleh-bolehnya calon mampu mewujudkan rasa kesal, kecewa, marah, atau geram untuk memikat pemeriksa.
- Cerita berdasarkan pengalaman, pembacaan, penglihatan, atau perbualan, asal sahaja logik.
- Calon digalakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tetapi perlu dalam keadaan terkawal.
Karangan Contoh
Tulis sebuah cerita yang bermula dengan ayat berikut.
Hujan lebat turun tidak henti-henti selama beberapa hari. Air sungai ...
Jawapan
Hujan lebat turun tidak henti-henti selama beberapa hari. Air sungai ...
Jawapan
Hujan lebat turun tidak henti-henti selama beberapa hari. Air sungai mulai melimpah. Akhirnya, kampung saya dilanda banjir.
Penduduk kampung dinasihati supaya berpindah. Oleh itu, ayah dan ibu mengemas barang-barang penting dan berharga seperti dokumen, barang kemas dan komputer riba. Selepas itu, bot-bot penyelamat membawa keluarga saya dan penduduk lain ke tempat yang selamat. Kami telah ditempatkan di pusat penempatan sementara.
Di pusat penempatan sementara, mangsa banjir menerima bantuan dari segi pakaian, makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan harian. Banyak warga emas dan kanak-kanak yang jatuh sakit akibat bencana ini. Saya dan kawan-kawan yang lain juga tidak dapat bersekolah selama beberapa hari.
Selepas beberapa hari, air bah mulai surut. Kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kami berasa amat sedih melihat keadaan rumah yang kotor dan berlumpur. Kata sepakat telah diambil untuk mengadakan gotong-royong.
Air bah turut memusnahkan tanaman yang diusahakan oleh penduduk kampung. Banyak binatang ternakan seperti ayam, kambing dan lembu yang mati. Peralatan-peralatan rumah yang tidak sempat dipindahkan turut musnah dibawa arus deras. Saya berharap agar tragedi ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.
Comments
Post a Comment