Karangan UPSR - Faedah Bersukan
Tulis sebuah karangan tentang faedah sukan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan
murid.
Pada
tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan apabila menyedari
faedah bersukan terhadap murid. Aktiviti sukan seperti olahraga, berenang,
permainan bola sepak, tenis, dan badminton misalnya mampu menjana keperibadian murid.
Faedah
bersukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah melahirkan seorang murid
yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang
serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap
petang akan mengeluarkan peluh. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang
mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakan yang tidak bersukan.
Kondisi badan yang sihat membenarkan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengelakkan diri daripada
ponteng sekolah.
Selain itu, faedah sukan kepada murid juga ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Murid yang bersukan akan terdidik mengagihkan masa dengan sewajarnya antara bersukan dengan belajar. Malahan, masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Murid yang menyertai pasukan sekolah dalam kegiatan sukan misalnya memiliki jadual latihan sukan dan jadual belajar.
Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini demikian, seseorang dapat berfikir secara rasional, berkeyakinan tinggi, dan tidak cepat berputus asa apabila aktif bersukan. Sukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir dan semangat juang yang kental walaupun pernah kecundang dalam pertandingan.

Intihanya, jelaslah bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa
faedah kepada murid. Oleh itu, ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak
mereka bersukan. Pihak kerajaan perlu menyediakan banyak fasiliti bersukan di
sekolah. Guru-guru juga perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran bersukan.
Comments
Post a Comment