PERIBAHASA - BANDINGAN


  1. Perbandingan merupakan sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. 
  2. Umumnya, perbandingan digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana.
Contoh bandingan:
  • Adil laksana hakim
  • Alim seperti ulama
  • Anggun seperti ratu
  • Angin bertiup seperti orang berbisik-bisik
  • Angkuh seperti merak
  • Baik seperti malaikat
  • Bebas seperti burung
  • Becok seperti murai
  • Bengkang-bengok seperti ular kena palu
  • Berani seperti singa
  • Berat seperti batu
  • Berdenyut macam siput
  • Bersih seperti kain putih
  • Susah macam ayam
  • Mengalir seperti sungai
  • Bersinar seperti bintang
  • Besar seperti gajah
  • Betul seperti bendul
  • Bijak seperti pendeta
  • Biru seperti laut
  • Bisa seperti racun
  • Bising seperti pasar
  • Bodoh seperti lembu
  • Bongkok seperti sabut
  • Bujur seperti telur
  • Bulat seperti bola
  • Buruk seperti hantu
  • Busuk seperti bangkai
  • Cantik seperti bidadari
  • Cepat seperti kilat
  • Cerah seperti siang
  • Cerdik seperti kancil
  • Dalam seperti lautan
  • Degil seperti keldai
  • Deras seperti ribut
  • Diam seperti tunggul
  • Gagah seperti gergasi
  • Ganas seperti singa
  • Garang seperti harimau
  • Gebu seperti kapas
  • Gelap seperti malam
  • Gelisah macam cacing kepanasan
  • Gelojoh seperti langau
  • Gelora bagai lautan
  • Gemuk seperti badak
  • Halus seperti kuman
  • Hancur seperi kaca terhempas
  • Handal seperti pendekar
  • Harum seperti bunga
  • Hijau seperti rumput
  • Hina seperti kucing kurap
  • Hitam seperti arang
  • Hodoh seperti katak
  • Ikal seperti mayang
  • Jahat seperti syaitan
  • Jernih seperti cermin
  • Jinak seperti merpati
  • Jingga seperti pinang masak
  • Kaku seperti mayat
  • Kasar seperti kulit nangka
  • Kaya seperti jutawan
  • Kecil seperti semut
  • Kedekut seperti Haji Bakhil
  • Kencang seperti ribut
  • Kenyang seperti ular lepas makan
  • Keras seperti batu
  • Kering seperti kemarau
  • Kesat seperti pasir
  • Kotor macam najis
  • Kuat seperti guruh
  • Kuning seperti kunyit
  • Kurus seperti lidi
  • Laku seperti pisang goreng panas
  • Lambat seperti kura-kura
  • Lancar seperti air
  • Lapar seperti nak mati
  • Lari seperti kuda
  • Lemak seperti santan
  • Lembik seperti agar-agar
  • Lembut seperti sutera
  • Liat seperti getah
  • Licin seperti belut
  • Ligat seperti gasing
  • Luas seperti lautan
  • Lucu seperti badut
  • Lurus seperti bendul
  • Mahal seperti berlian
  • Main seperti budak-budak
  • Malang macam Pak Kaduk
  • Malas seperti keldai
  • Mancung seperti seludang
  • Mandi seperti kerbau
  • Manis seperti gula
  • Masam seperti cuka
  • Masin seperti garam
  • Melingkar seperti ular
  • Meluru macam babi hutan
  • Membelit seperti ular
  • Menangis seperti kanak-kanak
  • Mengilai macam pontianak
  • Merah seperti saga
  • Mengamuk seperti orang gila
  • Merdu bak buluh perindu
  • Miang seperti keladi
  • Miskin seperti pengemis
  • Mulia seperti raja
  • Nikmat seperti di syurga
  • Nipis seperti kertas
  • Pahit seperti hempedu
  • Panas seperti api
  • Pandai seperti kancil
  • Panjang seperti galah
  • Pantas seperti kilat
  • Pedas seperti cili
  • Pekak seperti badak
  • Malu seperti kongkang/ pengantin
  • Pening seperti lalat
  • Pucat seperti mayat
  • Tersengih seperti kerang busuk
  • Putih seperti kapas
  • Rajin seperti semut
  • Ramai seperti semut
  • Ramping seperti kerengga
  • Rapat seperti isi dengan kuku
  • Rata seperti padang
  • Ringan seperti kekabu
  • Riuh seperti pasar
  • Sabar seperti nabi
  • Sayang seperti nyawa
  • Segak seperti putera
  • Sejuk seperti salji
  • Seksa bagai di neraka
  • Senang laksana raja
  • Sial seperti biawak
  • Sibuk seperti lebah
  • Suci seperti bayi
  • Taat seperti malaikat
  • Tajam seperti sembilu
  • Takut seperti tikus
  • Tandus seperti padang pasir
  • Tangkas macam panglima
  • Tawar seperti air
  • Tegang seperti dawai
  • Tegak seperti tiang
  • Tenang seperti tasik
  • Terang seperti bulan mengambang
  • Tinggi seperti galah
  • Tidur seperti ayam
  • Pedih bak sembilu
  • Tua seperti lengkuas
  • Tumpul seperti belakang parang
  • Ungu seperti biji kundang
  • Untung seperti dapat rezeki terpijak
  • Wangi seperti bunga
  • Zalim seperti firaun
  • Berlubang seperti gendang
  • Berkilau seperti permata
  • Banyak seperti buih di lautan
  • Tebal seperti kamus
  • Berderai seperti kaca hempas ke batu
  • Jari seperti susun sirih
  • Betis bagai bunting padi
  • Tumit umpama telur dikupas
  • Kehidupan seperti roda

KLON UPSR
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Puteri Alyssa sering dipuji oleh gurunya kerana dia seorang murid yang _______ seperti semut.
A  kuat
B  rajin
C  malas
D  pintar

×______________________________________________×

Kaisara sangat ___________ seperti pendeta dan selalu mendapat Anugerah Tokoh Murid.
A  aktif
B  bijak
C  dungu
D  berani

×______________________________________________×

Tindakan Encik Halim yang ______ seperti kilat berjaya menyelamatkan anaknya yang lemas di kawasan air terjun.
A  pantas
B  lambat
C  lekas
D  perlahan

×______________________________________________×

Azli idak terangkat kotak buku milik ibunya yang _____ seperti batu.
A  berat 
B  kasar
C  besar 
D  kesat
×______________________________________________×

Suasana Hari Sukan sekolah sungguh ________ seperti pasar.
A  busuk 
B  ramai
C  gelora 
D  bising

×______________________________________________×

Pemerintah tidak boleh bersikap _______ seperti Firaun agar disayangi oleh rakyat.
A  ganas 
C  zalim
B  kejam 
D  dahsyat

×______________________________________________×

Suasana di Perpustakaan Sultan Abdul Samat sungguh ________ seperti tasik.
A  tenang 
B  senyap
C  diam 
D  hening

×______________________________________________×

Kuih tradisional yang dimasak oleh nenek ___________ macam gula.
A  payau
B  manis
C  kelat
D  harum

×______________________________________________×

Kasut yang ______ seperti kulit buaya itu tidak terbeli oleh Haziq kerana harganya terlalu mahal.
A  licin 
B  kesat
C  kasar 
D  keras

×______________________________________________×

Sejak terlantar di Hospital Tuanku Rahimah, badan Zarul ______ seperti lidi.
A  panjang 
C  runcing
B  kurus 
D  rapuh

×______________________________________________×

Rahayu tetap berdegil untuk makan ubat itu walaupun dipujuk oleh ibunya kerana rasanya pahit seperti _________.
A  kopi
B  jadam 
C  akar kayu
B  hempedu 

×______________________________________________×

Walaupun sudah tua seperti ______ , warga emas itu masih lagi turut serta dalam larian marathon itu.
A  Haji Bakhil 
B  lengkuas
C  pendita 
D  mayat

×______________________________________________×

Zahid berasa gelisah seperti _______ kerana isterinya yang bertarung melahirkan anak sulung masih belum keluar dari bilik pembedahan.
A  belut
B  keldai
C  langau
D  cacing kepanasan

×______________________________________________×

Rizal menurut apa-apa sahaja arahan ketua kelas kerana dia lurus seperti _________ .
A  pembaris 
B  sesiku
C  bendul 
D  kekisi

×______________________________________________×

Peragawati yang berjaya meraih tempat pertama itu _________ seperti bidadari.
A  tinggi
B  cantik
C  tampan
D  menawan

×______________________________________________×

Saya tidak berselera menjamah masakan wanita itu kerana rasanya masam seperti ________.
A  limau 
B  cuka
C  mangga
D  asam jawa

×______________________________________________×

Muka kanak-kanak itu pucat seperti _________ apabila melihat kala jengking.
A  bayi 
B  lipan
B  mayat
C  kulit biawak 
×______________________________________________×

Peserta perkhemahan itu meluru seperti ___________ apabila disuruh terjun ke dalam kolam.
A  lebah 
B  badak
C  gajah
D  zirafah
×______________________________________________×

Lelaki berkemeja merah yang tinggi seperti _______ itu abang saya.
A  galah 
B  pokok 
C  tiang
D  bangunan

×______________________________________________×

Lelaki tua yang miang seperti _______ itu tidak disukai oleh semua perempuan di kawasan perumahan itu.
A  buluh 
B  terung 
C  keladi
D  lalang

×______________________________________________×

Sungguhpun badan Syafiq besar macam _______ tetapi dia takut seperti _______ .
A  ikan paus .... lalat 
B  gajah ... tikus
C  rumah ... kucing
D  badan ... siput

×______________________________________________×

Wanita muda itu cantik seperti ______ tetapi garang seperti ________ .
A  bidadari ... singa 
B  pramugari ... serigala
C  ratu ... harimau 
D  model ... kala jengking

×______________________________________________×

Lelaki itu kaya seperti ________ namun kedekut seperti _______.
A  artis ... tangkai jering 
B  menteri ... tikus
C  pengurus ... keldai 
D  jutawan ... Haji Bakhil

×______________________________________________×

Rumah banglo yang bersih seperti _______ itu kepunyaan Puan Wira yang rajin seperti _________.
A  kapas … ulat 
B  menteri … tikus
C  syurga ... langau 
D  cermin ... lebah

×______________________________________________×

Remaja perempuan itu mempunyai rambut yang ikal seperti _______ dan hidung yang mancung bak _______.
A  ombak … tunggal 
B  kongkang ... engkuas
C  mayang ... seludang 
D  keris ... galah

×______________________________________________×

Puteri Alyssa sering dipuji oleh gurunya kerana dia seorang murid yang _______ seperti semut.

A  kuat

B  rajin

C  malas
D  pintar

×______________________________________________×

Kaisara sangat _______ seperti pendeta dan selalu mendapat Anugerah Tokoh Murid.
A  aktif
B  bijak
C  dungu
D  berani

×______________________________________________×

Tindakan Encik Halim yang ______ seperti kilat berjaya menyelamatkan anaknya yang lemas di kawasan air terjun.
A  pantas
B  lambat
C  lekas
D  perlahan

×______________________________________________×

Azli idak terangkat kotak buku milik ibunya yang _____ seperti batu.
A  berat 
B  kasar
C  besar 
D  kesat

×______________________________________________×

Suasana Hari Sukan sekolah sungguh ________ seperti pasar.
A  busuk 
B  ramai
C  gelora 
D  bising

×______________________________________________×

Pemerintah tidak boleh bersikap _______ seperti Firaun agar disayangi oleh rakyat.
A  ganas 
C  zalim
B  kejam 
D  dahsyat

×______________________________________________×

Suasana di Perpustakaan Sultan Abdul Samat sungguh _____seperti tasik.
A  tenang 
B  senyap
C  diam 
D  hening

×______________________________________________×

Kasut yang ______ seperti kulit buaya itu tidak terbeli oleh Haziq kerana harganya terlalu mahal.
A  licin 
B  kesat
C  kasar 
D  keras

×______________________________________________×

Sejak terlantar di Hospital Tuanku Rahimah, badan Zarul ______ seperti lidi.
A  panjang 
C  runcing
B  kurus 
D  rapuh

×______________________________________________×

Rahayu tetap berdegil untuk makan ubat itu walaupun dipujuk oleh ibunya kerana rasanya pahit seperti _________.
A  kopi
B  jadam 
C  akar kayu
B  hempedu 

×______________________________________________×

Walaupun sudah tua seperti ______ , warga emas itu masih lagi turut serta dalam larian marathon itu.
A  Haji Bakhil 
B  lengkuas
C  pendita 
D  mayat

×______________________________________________×


Zahid berasa gelisah seperti _______ kerana isterinya yang bertarung melahirkan anak sulung masih belum keluar dari bilik pembedahan.
A  belut
B  keldai
C  langau
D  cacing kepanasan

×______________________________________________×

Rizal menurut apa-apa sahaja arahan ketua kelas kerana dia lurus seperti _________ .
A  pembaris 
B  sesiku
C  bendul 
D  kekisi

×______________________________________________×

Saya tidak berselera menjamah masakan wanita itu kerana rasanya masam seperti ________.
A  limau 
B  cuka
C  mangga
D  asam jawa

×______________________________________________×

Muka kanak-kanak itu pucat seperti __________ apabila melihat kala jengking.
A  bayi 
B  lipan
B  mayat
C  kulit biawak 

×______________________________________________×

Peserta perkhemahan itu meluru seperti ___________ apabila disuruh terjun ke dalam kolam.
A  lebah 
B  badak
C  gajah
D  zirafah

×______________________________________________×

Lelaki berkemeja merah yang tinggi seperti _______ itu abang saya.
A  galah 
B  pokok 
C  tiang
D  bangunan

×______________________________________________×

Lelaki tua yang miang seperti _______ itu tidak disukai oleh semua perempuan di kawasan perumahan itu.
A  buluh 
B  terung 
C  keladi
D  lalang

×______________________________________________×

Sungguhpun badan Syafiq besar macam _______ tetapi dia takut seperti _______ .
A  ikan paus .... lalat 
B  gajah ... tikus
C  rumah ... kucing
D  badan ... siput

×______________________________________________×

Wanita muda itu cantik seperti ______ tetapi garang seperti ________ .
A  bidadari ... singa 
B  pramugari ... serigala
C  ratu ... harimau 
D  model ... kala jengking

×______________________________________________×

Lelaki itu kaya seperti ________ namun kedekut seperti _______.
A  artis ... tangkai jering 
B  menteri ... tikus
C  pengurus ... keldai 
D  jutawan ... Haji Bakhil

×______________________________________________×

Rumah banglo yang bersih seperti ___________ itu kepunyaan Puan Wira yang rajin seperti ____________.
A  kapas … ulat 
B  menteri … tikus
C  syurga ... langau 
D  cermin ... lebah

×______________________________________________×

Remaja perempuan itu mempunyai rambut yang ikal seperti _______ dan hidung yang mancung bak _______.
A  ombak … tunggal 
B  kongkang ... engkuas
C  mayang ... seludang 
D  keris ... galah

Comments

  1. Kita harus rasa bersyukur kerana dapat mempelajari peribahasa dengan lebih lanjut lagi...jdi berterimakasih lah kpda ckgu yg selalu mengajar kmu peribahasa...dan mendalami ilmu pengetahuan😊

    ReplyDelete
  2. Itu sahaja daripada sya.Sekian terima kasih😄

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka