Hari Anugerah Cemerlang

Hari Anugerah Cemerlang merupakan suatu peristiwa penting yang dilaksanakan di sekolah. Hari bersejarah ini bertujuan memberikan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya. 

Antara kebaikan Hari Anugerah Cemerlang kepada murid ialah dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh. Para murid akan bersaing antara satu sama lain. Secara tidak langsung, dapat melahirkan murid berkualiti.

Selain itu, para murid dapat mengetahui pencapaian masing-masing dalam kurikulum dan kokurikulum. Kesannya, dapat melahirkan murid yang seimbang dalam pelbagai aspek. Hal ini demikian kerana terdapat Anugerah Tokoh Murid yang diadili berdasarkan pelibatan dalam persatuan, kelab dan sukan.

Di samping itu, murid boleh membanggakan ibu bapa yang berusaha memberikan pendidikan yang sempurna. Misalnya, pengorbanan ibu bapa menyediakan pakaian sekolah, buku rujukan dan alat tulis akan terbalas. Ibu bapa akan tersenyum gembira apabila melihat anak-anak berjaya.

Tidak dapat dinafikan, hari bersejarah ini memberikan peluang kepada murid menonjolkan bakat. Murid-murid berpeluang untuk membuat penampilan istimewa seperti mendeklamasikan sajak, berpantun, koir dan nyanyian lagu asli.

Tuntasnya, Hari Anugerah Cemerlang bukan sahaja memberikan manfaat kepada murid malahan ibu bapa dan guru. Hubungan antara ibu bapa, guru dan murid bertambah erat.

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

PERIBAHASA - BANDINGAN