Posts

Showing posts from July, 2019

Teks Pertandingan Perbahasan (Karangan PT3) - Tinggal di Desa Lebih Baik Tinggal di Bandar

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, pihak pencadang dan hadirin yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini sebagai pihak pembangkang untuk mematahkan hujah pihak pencadang bahawa tinggal di bandar lebih baik daripada tinggal di desa. Sebelum saya lontarkan hujah-hujah, saya bertegas bahawa segala hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang adalah tidak benar sama sekali. Hadirin yang sama hormati,      Hujah pertama, kos sara hidup di luar bandar lebih rendah daripada bandar. Penduduk luar bandar yang hanya boleh mendapatkan keperluan tersebut di sekeliling rumah. Penduduk luar bandar tidak perlu membayar satu sen pun kepada peniaga. Manakala, penduduk bandar terbeban dengan masalah kewangan apabila perlu membeli semua barang keperluan termasuk ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tambahan lagi, harga barang di bandar meningkat kerana diperoleh daripada orang tengah.      H

Karangan Peranan Ibu Bapa

Pelbagai krisis akhlak dan moral terus menular dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan remaja. Dari sehari ke sehari kita sering dihadapkan dengan berita-berita yang menggerunkan, contohnya pembuangan bayi, gengterisme, vandalisme, sumbang mahram dan sebagainya. Krisis sosial ini perlu ditangani dengan segera kerana impaknya bukannya kecil dan jika tidak ditangani mereka akan menjadi liabiliti kepada negara pada masa akan datang. Tambahan lagi, remaja merupakan kunci pembangunan sesebuah negara malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa golongan ini adalah cerminan masyarakat pada masa depan. Oleh hal demikian, ahli keluarga hendaklah mengambil langkah tegas dalam menangani hal ini. Persoalannya, bagaimanakah keluarga harus memainkan peranan mengekang masalah ini daripada berlarutan?      Setiap ahli keluarga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menjadikan rumah sebagai tempat yang selamat dan mewujudkan suasana rumahku syurgaku. Dalam sesebuah

Karangan Sekolah Rendah - Kebaikan Menyertai Kejohanan Sukan

Kejohanan sukan tahunan dilaksanakan dengan matlamat semua murid menyertainya. Penganjuran sukan tahunan ini membuktikan bahawa program ini memberikan banyak kebaikan. Justeru, murid-murid hendaklah mengambil peluang yang berada di depan mata.      Antara kebaikan menyertai kejohanan sukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan. [ Ayat utama ] Hal ini demikian kerana badan mengeluarkan peluh apabila berlakunya pergerakan fizikal. [ Huraian ] Kesannya, murid terhindar daripada penyakit seperti obesiti, darah tinggi dan serangan jantung. [ Contoh/ kesan ]      Selain itu, kejohanan sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim. [ Ayat utama ] Ibu bapa akan datang memberikan sokongan kepada anak-anak. [ Ayat huraian ] Secara tidak langsung, guru dan ibu bapa dapat saling mengenali antara satu sama lain. [ Ayat contoh/ kesan ]      Malahan, program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid. [ Ayat utama ] Nilai murni dapat melahirkan murid yang positif. [ Ayat huraian ] Conto