SPM 2021 Novel Tirani Karya Beb Sabariah

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, tuliskan secara ringkas sinopsis novel tersebut.

Novel Tirani mengisahkan kehidupan seorang gadis, iaitu Waheeda Nurlyana yang mahu menjadi wanita cantik. Dia telah melakukan pembedahan rekonstruksi membetulkan hidungnya yang dicakar dan digigit monyet. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Waheeda yang bekerja dalam sektor pelancongan telah bertemu jodoh dengan suaminya, Zahid. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Kehidupan Waheeda menjadi lebih rumit apabila Zahid telah menceraikannya. Penceraian itu berpunca daripada sikap cemburu wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan diri Waheeda dan ditambah dengan perasaan cemburu oleh Zahid. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran banyak pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu tirani.

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅 

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan watak utama. 

Waheeda seorang wanita yang cekal dan tabah apabila menghadapi pelbagai ujian hidup, contohnya selepas bercerai dengan Zahid sehingga kemurungan namun dia bangkit semula dengan mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam. Kemudian, Waheeda menguruskan Chalet Aya-Sajinah. Selain itu, Waheeda juga seorang yang penyayang, contohnya sayang akan ahli keluarga dan anaknya, Izzati. Waheeda telah menjaga dan mendidik Izzati dengan penuh kasih sayang, memberikan pendidikan yang sempurna sehingga anaknya memperoleh ijazah sarjana muda dalam Jurusan Pelancongan.

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅 


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terangkan dua perwatakan watak sampingan. 

Watak sampingan dalam novel yang saya pelajari, iaitu Tirani ialah Zahid. Perwatakan Zahid ialah mementingkan penampilan diri, contohnya Zahid memakai pakaian dan aksesori berjenama dan mewah seperti Cartier. Selain itu, Zahid seorang yang insaf akan kesilapan, contohnya Zahid mengakui kesilapannya yang membuat keputusan menceraikan Waheeda dan mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandung yang sah. 

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. 

Persoalan yang terdapat dalam novel yang saya pelajari, iaitu Tirani ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak, contohnya Waheeda telah menjaga dan mendidik Izzati dengan penuh kasih sayang, memberikan pendidikan yang sempurna sehingga anaknya memperoleh ijazah sarjana muda dalam Jurusan Pelancongan. Raidah pula sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC). Selain itu, persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan, contohnya Waheeda, Dr. Zahari dan Zahid digambarkan sebagai masyarakat yang berjaya dalam bidang masing-masing hasil kerajinan mereka menimba ilmu pengetahuan sehingga memperoleh ijazah sarjana muda.

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅 

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai yang terdapat dalam novel 
tersebut.

Nilai yang terdapat dalam novel yang saya pelajari, iaitu Tirani ialah nilai kasih sayang. Contohnya, Raidah, iaitu ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Raidah membawa ketupat lepas atau ketupat tolak bala untuk anaknya di Singapura. Selain itu, nilai keberanian, contohnya Waheeda berani menanggung risiko dengan membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah Bank Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani lalu ditukarkan kepada nama Chalet Aya-Sajinah.

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab.

Peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel yang saya pelajari, iaitu Tirani ialah Waheeda menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu tunggal dengan sempurna. Beliau menjaga dan memberikan pendidikan kepada Izzati sehingga anaknya memperoleh ijazah sarjana muda dalam Jurusan Pelancongan. Selain itu, Raidah sebagai seorang isteri dan ibu, beliau menyediakan makan dan minum ahli keluarga dan melakukan kerja-kerja rumah.

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terangkan dua peristiwa yang menunjukkan kasih sayang.

Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel yang saya pelajari, iaitu Tirani ialah Raidah, iaitu ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Raidah membawa ketupat lepas atau ketupat tolak bala untuk anaknya di Singapura. Selain itu, Waheeda sayang akan suaminya. Oleh sebab terlalu sayang akan Zahid, dia kemurungan setelah diceraikan.

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh konflik yang mendebarkan para pembaca.

Antara konflik yang terdapat dalam novel yang saya pelajari, iaitu Tirani ialah konflik antara Fadhil dengan Waheeda. Konflik tercetus apabila Fadhil tidak bersetuju dengan keputusan anak perempuannya itu ingin menjalankan pembedahan rekonstruksi kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam. Selain itu, konflik antara Waheeda dan Zahid. Hal ini berlaku apabila Zahid meragui kesetiaan Waheeda sebagai isteri dengan menuduh Waheeda berlaku curang sehingga dan dia sanggup mempertikaikan status anak yang dikandung isterinya adalah tidak tidak sah. 

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua unsur kejutan (saspens) yang digunakan oleh pengarang.

Unsur kejutan (saspens) yang terdapat dalam novel yang saya pelajari, iaitu Tirani ialah peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas. Suasana ketika itu menjadi kelam-kabut apabila para penghuni dan pekerja lari bertempiaran menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Kesan peristiwa itu, pembaca tertanya-tanya kesan terhadap jumlah kedatangan pengunjung yang akan menginap di situ. Selain itu, peristiwa Zahid bertemu Waheeda buat pertama kali di Hotel Flamingo de La Rossa. Singapura. Pembaca tidak menyangka pertemuan singkat itu Waheeda terpaut hati lantas bersetuju untuk menerima Zahid sebagai suami. 

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

  • Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terangkan dua pengajaran yang kamu peroleh.
  • Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada watak utama. 
Antara pengajaran yang diperoleh daripada sebuah novel yang saya pelajari, iaitu Tirani ialah kita hendaklah bersabar menempuh segala dugaan hidup. Contohnya, Waheeda bersabar berhadapan sikap cemburu dan panas baran Zahid. Dia juga bangkit semula daripada kekecewaan setelah berpisah dengan suaminya dengan mengusahakan Chalet Aya-Sajinah. Selain itu, kita hendaklah berani membuat keputusan demi kesenangan hidup, contohnya Waheeda berani membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-iwani yang terletak di Cameron Highlands. 

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan dua latar tempat dan kemukakan peristiwa yang berkaitan. 

Antara latar tempat yang terdapat di dalam novel Tirani ialah Chalet Tajau Emas, contohnya Waheeda mengalami kecederaan pada bahagian muka dan hidung apabila monyet Belanda nmengigit dan mencakarnya. Selain itu, Pusat Rawatan Pusrawi. Waheeda mendapatkan rawatan dan kaunseling berkaitan masalah kemurungan yang dialaminya kesan perceraian dengan Zahid.

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. 

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tirani ialah masyarakat yang sayang akan ahli keluarga. Contohnya, Raidah, iaitu ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Raidah membawa ketupat lepas atau ketupat tolak bala untuk anaknya di Singapura. Selain itu, masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup, contohnya selepas bercerai dengan Zahid sehingga kemurungan namun dia bangkit semula dengan mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam. Kemudian, Waheeda menguruskan Chalet Aya-Sajinah. 

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam novel. 

Antara persoalan yang terdapat dalam novel Tirani ialah persoalan kasih sayang ibu terhadap anak, contohnya Raidah, iaitu ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Raidah membawa ketupat lepas atau ketupat tolak bala untuk anaknya di Singapura. Selain itu, persoalan ketegasan dalam membuat sesuatu keputusan, contohnya Waheeda tetap bertegas melakukan pembedahan rekonstruksi walaupun bapanya Fadhil tidak bersetuju dengan keputusannya kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam. 

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menarik perhatian anda.
  • Peristiwa Raidah menganyam kelongsong ketupat lepas daripada daun pucuk nipah muda sambil mengajarkan kaedah-kaedah menganyam kelongsong ketupat tersebut kepada Ghazi dan para pekerja di Chalet Tajau Emas, Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan sikap baik hati Raidah yang suka berkongsi kemahiran dengan orang lain sekali gus mengekalkan budaya tradisi masyarakat Sarawak yang semakin dipinggirkan oleh generasi muda.
  • Peristiwa Waheeda berani membuat pinjaman baharu daripada Bank Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani. Peristiwa ini menarik kerana dapat menunjukkan sifat berani dan cekal seorang wanita yang harus dicontohi oleh masyarakat termasuklah para pembaca.
























Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional