Karangan Sekolah Rendah Jenis Catatan

 Ahad, 13 Februari 2022

Hujan turun mencurah-curah. Dalam masa beberapa jam sahaja banjir kilat melanda kawasan tempat tinggal kami. Inilah kali pertama berlakunya keadaan banjir kilat. Semua penduduk tidak menduga akan menghadapi situasi cemas ini. Penghulu, pegawai daerah dan wakil kerajaan turun padang memberikan sokongan kepada mangsa banjir kilat yang terlibat. Kami diminta bertenang agar semuanya dapat dikendalikan dengan sebaik mungkin. Mangsa banjir bersabar menghadapi keadaan itu walaupun telah mengalami kerugian harta benda. Sepanjang berada di pusat penempatan banjir, sumbangan makanan dan ubat-ubatan yang disediakan oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan tidak pernah putus. Doktor dan jururawat bersedia merawat dan memeriksa mangsa banjir. Aku sangat kagum melihat pengorbanan mereka untuk memastikan mangsa banjir selamat.

Isnin, 14 Februari 2022

Mangsa banjir dibenarkan pulang apabila banjir surut. Kami sangat gembira apabila dapat pulang ke rumah masing-masing. Kami berasa sedih melihat kerosakan harta benda termasuklah kereta, perabot dan alatan elektrik. Namun, kami bersyukur kerana tiada nyawa yang terkorban dalam bencana alam ini. Kami berterima kasih kepada barisan hadapan yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan seikhlas hati. Penduduk telah berpakat untuk membersihkan tempat tinggal. Satu aktiviti gotong-royong akan dijalankan untuk membersihkan kediaman yang dipenuhi lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka