Karangan PT3 - Kebanjiran Pendatang Asing
Tulis sebuah karangan tentang faktor-faktor kedatangan pendatang asing dalam arus pembangunan negara. Panjang karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Kedatangan pendatang asing tanpa izin yang bertali arus dari Thailand, Indonesia, India, dan Nepal ke negara kita semakin tidak terkawal. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kedatangan mereka ke negara ini sama ada faktor tarikan atau faktor tolakan.
Antara faktor kedatangan pendatang asing dalam arus pemodenan negara kita ialah kemelesetan dan ketidakstabilan politik negara mereka. Misalnya, kedatangan warga Thailand berlaku akibat tekanan pemerintah di selatan negara. Golongan ini mengambil kata putus berhijrah apabila terdapat masa hadapan yang cerah di tempat lain bagi mengubah kesempitan hidup yang dialami. Tuntutan hidup yang memerlukan setiap warganegaranya mencari rezeki bagi sesuap nasi telah mendesak mereka.
Selain itu, kadar upah yang tinggi di negara kita juga menjadi salah satu faktor tarikan kedatangan mereka ke sini. Malaysia merupakan lubuk rezeki bagi pendatang tanpa izin kerana kadar upah yang mampu diperoleh mereka antara RM50 hingga RM150 berdasarkan kemahiran yang dimiliki.
Malahan, tidak dapat dinafikan kedatangan pendatang asing tanpa izin juga berpunca daripada kehendak negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh memandangkan rakyat Malaysia mempunyai sikap benci kerja ‘4D’ iaitu susah (Difficult), bahaya (Dangerous), kotor (Dirty) dan sampah (Dust). Rakyat Malaysia tidak mahu bekerja di stesen minyak, tidak sanggup bekerja sebagai pencuci tandas, dan pembantu rumah.
Tuntasnya, walaupun kedatangan pendatang asing tanpa izin memenuhi keperluan tenaga buruh, namun isu ini haruslah diatasi dengan segera memandangkan kedatangan mereka turut membei kesan negatif kerana terdapat masalah sosial yang dilakukan.
Comments
Post a Comment