Analisis Lengkap Sajak Sejadah Rindu




Maksud





Sajak

Maksud

Rangkap 1

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang dahulu

Penyajak menangis di atas sejadah sambil membaca ayat-ayat suci. Pada waktu itu, penyajak yang khusyuk bersolat berasa insaf apabila teringat akan dosa-dosa yang telah dilakukan pada masa lampau.

Rangkap 2

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Dengan penuh keinsafan, penyajak masih bersyukur oleh sebab masih diberikan peluang untuk hidup. Penyajak sedar masanya semakin suntuk dan terbatas. Oleh itu, penyajak berharap segala dosanya diampunkan sebelum dia menemui ajal.

Rangkap 3

Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti

Sewaktu bersujud, penyajak mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan Allah SWT. Penyajak meluahkan rasa insaf dan taubatnya dalam solat yang didirikan. Pada masa yang sama, penyajak berasa sebak atas segala-galanya yang terjadi kerana banyak dosa yang telah dilakukannya sebelum ini.

Rangkap 4

Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.


Penyajak berasa sedih sekali dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin menguasai sanubarinya. Oleh sebab itu, dia terus memanjatkan doa di atas sejadah yang sudah lama digunakannya. penyajak memohon ampun dengan bersungguh-sungguh daripada Allah SWT agar mendapat keampunan demi meneruskan sisa-sisa hidupnya.

Rangkap 5

Ungkapan doa pada yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara. 

Penyajak berdoa kepada Allah SWT agar dia menjadi manusia yang taat akan didikan agama. Selain itu, penyajak juga berjanji akan mengikut segala perintah Allah SWT. Hal ini penting agar dia tidak akan lupa untuk mengingatkan diri bahawa manusia hidup untuk sementara waktu sahaja.


Tema


Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan seseorang kepada agama. Hal ini dapat dibuktikan oleh penyajak yang berasa insaf ketika mendekatkan diri kepada Tuhan. Apabila mengabdikan diri kepada Tuhan, dia berharap agar dosa-dosanya dapat diampunkan sebelum dia meninggal dunia.


Persoalan

  • Keinsafan seseorang yang banyak berdosa − Penyajak insaf terhadap dosa yang dilakukan dan berharap Allah SWT menerima taubatnya.
  • Kepentingan mendirikan solat – Penyajak melakukan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah SWT dengan menunaikan solat.
  • Bertaubat atas dosa yang telah dilakukan – Penyajak bertaubat kepada Allah SWT
  • Pengabdian diri kepada Tuhan

Gaya Bahasa
  • Metaforadi sejadah rindu
  • Sinkopemengenang dosaku yang terdahulu, di masa yang Kautetapkan
  • Aliterasi − di sejadah rindu (pengulangan konsonan d)
  • Asonansi − Air mata menjadi saksi (pengulangan vokal a)


Nilai Murni
  • Keinsafan − Penyajak insaf terhadap dosa yang dilakukan dan berharap Allah SWT menerima taubatnya.
  • Kesyukuran – Penyajak bersyukur kerana berpeluang untuk memohon keampunan.
  • Keikhlasan − Penyajak mengalirkan air mata tanda keikhlasan memohon keampunan  agar dosa yang pernah dilakukan diampunkan oleh Allah SWT.
  • Kejujuran – Penyajak jujur dengan Tuhan bahawa dia banyak melakukan dosa pada masa silam.
  • Keberanian – Penyajak berani mengaku segala kesalahannya.
  • Ketaatan − Penyajak berdoa kepada Allah SWT agar dia menjadi manusia yang taat akan didikan agama.


Pengajaran
  • Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar −  penyajak insaf terhadap dosa yang dilakukan dan berharap Allah SWT menerima taubatnya.
  • Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita − Penyajak masih bersyukur oleh sebab masih diberikan peluang untuk hidup.
  • Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan −
  • Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup − Penyajak berharap segala dosanya diampunkan sebelum dia menemui ajal.
  • Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang − Penyajak mengalirkan air mata tanda keikhlasan memohon keampunan  agar dosa yang pernah dilakukan diampunkan oleh Allah SWT.

Praktis Klon SPM 1

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang dahulu.


Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan

Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi.
nafas sebak kian mengikuti

Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara. 

Sejadah Rindu,
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

     (i)             
Berdasarkan sajak tersebut, berikan maksud rangkap pertama.
Penyajak menangis di atas sejadah sambil membaca ayat-ayat suci. Pada waktu itu, penyajak yang khusyuk bersolat berasa insaf apabila teringat akan dosa-dosa yang telah dilakukan pada masa lampau.
[2 markah]
   (ii)             
Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh murid sebagai tanda mengakui keesaan Allah SWT?
Pada pendapat saya, murid boleh menghormati dan tidak berlaku zalim sesama makhluk sebagai tanda mengakui keesaan Allah SWT. Selain itu, murid juga boleh menghulurkan pertolongan dalam bentuk sokongan moral atau kewangan jika berkemampuan kepada golongan yang memerlukan. Di samping itu, murid tidak melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti bejudi, minum arak atau mengambil dadah.
[3 markah]
 (iii)             
Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Sejadah Rindu.
Antara gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Sejadah Rindu ialah sinkope, contonya dosaku iaitu ku ialah singkatan aku. Terdapat juga gaya bahasa metafora, contohnya sejadah rindu.
[3 markah]

Comments

  1. Tq..atas perkongsian di atas ..semoga memberi manfaat kepada pelajar spm tahun 2020.. doakan juga pada saye dan rakan2 seperjuangan saya yang akan menghadapi peperiksaan spm pada tahun januari 2021..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Maaf tumpang tanya, apa maksud kian mengikuti?? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, Dinie. Nice to know you. Nama Dinie sama dgn rkn mngajar. Sy dh puas cari dlm kandungan web sy tulis, tp tak jumpa rangkai kata tsebut. Walau bagai manapun, pkataan 'kian' tmasuk dlm kata tugas yg bmaksud 'makin/ sebanyak itu/ sehingga' dan pkataan mengikuti ialah kata terbitan/ kata berimbuhan, hasil kara dasar ikut yg bmaksud 'turut di belakang/ turut sebagai/ turut hadir/ memerhatikan). Utk mgetahui maksud tepat sy perlukan ayat asbab setiap pkataan dlm ayat mempunyai tugas/ maksud yg tsendiri. Semoga bjaya, Dinie!

      Delete
  4. Nota ini senang untuk difahamkan.....

    ReplyDelete
  5. nota sangat membantu dan mudah difahami , btw esok dah 22 feb 2021, doakan saya menjawab spm

    ReplyDelete
    Replies
    1. da 22 feb da pun gudluck batch 03 XD

      Delete
    2. Semoga berjayaaaa semua. Semoga dipermudahkan segala urusan menjawab soalan peperiksaan. #becool

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional