Posts

Showing posts from May, 2021

Karangan UASA Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 - Pencemaran Sungai

Usaha Melestarikan Sungai; Sungai Diambang Bahaya Sungai merupakan nadi kehidupan kurniaan Allah yang paling bernilai kepada manusia. Khazanah ini perlu dipelihara kerana menjadi sumber bekalan air bersih kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sungai juga menjadi habitat semula jadi kepada pelbagai jenis hidupan akuatik. Walaupun masyarakat mengetahui kepentingan sumber air ini, namun sumber alam tersebut kini di ambang kemusnahan. Keghairahan manusia mengejar kemajuan dunia dengan merancang dan melaksanakan projek pembangunan telah menjadikan sungai sebagai korban. Tanggungjawab manusia untuk memelihara dan memulihara sungai sudah tidak lagi mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan kebersihan sungai kian tandus sehingga masalah ini meruncing dan menjejaskan imej negara. Bahkan, pencemaran dan kekurangan sumber air dari sungai akan meningkatkan kos rawatan dan bekalan yang boleh membebankan masyarakat. Malahan, sungai yang kotor dan ti

Karangan SPM - Pendatang Asing Tanpa Izin

Lambakan Pendatang Asing Tanpa Izin ibarat Barah Malaysia diibaratkan sebagai syurga pendatang rentetan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit yang bukan sahaja menguasai lokasi strategik sekitar Lembah Klang termasuk ibu kota. Faktor tarikan yang menarik minat kelompok ini adalah seperti peluang pekerjaan yang meluas dan keadaan negara yang aman di samping faktor tolakan seperti keadaan semasa negara PATI yang kucar kacir dan kemiskinan yang dialami. Kebanjiran PATI secara bertali arus ke negara ini semakin tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Hal ini termasuklah kes-kes jenayah yang dilakukan oleh pekerja asing yang semakin menjadi-jadi belakangan ini seperti pembunuhan, pergaduhan dan rusuhan. Kerajaan telah menggariskan undang-undang tentang perkara yang bersangkutan dengan pendatang asing ini secara jelas agar tidak terus membarah. Perkara yang paling merunsingkan apabila mereka bebas bergerak dalam pelbagai sektor pekerjaan, membina penempat