FAKTOR MAKANAN SEGERA KIAN DIGEMARI

Tulis sebuah karangan tentang faktor-faktor makanan segera yang kian digemari. Panjang karangan anda hendaklah antara  melebihi 180 patah perkataan.

Banyak restoran makanan segera tumbuh 'bagai cendawan selepas hujan'. Perkembangan industri ini selaras dengan kehendak masyarakat yang mempunyai ruang masa yang sempit. Terdapat pelbagai faktor makanan segera mendapat tempat dalam hati masyarakat. 
      Antaranya ialah tempoh penyediaan yang cepat dan ringkas. Hal ini berbeza ketika menyediakan sendiri makanan ekoran proses memasak yang mengambil masa yang lama. Tambahan lagi, masyarakat kini terlalu sibuk menguruskan kerjaya masing-masing.
Selain itu, makanan segera mudah diperoleh memandangkan restoran makanan segera terletak di tempat strategik, iaitu di bandar-bandar berhampiran tempat kerja dan pusat beli-belah. Masyarakat mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan makanan segera tanpa sebarang halangan. Keadaan kedai yang selesa dan mempunyai penyaman udara menjadi pilihan utama pelanggan. Tambahan lagi, restoran makanan segera lebih menitikberatkan aspek kepuasan pelanggan dan kebersihan. 
Tidak dapat dinafikan, peningkatan jumlah masyarakat mengambil makanan segera kerana kurangnya maklumat tentang keburukan makanan ini terhadap badan manusia. Makanan segera seperti sosej, burger, dan mi mengandungi banyak bahan pengawet dan tidak berkhasiat. Makanan segera tidak memenuhi spesifikasi amalan diet seimbang yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan kerana berminyak dan mengandungi kadar kolestrol yang tinggi. Keadaan ini boleh mengundang penyakit berbahaya seperti jantung, diabetes, obesiti dan darah tinggi.
Kesimpulannya, walaupun makanan segera mudah disediakan namun pengambilannya harus dikawal bagi memastikan kesihatan terjamin dalam usaha masyarakat yang sihat rohani dan jasmani.

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional