Antonim

Kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. 
Tidak semua perkataan atau istilah mempunyai perkataan berlawanan.
Contoh antonim:
  • adil – zalim
  • adab – biadap
  • ajak – halau
  • aktif – pasif
  • akar – pucuk
  • aman – huru hara
  • angkasa – bumi
  • apung – tenggelam
  • atur – selerak
  • bangga – malu
  • bahagia – derita
  • baharu – lama
  • bantah – setuju
  • beza – sama
  • berani – takut
  • bina – runtuh
  • buta – celik
  • boros – jimat
  • bongsu – sulung
  • cabut – tanam
  • caci – puji
  • celik – pejam
  • cetek – dalam
  • cepat – lambat
  • condong – tegak
  • cuai – cermat
  • cukup – kurang
  • dahulu – sekarang
  • derhaka – setia
  • desa – kota
  • dewasa – kanak-kanak
  • dingin – panas
  • dunia – akhirat
  • damai – perang
  • dedah – lindung
  • dosa – pahala
  • elok – buruk
  • ekor –kepala
  • enggan – rela
  • erat – longgar
  • gadai – tebus
  • gagah – lemah
  • gagal – berjaya
  • gali – timbus/ kambus
  • ganjil – genap/ biasa
  • garang – jinak
  • garing – lemau
  • gila – waras
  • gelak – menangis
  • gelora – tenang
  • gemuk – kurus
  • girang – sedih
  • gugup – tenang
  • halus – kasar
  • hangat – sejuk
  • hantar – jemput
  • harum – busuk
  • hidup – mati
  • hujung – pangkal
  • hilang – jumpa
  • himpun – surai
  • hinggap – terbang
  • hisap – hembus
  • hampir – jauh
  • hitam – putih
  • hulur – tarik
  • indah – buruk/ hodoh
  • ingat – lupa
  • isi – kulit
  • jarang – rapat
  • jasad – roh
  • jelita – hodoh
  • kalah – menang
  • kecil – besar
  • kelam – terang
  • kemarau – tengkujuh
  • kembang – kuncup
  • kendur – tegang
  • kenyang – lapar
  • keras – lembut
  • kutip – buang
  • kemuncak – kaki
  • kelmarin – esok
  • lalai – cermat
  • lapang – sempit
  • larang – suruh
  • lekas – lambat
  • lebar – sempit
  • letih – segar/cergas
  • licin – kesat
  • maju – mundur
  • malap – terang
  • malam – siang
  • malas – rajin
  • masak – mentah
  • masam – manis
  • mertua – menantu
  • muara – hilir
  • nafi – akui
  • nipis – tebal
  • nyala – padam
  • palsu – tulen
  • pasang – surut
  • pekat – cair
  • pendek – panjang
  • permaisuri – raja
  • purba – moden
  • putus – sambung
  • sempit – lapang
  • sering – jarang
  • senget – tegak
  • selatan – utara
  • susah – mudah
  • sunyi – bising
  • taat – ingkar
  • tahniah – takziah
  • tanya – jawab
  • tajam – tumpul
  • tubuh – senja
  • tulen – tiruan
  • tohor – dalam
  • tuci – cemar
  • undur – mara
  • uzur – sihat
  • ya – bukan
  • yakin – syak
  • zahir – batin
  • zalim – adil
Klon Peperiksaan
Ayah menasihati Asri agar tidak menunggang motosikal yang baru dibelinya dengan laju.

Pilih perkataan antonim bagi laju.
A  lewat
B  lengah
C  bebas
D  perlahan


Cikgu Harun menampal iklan pertandingan melukis poster pada papan kenyataan sekolah untuk makluman para murid.
Pilih perkataan antonim bagi menampal.  

A  membuang
B  mencampak
C  menanggal
D  menyangkut


Eina menolak pelawaan rakan sekelasnya dengan beradab kerana masih kenyang makan nasi lemak yang dimasak oleh emaknya.

Pilih perkataan antonim bagi kenyang.
A  jemu
B  penuh

C  lapar
D  kosong


Aina terkejut apabila lampu gantung di rumahnya bergoyang apabila ditiup angin.

Pilih perkataan antonim bagi bergoyang.
A  kuat
B  kukuh
C  tegap
D  condong


Berita tentang kejahatan yang dilakukannya selama bertahun-tahun akhirnya terbongkar apabila pihak polis menemui bukti kukuh.
Pilih perkataan antonim bagi kejahatan.
A  kebaikan
B  keinsafan
C  kesucian
D  ketakwaan


Farah kerap pulang ke kampung halaman untuk menziarahi saudara-mara sebelah ibu yang masih ada.
Pilih perkataan antonim bagi kerap.
A  esok
B  biasa
C  sukar
D  jarang


Pada setiap hujung minggu, Ikmal sering ke taman permainan bersama-sama ayah untuk melepaskan stres.

Pilih perkataan antonim bagi sering.
A  sukar
B  kurang
C  jarang
D  sementara


Kepetahan pelancong dari Australia itu berpidato dalam pertandingan pidato peringkat universiti mendapat pujian juri.
Pilih perkataan antonim bagi pujian.
A  kejian
B  ucapan
C  hasutan
D  sindirin


Persatuan wanita telah ditubuhkan pada tahun lepas untuk menegakkan hak-hak wanita terutamanya ibu tunggal.

Pilih perkataan antonim bagi ditubuhkan.
A  dimatikan
B  ditutupkan
C  dibatalkan
D  dibubarkan


Ayah menasihati Asri agar tidak menunggang motosikal yang baru dibelinya dengan laju.
Pilih perkataan antonim bagi laju.
A  lewat
B  lengah
C  bebas
D  perlahan


Cikgu Harun menampal iklan pertandingan melukis poster pada papan kenyataan sekolah untuk makluman para murid.
Pilih perkataan antonim bagi menampal.
A  membuang
B  mencampak

C  menanggal
D  menyangkut


Sikap Encik Uzmair Rashid yang zalim dan tidak bertimbang rasa membuatkan dirinya tidak disegani dan dihormati oleh orang bawahan.
Pilih perkataan antonim bagi zalim.
A  keji
B  jahat

C  kejam
D  baik

Eina menolak pelawaan rakan sekelasnya dengan beradab kerana masih kenyang makan nasi lemak yang dimasak oleh emaknya.
Pilih perkataan antonim bagi kenyang.
A  jemu
B  penuh
C  lapar
D  kosong


Aina terkejut apabila lampu gantung di rumahnya bergoyang apabila ditiup angin.
Pilih perkataan antonim bagi bergoyang.
A  kuat 
B  kukuh
C  tegap 
D  condong

Berita tentang kejahatan yang dilakukannya selama bertahun-tahun akhirnya terbongkar apabila pihak polis menemui bukti kukuh.
Pilih perkataan antonim bagi kejahatan.
A  kebaikan 
B  keinsafan
C  kesucian 
D  ketakwaan

Farah kerap pulang ke kampung halaman untuk menziarahi saudara-mara sebelah ibu yang masih ada.
Pilih perkataan antonim bagi kerap.
A  esok 
B  biasa
C  sukar 
D  jarang

Persatuan wanita telah ditubuhkan pada tahun lepas untuk menegakkan hak-hak wanita terutamanya ibu tunggal.
Pilih perkataan antonim bagi ditubuhkan.
A  dimatikan 
B  ditutupkan
C  dibatalkan 
D  dibubarkan

Sandy memastikan semua dokumen penting yang diperlukan semasa proses pendaftaran kursus terdapat dalam fail hitamnya.
Pilih perkataan antonim bagi penting.
A  kecil 
B  remeh
C  ringan 
D  mudah

Pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun ini menyebabkan ramai pelabur asing melabur di negara kita.
Pilih perkataan antonim bagi pesat.
A  maju 
B  lembap
C  lewat 
D  lambat

Wajah Yuanna kelihatan pucat setelah mendengar berita ibu dan ayahnya terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Pilih perkataan antonim bagi pucat.
A  berseri 
B  bersinar
C  berkilat 
D  bersilau

Pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memelihara benih penyu agar spesies ini tidak pupus. 
Pilih perkataan antonim bagi pupus.
A  terbit 
B  wujud
C  timbul 
D  muncul

Fauzi bersungguh-sungguh meyakinkan guru disiplin bahawa dia tidak merokok.
Pilih perkataan antonim bagi bersungguh-sungguh.
A  berdusta 
B  berpura-pura
C  berbohong 
D  bermain-main

Beribu-ribu pelawat mengunjungi Galeri Arkeologi Lenggong untuk melihat artifak pada zaman purba dengan lebih dekat. 
Pilih perkataan antonim bagi purba.
A  kini 
B  baharu
C  moden 
D  semasa

Jam dinding antik yang dipamerkan sempena Karnival Barang Antik Melayu mendapat perhatian orang ramai ramai.
Pilih perkataan antonim bagi antik.
A  kini 
B  baharu
C  pelik 
D  usang

Aneka jenis corak songket dijual di Butik Farlina yang baru dibuka itu.
Pilih perkataan antonim bagi aneka.
A  Satu 
B  Dua 
C  Ragam
D  Macam

Laili sedih apabila melihat pertumbuhan pokok mawar yang ditanamnya terbantut kerana tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi.
Pilih perkataan antonim bagi terbantut.
A  sihat 
B  sumbat
C  subur
D  kambus

Tugasan sekolahnya mesti disiapkan olehnya sebelum pergi bermain bola sepak. 
Pilih perkataan antonim bagi disiapkan.
A  dibiarkan 
B  diruntuhkan
C  dibubarkan 
D  dibinasakan

Amalina berasa sangat letih selepas menjalani latihan bola jaring.
Pilih perkataan antonim bagi letih.
A  cergas
B  mengah
C  penat
D  rimpuh

Anak perempuan Puan Hafizah tidak pulang sudah hampir lima tahun. 
Pilih perkataan antonim bagi pulang.
A  kembali
B  datang
C  pergi
D  balik

Puan Umairah sangat jimat berbelanja agar dapat membuat tabungan di bank. 
Pilih perkataan antonim bagi jimat.
A  joli
B  boros
C  kedekut
D  berhemah

Banglo besar Encik Lutfi dan Puan Qaisara di atas bukit itu sunyi sepi selepas semua cucunya pulang ke bandar. 
Pilih perkataan antonim bagi sunyi.
A  riuh
B  diam
C  senyap
D  bising

Hani memakai baju yang tebal kerana cuaca di Cameron Highlands terlalu sejuk.
Pilih perkataan antonim bagi sejuk.
A  beku
B  dingin
C  panas
D  kemarau

Lorong di belakang taman itu bahaya untuk dilalui pada waktu malam. 
Pilih perkataan antonim bagi bahaya.
A  risau
B  sunyi
C  selamat
D  menyeramkan

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka

PERIBAHASA - BANDINGAN