Sembang Meja Kopi

Pada pendapat aku, cinta itu sebuah tanggungjawab. Bukan terhad kepada tanggungjawab untuk memupuk, malahan tanggungjawab untuk menyuburkan dan mengekalkan agar berpanjangan hingga hujung usia seterusnya berkasih sayang hingga syurga Ilahi. Aku pernah bertanya kepada bonda tentang cinta apabila usia aku menginjak 17 tahun. Kata bonda, cinta wujud kepada yang percaya dan tidak kepada yang menafikannya, bukankah ada cinta kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, dan sesama manusia? Aku bertanya lagi kepada bonda tentang tanda-tanda sekiranya aku mencintai seseorang. Bonda dengan tertib dan manis menjawab, "Kita akan sedar telah jatuh cinta apabila kita tidak nampak ada orang lain yang  bersungguh-sungguh menarik perhatian walaupun straight forward cakap 'jom dating' atau 'aku suka kau'. Ketika kita mencintai seseorang, kita tidak peduli siapa dia. Pada orang lain, orang yang kita cinta 'buruknya' tetapi pada kita dia sangat sempurna." Aku dapat merasakan cinta itu entiti yang sangat berat. Tidak berjisim, dapat dirasai dengan sentuhan hati, tidak dengan sentuhan tangan. Dan ini nasihat bonda kepada aku tanpa aku minta, "Apabila gembira, jangan tunjuk kepada orang, kita tidak tahu siapa yang cemburu. Ketika sedih, jangan tunjuk kepada orang, kita tidak tahu siapa yang booo. Rahsiakan sebab cinta bukannya untuk dijadikan tatapan dan santapan orang. Tetapi, hanya perlu dirasai oleh dua jiwa tersebut sahaja. Tidak perlu dihebahkan keterlaluan kepada rakan-rakan. Atas alasan apa? Kita tidak tahu siapa yang akan menjadi racun." Aku, dengan perspektif aku sendiri, cinta bukan subjek matematik yang boleh dihitung seperti 'cinta aku pada kau lebih banyak', bukan diksi yang diungkapkan, tetapi cinta merujuk kepada perlakuan. Aku, mengenai subjek ini, kalau boleh ingin menjadi seperti pokok. Tidak berubah walaupun musim berubah. Hujan atau kemarau, siang atau malam, tetap teguh berdiri di tempat yang sama.

#When you meet that person, you know that is person. 👫

Comments

Popular posts from this blog

Nilai dan Pengajaran dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Karangan SPM - Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Karangan PT3: Karangan Pemerihalan/ Pengalaman/ Cereka