Posts

Showing posts from March, 2020

Karangan Sekolah Rendah - Kasih Ibu Sepanjang Hayat

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat membuktikan bahawa anak bertanggungjawab menghormati dan menyayangi ibu agar mendapat redanya. Menyedari hal ini, saya berusaha menjadi anak yang menyenangkan hati ibu. Saya sangat bertuah apabila dikurniakan ibu yang sempurna dan hilangnya tiada ganti.    Ibu saya, Hani Ibrahim yang dilahirkan pada tahun 1982 merupakan hadiah terbaik di dunia selain ayah. Sudah pasti, sebagai seorang anak, saya berusaha menjadi yang terbaik. Ibu merupakan seorang yang sangat penyayang. Segala perlakuan, perbuatan dan setiap tanggungjawab dilaksanakan tanpa sebarang sungutan. Pakai minum dan keperluan asas lain disediakan dengan sehabis sempurna.   Selain itu, ibu juga menjadi suri teladan buat saya dan adik-beradik yang lain. Baik dari segi tutur kata dan perlakuan diadun secara berhemah, lemah lembut dan sopan. Bagi ibu, anak-anak merupakan cerminan ibu bapa bak peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.    Justeru, untuk membalas ja

Karangan Sekolah Rendah - Perpustakaan Gedung Ilmu

Melangkah kaki ke gedung ilmu atau sinonim dengan perpustakaan memberikan banyak kebaikan terhadap murid. Mengunjungi perpustakaan wajar dijadikan rutin kerana di situ terdapat pelbagai bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar, ensiklopedia dan lain-lain lagi yang boleh dibaca secara percuma. Oleh hal demikian, sudah tentulah murid digalakkan mengunjungi perpustakaan.       Antara faedah mengunjung perpustakaan ialah murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Apabila murid membaca bahan bacaan yang tersedia di perpustakaan, mereka akan mengetahui tentang isu politik, ekonomi dan sosial sehinggalah peringkat antarabangsa. Ini akan meluaskan pengetahuan murid agar tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.    Selain itu, pembacaan dapat menambahkan perbendaharaan kata murid. Ketika murid membaca buku rujukan, mereka akan menemui kosa kata baharu. Secara tidak langsung, ini akan membantu mereka menulis karangan dengan lebih baik. Malahan, mereka akan menjadi lebih

Tujuan/ Kesan Pengambilan Makanan Tambahan

P engambilan tablet makanan tambahan atau pil multi vitamin tanpa kawalan dos atau pengambilan dalam jangka panjang boleh mengancam kesihatan pengguna. Contohnya, pengambilan vitamin B6 dalam tempoh jangka panjang menyebabkan kerosakan saraf. Manakala pengambilan kalsium yang berlebihan pula boleh menjejaskan kesihatan jantung. Di samping itu, gabungan makanan tambahan dengan sesetengah vitamin mungkin menimbulkan tindak balas negatif yang memberikan kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna. Pengambilan makanan tambahan tanpa menjalani diagnosis doktor dikhuatiri mengundang padah terhadap pengguna. Selain risiko kerosakan saraf dan risiko jantung, pengguna juga akan terdedah kepada risiko penyakit hati dan buah pinggang.      Terdapat pelbagai asbab setiap pengguna mengambil makanan tambahan yang boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu vitamin, mineral dan multivitamin; merawat penyakit tertentu, berasaskan herba serta berasaskan minyak ikan. Majoriti pengambilan makana

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

NILAI Patriotrisme Sejak kecil, Adnan bercita-cita menjadi askar berpangkat tinggi.  Dia selalu berangan-angan menjadi pahlawan seperti Hang Tuah. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan kerana cinta akan tanah air. Leftenan Adnan sanggup dihantar bertugas di Pasir Panjang, Singapura dan berjauhan dengan anak dan isterinya kerana dia sedar dia memikul tanggungjawab besar untuk mempertahankan tanah air melalui Rejimen Askar Melayu. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri oleh sebab penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Pak Saidi yang berpengetahuan luas tentang sejarah tanah air. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air seperti Syed Syeikh Al-Hadi. Beliau juga menjadikan keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau,

Karangan SPM Bahagian A [Bahan Rangsangan]

BAHAGIAN A  [30 markah ]  [ Masa dicadangkan : 45 minit ] Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah amalan rumah terbuka terhadap masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. FAEDAH AMALAN RUMAH TERBUKA Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Mengetahui adat resam masyarakat Malaysia Mengeratkan hubungan kekeluargaan Jawapan Contoh [Pendahuluan] Alfred Adler, pakar perubatan dari Austria ada berkata, “Orang yang menyisihkan dirinya daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan kerana pergaulan mencerdaskan dan menajamkan ingatan”. Ini membuktikan bahawa pergaulan amat penting bagi setiap setiap individu dan salah satu medium pergaulan adalah dengan menghadiri majlis sosial yang dianjurkan. Oleh sebab itu, dalam hidup bermasyarakat, kita perlu menjalankan tanggungjawab sebagai masyarakat yang berhemah dengan bergaul, bertegur sapa dan saling mengenali jiran tetangga. Antar