Karangan Sekolah Rendah - Kebaikan Menyertai Kejohanan Sukan

Kejohanan sukan tahunan dilaksanakan dengan matlamat semua murid menyertainya. Penganjuran sukan tahunan ini membuktikan bahawa program ini memberikan banyak kebaikan. Justeru, murid-murid hendaklah mengambil peluang yang berada di depan mata.
     Antara kebaikan menyertai kejohanan sukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan. [Ayat utama] Hal ini demikian kerana badan mengeluarkan peluh apabila berlakunya pergerakan fizikal. [Huraian] Kesannya, murid terhindar daripada penyakit seperti obesiti, darah tinggi dan serangan jantung. [Contoh/ kesan]
     Selain itu, kejohanan sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim. [Ayat utama] Ibu bapa akan datang memberikan sokongan kepada anak-anak. [Ayat huraian] Secara tidak langsung, guru dan ibu bapa dapat saling mengenali antara satu sama lain. [Ayat contoh/ kesan]
     Malahan, program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid. [Ayat utama] Nilai murni dapat melahirkan murid yang positif. [Ayat huraian] Contohnya, bekerjasama, hormat-menghormati dan bertolak ansur. [Contoh/ Kesan]
     Tuntasnya, kejohanan sukan menjadi satu platform kepada murid untuk menonjolkan bakat masing-masing. Bakat yang dikenal pasti dapat diketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi untuk melahirkan jaguh sukan. 

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

PERIBAHASA - BANDINGAN