Karangan Sekolah Rendah - Kasih Ibu Sepanjang Hayat
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat membuktikan bahawa anak bertanggungjawab menghormati dan menyayangi ibu agar mendapat redanya. Menyedari hal ini, saya berusaha menjadi anak yang menyenangkan hati ibu. Saya sangat bertuah apabila dikurniakan ibu yang sempurna dan hilangnya tiada ganti.
Ibu saya, Hani Ibrahim yang dilahirkan pada tahun 1982 merupakan hadiah terbaik di dunia selain ayah. Sudah pasti, sebagai seorang anak, saya berusaha menjadi yang terbaik. Ibu merupakan seorang yang sangat penyayang. Segala perlakuan, perbuatan dan setiap tanggungjawab dilaksanakan tanpa sebarang sungutan. Pakai minum dan keperluan asas lain disediakan dengan sehabis sempurna.
Selain itu, ibu juga menjadi suri teladan buat saya dan adik-beradik yang lain. Baik dari segi tutur kata dan perlakuan diadun secara berhemah, lemah lembut dan sopan. Bagi ibu, anak-anak merupakan cerminan ibu bapa bak peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Justeru, untuk membalas jasa baik ibu, saya akan menjaga nama baik ibu agar tidar tercemar. Misalnya, saya akan menunjukkan contoh teladan yang baik bukan sahaja kepada ahli keluarga malahan berusaha menyebarkan kebaikan kepada masyarakat. Secara tidak langsung nama keluarga saya akan meniti di bibir masyarakat dan mengharum sebagai keluarga contoh.
Saya juga akan mendoakan kesejahteraan ibu di dunia dan di akhirat. Ini antara tuntutan agama yang patut saya patuhi walaupun ibu sudah kembali ke pangkuan-Nya. Ini membuktikan tanggungjawab anak tidak terhenti di dunia sahaja.
Intihanya, ibu dilahirkan sebagai wanita yang mampu mengoncangkan dunianya menjadi orang terhebat dalam keluarga. Ibu merupakan tiang penyeri sesebuah keluarga. Hilangnya, robohlah semuanya. Saya berharap semoga saya menjadi sepertinya kelak apabila mempunyai keluarga sendiri.
test
ReplyDelete